"Panglima!, Saya arahkan kamu pertahankan kawasan utara negara kita dari serangan kerajaan batara", kata Raja Karl kepada panglima Leo.
Keadaan semakin meruncing pada masa itu. Kerajaan Batara memang sudah lama ingin memerangi kerajaan Arda yang baru beberapa bulan kehilangan raja disebabkan raja sebelum ini mangkat. Raja Karl yang baru sahaja memikul tugas berat sebagai pemimpin kerajaan Arda tidak berdiam diri dengan tindakan agresif oleh kerajaan batara. Dia menghantar panglima Leo ke kawasan utara untuk menangkis serangan tersebut.
Tanpa berlengah-lengah lagi panglima Leo segera bersiap untuk berangkat ke sempadan utara bagi berhadapan bala tentera kerajaan arda.
"Kapten, bekukan cuti semua askar dalam pasukan kita serta merta, Awak ada 2 hari untuk kumpulkan semua askar kita. Saya ingin hari ketiga kesemua 12000 askar kita siap untuk berangkat ke sempadan utara", pesan panglima Leo kepada kapten arep , orang kanan panglima Leo.
Menjelang hari ketiga sejumlah 12000 askar sudah berjaya dihimpunkan di berek dan sedang menunggu arahan untuk menuju ke utara. Rata rata penduduk bandar saira sedang berdiri di tepi kedai dan ada juga yang sanggup menunggu di tepi jalan semata mata untuk mengucapkan selamat jalan kepada pasukan ini.
Selesai berbicara dengan raja Karl dan setelah mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya, Panglima Leo pun bergegas ke berek untuk bertemu pasukannya dan segera berangkat menuju ke utara. Leo dengan 12000 askarnya telah pun meninggalkan bandar saira.
"Wahai menteri, bagaimana dengan perkembangan perbincangan dengan kerajaan sigara?" Soal raja Karl kepada menterinya.
"Maafkan saya raja, belum ada perkembangan terbaru setakat ini", jawab menteri kanan itu dengan tenang.
"Jika boleh, pastikan rundingan itu berjaya wahai menteri. Kita amat memerlukan sokongan kerajaan sigara" kata Raja Karl.
Menteri kanan itu hanya mengangguk tanda faham. Raja Karl menghela nafas, dan memandang jauh ke arah mercu tanda kegemilangan kerajaan arda yang berada dekat dengan gerbang istana beliau.
Di satu sudut lain pula, angkatan besar tentera kerajaan batara sudah menghampiri sempadan utara kerajaan Arda. Pasukan besar yang seramai 41000 askar itu berhenti di satu perkampungan kecil di kawasan utara kerajaan arda.
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
Hikayat Kerajaan Arda
FantasySebuah cerita fantasi berkisarkan tentang sebuah kerajaan yang diberi nama kerajaan Arda dan dipimpin oleh seorang raja muda bernama Karl dan dibantu oleh adiknya sendiri iaitu Leo. Mampukah kerajaan kerdil ini bertahan dari peperangan yang dicetusk...