Sementara itu, penduduk yang mendiami kawasan utara kerajaan Arda telah diusir dan ada juga yang telah terbunuh gara gara kekejaman askar-askar kerajaan batara. Angkatan besar tentera kerajaan batara dipimpin oleh panglima ulung kerajaan tersebut iaitu Panglima binturu.
Penduduk yang sempat melarikan diri kini berpusu pusu menuju ke ibukota kerajaan arda untuk mendapatkan perlindungan. Panglima Leo dan pasukannya berkesempatan melihat sendiri kesengsaraan yang dialami penduduk yang lari menyelamatkan diri dan keluarga masing-masing.
"Kapten arep! Kapten arep!" Teriak seorang askar yang dalam keadaan terburu buru. Jika dilihat askar tersebut seperti ada sesuatu yang amat penting ingin disampaikan kepada kapten pasukannya.
"Apa maklumat yang kamu perolehi?" Soal kapten arep kepada askar tersebut.
"Kapten, 5000 pasukan pemanah dan selebihnya adalah tentera pejalan kaki kelas pertama dengan bendera merah yang tertera helang berkembar bewarna emas. Kesemua dalam 40 ke 45000 askar". Jelas askar tersebut.
"Cis, tua keparat itu sanggup membawa pasukan elit kerajaan batara? Adakah dia tidak serik dengan kekalahannya 2 tahun lepas. Mungkinkkh dia ingin membalas dendam peribadinya kepada Panglima Leo?", Kapten arep berkata kepada askar tadi.
Sementara itu di istana pemerintahan kerajaan arda, raja karl memanggil panglima lautnya mengadap ke istana. Ada hal penting yang ingin dibincangkan pagi itu.
"Raja sendiri maklum, angkatan laut kita lebih berkuasa jika dibandingkan dengan angkatan laut mereka. Mereka orang utara kurang kemahiran di laut" ujar panglima laut kerajaan arda, seorang tua yang berpengalaman luas dalam pertempuran laut sejak era raja arzam iaitu ayah kepada raja karl dan panglima Leo.
"Saya mahu kamu sekat pelabuhan kerajaan batara. Sekat semua aktiviti laut mereka. Musnahkan mana mana kapal perang batara yang cuba menghalang kamu" arah raja karl kepada panglima laut tersebut.
Di kawasan utara, kedua dua angkatan tentera sedang berkhemah tidak jauh diantara satu ssma lain. Sementara panglima leo dengan semua kapten pasukannya sedang duduk berkumpul untuk membincangkan strategi terbaik untuk menentang tentera elit kerajaan batara.
"Kita berpura pura berundur sehingga ke lembah merah, biarkan mereka mengejar kita sehingga ke lembah dan kemudian kita habiskan mereka di lembah tersebut" seorang kapten mengajukan pendapatnya di dalam perbincangan itu. Kelihatan kapten kapten yang lain menggangguk kepala tanda setuju. Panglima leo masih berdiam diri seperti memikirkan sesuatu.
"Pasukan mana yang patut kita pertanggungjawabkan untuk mengumpan angkatan batara supaya mengejar kita sehingga ke lembah merah? Soal leo.
"Serahkan tugas tersebut kepada saya wahai panglima. Diantara 4 pasukan didalam angkatan kita ini, semua sedia maklum pasukan helang ke12 adalah yang terbaik dalam melakukan tipu helah" jawab kapten pasukan ke-12 (helang).
"Baiklah kalau begitu, selepas subuh esok, arahkan angkatan kita untuk berdepan dengan si tua keparat itu. Pasukan ke-12 akan mara bertempur diikuti dengan pasukan ke-10. Pasukan 11 dan 13 bersama saya".
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
Hikayat Kerajaan Arda
FantasíaSebuah cerita fantasi berkisarkan tentang sebuah kerajaan yang diberi nama kerajaan Arda dan dipimpin oleh seorang raja muda bernama Karl dan dibantu oleh adiknya sendiri iaitu Leo. Mampukah kerajaan kerdil ini bertahan dari peperangan yang dicetusk...