Bab 5

50 7 0
                                    

Cempaka menilik segenap ruang wajah lelaki itu. Entah kenapa, setiap kali dia melihat rautnya, Cempaka dapat rasakan yang dia hanyalah merenung sebuah patung yang kosong. Patung yang bergerak jika diberikan tenaga. Senyuman yang tergantung pada bibir, gerak geri sendi pada tubuh itu, kesemuanya nampak palsu. Dan cempaka tahu itu adalah sifat seseorang yang -

"Puas dah tilik muka aku?" Teguran daripada Hariz membuatkan Cempaka berdehem sedikit. Poster badannya dibetulkan. Lalu senyuman laju menghiasi bibir mungilnya.

"Awak okay? Macam mana dengan keadaan awak harini?" Soalan klishe meluncur keluar daripada mulut Cempaka.

Namun semua itu Hariz sudah masak, dah bertahun-tahun dahulu dia berjumpa dengan seorang psikiatri. Sudah dia tahu segala helah dan cara seorang doktor pakar jiwa cuba untuk menyelam hati pesakit gila seperti dia.

Oleh kerana itu, Hariz membina satu tembok yang tinggi mengelilingi hatinya. Bertahun-tahun lama. Dalam tak sedar, dia sudahpun membuang semua orang jauh daripada hidupnya. Tembok itu kini terlalu utuh dan kukuh. Kalau dibayangkan melalui imaginasi. Sekeliling hatinya dibinakan tembok yang diperbuat daripada besi keluli.

Suatu ketika masa yang dahulu, pintu tembok itu berjaya dibuka oleh seorang gadis bernama Maya Hanani. Namun perginya gadis itu dalam hidup Hariz seakan turut membawa sekali kunci yang mengunci pintu tembok besi itu.

Sejak Maya pergi, pintu itu tidak pernah lagi dibuka oleh sesiapa pun.

"Memandangkan ini mungkin kali terakhir aku berjumpa dengan kau. Jadi aku akan jujur," Hariz tarik nafas dalam.

'Kali terakhir?' Cempaka memberikan perhatian penuh kepada percakapan lelaki itu.

"I'm sick. But not that kind of sick-" Hariz sentuh kad nama yang berada di hadapan meja kerja Cempaka. "But this kind of sick," perkataan yang tertulis 'perlukan rawatan? Kaunseling? Sila hubungi-'

Hariz senyum segaris.

Cempaka angguk angguk kepala. Sesekali dia menuliskan sesuatu dalam nota kecilnya.

"Boleh saya tahu masalah apa yang awak hadap sekarang?"

"I don't know. Me i guess. Aku masalahnya, mungkin... dekat dalam sini -" Hariz tunjuk kepala sendiri menggunakan jari telunjuk.

"Terlalu bising. Tak pernah pun sesaat dia senyap. Dan aku dah beberapa kali cuba senyapkan dia. Tapi tak boleh," saat mengatakan perkataan cuba 'senyapkan', Hariz menyinsing lengan bajunya sendiri naik hingga ke siku. Maka terlihatlah segala parut-parut yang penuh menghiasi lengan tangannya yang putih itu.

Ada parut-parut lama. Ada juga nampak yang seakan baru. Juga ada kesan torehan yang nampak begitu sangat baru pada penglihatan Cempaka.

Namun setelah melihat semua itu, Cempaka masih kekal tenang dan mengekalkan postur badannya.

"Awak- sebelum ni awak pernah dapatkan apa-apa rawatan ke? Atau pernah didiagnos oleh mana-mana pakar?"

Lengan baju tadi Hariz turunkan semula. "Pernah, aku didiagnos oleh doktor Razwan Syed di Hospital Pantai sebagai penghidap MDD with Psychotic traits, also masa aku bangun koma aku didiagnos oleh doktor Yana benda yang sama. Or maybe makin teruk,"

Cempaka angguk-angguk kepala. Tangan laju menulis sesuatu dalam notanya.

"Jadi sebab tu ke awak dengar suara-suara tu dalam kepala?" Soal Cempaka lagi.

"Mungkin, aku tak tahu. Kadangkala aku dengar suara. Kadangkala aku nampak bayangan dia. Entah, bila dah bertahun-tahun rasa benda yang sama. Aku pun jadi kurang pasti bayangan yang aku nampak tu memang betul-betul penyakit, atau sekadar halusinasi aku sahaja,"

BOOK 12| Hariz Naufal [IN PROGRESS] Where stories live. Discover now