Bab 3

23 1 3
                                    

Suasana malam itu sangat tenang diterangi cahaya bulan penuh. Tidak jauh dari tapak perkhemahan angakatan perang kerajaan Arda, terlihat sesosok wanita sedang berlari seakan akan menuju ke kawasan perkhemahan tersebut. Wajahnya seperti sedang dalam ketakutan dan sedikit pucat.

Di satu sudut, ketika panglima Leo keluar dari kawasan perkhemahan untuk meninjau keadaan, secara tidak di sengajakan, dia bertembung dengan wanita yang sedang berlari tadi. Wanita itu terkejut dengan kehadiran panglima Leo sehinggakan lariannya terhenti seketika. Wanita itu sempat menghunuskan pedang pendek yang ada di pinggangnya kearah panglima leo. 

"Bertenang cik, cik sekarang  berada di dalam kawasan selamat, dan saya tiada niat nak mengapa-apakan cik" kata leo yang cuba menenangkan wanita itu.

 Wanita itu tidak berganjak walaupun sudah diberitahu yang dia tidak akan diapa apakan. Tiba tiba, sekumpulan 6 orang yang lengkap berpakaian tentera muncul di kawasan itu. Kelihatan seragam tentera 6 orang tadi berbeza dengan apa yang tentera kerajaan arda gunakan, leo sangat yakin yang keenam enam tentera itu datang dari pasukan musuh, dan sedang mengejar wanita tadi. 

"Tolonglah selamatkan saya" kata wanita itu sambil air matanya mula bercucuran di pipinya yang agak sedikit comot.

"Berlindung di belakang saya cik, sekarang!" Arah leo dengan nada yang sedikit tegas kepada wanita itu. 

"Hei anjing, serahkan wanita itu kepada kami sekiranya kau tidak ingin nyawamu kami sia siakan malam ini" teriak salah seorang tentera yang berada di situ, sambil ditertawakan oleh rakan rakannya. Mereka kemudian berjalan perlahan menuju ke arah panglima leo yang sedari tadi mengawasi tingkahlaku 6 orang tentera tersebut.

"Hahaha, pucuk dicita ulam pun datang, tidak perlulah saya curi curi menghendap ke kawasan perkhemahan tua kutuk itu untuk mencari maklumat" kata leo. Berang dengan kata kata leo, keenam enam tentera itu meluruh ke arah leo dengan menghunus pedang masing masing. Hasrat mereka untuk menamatkan riwayat leo bertukar menjadi satu musibah apabila lima dari enam orang tentera tadi dengan sepantas kilat berjaya dipenggal oleh orang kanan leo dan meninggalkan seorang yang masih hidup terdiam melihat kepala rakan rakannya sudah terpisah dari badan masing masing.

"Panglima, maafkan saya kerana bertindak tanpa arahan panglima" ucap sura, iaitu orang kanan dan paling dipercayai oleh leo. 

"Tidak mengapa sura, saya faham awak memang tidak sabar memenggal kepala tentera batara ini. Bawa pulang anjing seekor ni, kita akan korek maklumat seberapa banyak yang boleh". Kata leo.

Wanita tadi terduduk melihat betapa kejamnya keadaan itu. Dia hanya diam melihat kejadian malam itu yang sangat pantas berlaku. "Sii, sii, siapa kamu berdua ini?" Soalnya kepada leo.

"Jangan bimbang cik, seperti yang saya beritahu sebelum ini, cik berada di dalam kawasan yang selamat, mari ikut kami pulang ke markas kita akan bercerita disana, atau cik memang nak duduk dalam hutan sunyi ni?" Kata leo bersahaja tanpa ada paksaan.

Sementara itu sura sudah pun siap mengikat tentera musuh tadi untuk dibawa balik ke markas mereka. Dan tanpa membuang masa mereka berempat berjalan meninggalkan kawasan tersebut.



Hikayat Kerajaan ArdaWhere stories live. Discover now