Terbuka sahaja pintu lift, pasangan pengantin baru itu melangkah menuju kearah satu-satunya bilik yang berada di tingkat itu.Tengku Ayaaz meletakkan ibu jarinya untuk di scan sebelum lampu merah diatas pintu bertukar hijau.
"welcome back young master"
Terkejut Naura Aqila apabila pintu bilik hotel itu terbuka tiba-tiba setelah suara robot tadi menghilang.Tengku Ayaaz sudah melepaskan ketawa kecil apabila melihat mulut Naura membulat setelah melihat keseluruhan bilik mewah yang telah disediakan untuk mereka.Bilik mereka bertemakan warna silver dan emas itu dipandang tidak puas.
"semua bilik memang besar dan mewah macam ni ke?Dan memang semua bilik ada password untuk masuk ke?" soal Naura Aqila dengan kaki yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik.
"bilik-bilik lain besar tapi tak sebesar bilik ni dan setiap private room hotel ni memang akan ada password tersendiri untuk masuk, for safety" terang Tengku Ayaaz sebelum membaringkan Tengku Ayesha yang sudah lena di dukungannya itu di atas katil.Kot yang dipakai di tubuh tegapnya dibuka.
"tapi tadi awak guna cop jari" wajah suaminya dipandang bingung.
"because this is my room, kalau aku malas balik mansion aku akan balik sini" tuala dikeluarkan dari almari.
Taburan bunga tulips putih dan merah di atas katil bersaiz king itu dipandang lama oleh Naura.Tersenyum kelat Naura melihat bunga itu kerana mengingatkan dia kepada kak wani.
"Kau okey?" soal Tengku Ayaaz apabila melihat wajah gadis itu berubah sedih.
"saya rindu kak wani" balas Naura dengan nada sedih.
"nanti aku bawa kau jumpa dia" Naura memandang tepat kearah suaminya.
"betul ke ni?" soal Naura
"pergi mandi, kalau tak aku takkan bawa kau jumpa dia" arah Tengku Ayaaz berserta ugutan.Dia menghulurkan tuala kepada isterinya.
"awak mandi dulu, saya nak cuci makeup ni dulu" Naura melangkah ke meja solek,makeup remover didalam beg diambil sebelum di tuang ke atas kapas sedikit.
Tengku Ayaaz mengangguk perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Terasa ringan wajahnya setelah dia lagi kesan makeup.Tangan naik membuang perhiasan diatas kepalanya dengan berhati-hati.Mahkota kecil dan viel diletakkan diatas sofa sebelum membuka tudung yang terpasang di kepalanya dilepaskan.Setelah itu tangannya cuba untuk mencapai zip baju yang berada di belakangnya.
"Ya Allah,mana zip baju ni" tangan masih mencari dimana keberadaan zip gaun pengantin itu,hampir lima minit mencuba dia masih belum dapat membuka zip di bahagian belakang.Sudahlah rimas dengan kain yang kembang dan meleret.
"let me assist you" kata suara garau itu dengan perlahan.
Naura yang terkejut dengan suara itu hampir saja melompat,tubuh dipusingkan kebelakang sebelum matanya membulat melihat Tengku Ayaaz hanya bertuala dengan rambut yang masih basah.
"Turn around" arah Tengku Ayaaz dengan nada dingin membuatkan Naura perlahan-lahan memusingkan tubuhnya kembali.
Gaun pengantinnya terasa kian melonggar menandakan zip sudah dibuka,baru saja dia ingin berpusing untuk mengucapkan terima kasih, terasa tangan sejuk menyentuh kulit belakangnya.Sekali lagi dia hampir melompat kerana terkejut,terasa seperti terkena renjatan elektrik pun ada.
YOU ARE READING
𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)
RandomTengku Ayaaz × Naura Aqila Mengisahkan seorang gadis yang tinggal bersama ibu saudaranya tetapi sering didera Apa saja yang gadis itu lakukan semuanya salah di mata ibu saudaranya Tetapi hidupnya berubah setelah bertemu dengan seorang duda tampan "W...