Bab 4

11 0 0
                                    

Hampir sejam mereka berjalan, dan akhirnya keempat empat mereka telah sampai ke perkhemahan tentera arda. Gadis itu agak terkejut kerana orang yang telah menyelamatkannya itu adalah seorang panglima kerajaan arda. Dia tidak menyangka seorang panglima perang boleh semuda itu. Ini kerana, kebiasaannya seseorang panglima itu selalunya yang telah berumur kerana mereka telah melalui banyak pengalaman pertempuran.

"Sura, kamu bawa anjing ni ke tempat soal siasat, dapatkan maklumat penting dan berguna untuk kita gunakan di medan tempur nanti" arah leo kepada sura.

"Err err.. betul ke awak ni seorang panglima?" Soal gadis itu dengan suara yang agak gugup. Leo berpaling melihat kearah gadis itu tanpa menjawab dan hanya membuat isyarat supaya gadis tersebut terus mengikutinya.

"Kita dah sampai, ini adalah khemah saya, mari masuk ke dalam, ada beberapa perkara yang hendak saya tanyakan kepada cik". Pada mulanya gadis itu agak keberatan untuk masuk kedalam khemah, tetapi memandangkan dia tiada pilihan lain gadis tersebut akur dan hanya menuruti perintah leo.

Leo kemudian mengajak gadis itu duduk dan memberikannya segelas teh untuk diminum. Gadis itu segera mengambil gelas tersebut dan meneguk gelas yang berisi air teh tadi. Dengan agak cepat dia menghabiskan air teh itu.

" baiklah, sekarang kamu boleh kenalkan diri kamu. Rakyat dari kerajaan mana? Tujuan? Dan yang paling penting bagaimana kamu boleh berada di tengah tengah kawasan yang hampir tercetus peperangan?" Soal leo kepada gadis itu.

Pada mulanya pandangan gadis tersebut agak sedikit sedih, tetapi kemudian dia menaikkan pandangan matanya tepat kearah leo dan mula berkata.

"Saya berasal dari kerajaan riaris, seorang rakyat kerajaan riaris dan nama saya wina" pendek jawapan gadis itu.

"Dari apa yang saya lihat, kamu bukan rakyat biasa. Rakyat biasa tidak berpakaian seperti kamu, saya tahu dan boleh bezakan rakyat biasa ataupun golongan bangsawan" ucap leo. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan maklumat yang telah diberikan gadis itu kepada leo.

"Kenapa awak kata macam tu?" Wina kembali menyoal leo.

"Rakyat biasa tidak akan memakai gelang emas, rantai leher dari mutiara dan cincin permata melainkan kamu ini adalah golongan bangsawan orang orang berada. Atau kamu ini dari golongan istana?" Soal leo yang semakin serius kepada wina.

Suasana sunyi seketika dan akhirnya wina akur, setelah dia fikir tidak ada gunanya menyembunyikan siapa dirinya, dia pun memberitahu leo yang dia adalah wakil kerajaan riaris yang dihantar untuk menjalin hubungan diplomasi dengan kerajaan arda.

"Kami tidak tahu yang konflik sedang berlaku di antara kerajaan arda dengan kerajaan batara. Pada mulanya rombongan kami ramai, tetapi kami telah diserang hendap oleh sepasukan tentera berdekatan sempadan kerajaan batara dan kerajaan arda. Ramai yang terkorban, tentera pengiring kami pun banyak yang terbunuh dan ada juga yang cuba kembali ke ibukota kami dan yang kami yang terselamat dalam serangan hendap itu masing masing berpecah untuk menyelamatkan diri. Walaupun begitu, yang terselamat masih terus diburu sehinggalah saya terjumpa dengan awak". Ucap wina yang cuba memperincikan kejadian sebenar.

"Saya simpati dengan kejadian yang menimpa rombongan kamu wina, kalau begitu kamu boleh berehat di khemah saya malam ni, esok saya akan tugaskan pasukan kecil untuk mengiringi kamu ke ibukota arda. Kamu boleh sampaikan niat kerajaan kamu kepada raja karl nanti. Keselamatan  wakil kerajaan luar kami utamakan lebih lebih lagi, kamu sedang berada ditanah kerajaan arda. Oh ya, saya leo, panglima leo".

Setelah selesai, bersoal jawab dengan wina, leo kemudian memberikannya perlengkapan tidur yang ala kadar sahaja untuk wina berehat dan melelapkan mata sementara menunggu pagi tiba.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hikayat Kerajaan ArdaWhere stories live. Discover now