3 tahun berlalu....
"mama..."
Naura membuka kelopak matanya perlahan.Jam di dinding dilihat, baru pukul 2 pagi Naura memandang di sebelah dia mencari sosok suaminya.
Sudah pukul dua pagi namun suaminya masih belum pulang.Akhir-akhir ini Tengku Ayaaz tidak punya waktu bersama dirinya dan anak-anaknya.
Namun Naura faham mungkin suaminya mempunyai banyak pekerjaan di syarikat nya ."Mama!"
Terkejut Naura mendengar suara anaknya menjerit.
"Mama...hiks!"
Naura berlari kearah pintu lalu pintu itu dibuka.
"hiks...mama hiks"
Terkejut Naura melihat anaknya menangis.
"Kenapa ni hm?kenapa hero mama menangis ni hm?" tanya Naura lembut lalu dia memeluk tubuh Tengku Ayyash Nufail, anak ketiga mereka.
"Hiks mama!" semakin kuat Tengku Ayyash menangis dalam pelukan mamanya.
Naura mengangkat anaknya itu lalu diletakkan diatas katil.Dia menyeka air mata anaknya menggunakan jarinya.Pipi tembam Tengku Ayyash dicubit geram. Comel betul anaknya ini kalau menangis.
" Mana papa?Ash nak papa!" matanya meliar mencari sosok papanya.
"Papa work sayang...." jawab Naura sedikit kecewa.Jika suaminya tidak ada waktu untuk dirinya tak apa tapi jangan anaknya.Mereka masih kecil dan masih memerlukan kasih sayang seorang ayah.
"Mama tidurlah Ash teman!" Tengku Ayyash menepuk bantal menyuruh mamanya berbaring.
Naura mengukir senyuman nipis.
"Hero mama pun tidurlah" ujar Naura lalu mereka membaringkan tubuh mengiring.
Tengku Ayyash memeluk tubuh mamanya dan menepuk-nepuk pinggang mamanya.Tanpa sedar air mata Naura turun membasahi pipi.Anaknya ini begitu mirip dengan suaminya.Dia mengucup dahi anaknya lembut.
"Mama sayang hero mama ni" ucap Naura.
"Ash pun sayang mama!" kini Tengku Ayyash pula mencium dahi Naura.
Tidak lama setelah itu mereka berdua terlelap dengan posisi itu.
______________________
Sedar saja dari lena Tengku Ayyash terus mencari mamanya.Dia bangun dan duduk bersila diatas katil.Dia memandang kearah mama dan papanya yang sedang tidur sambil berpelukan seperti dia dan mamanya malam tadi.Bila papanya alihkan dia pun dia tidak sedar.Dia mula mencebik.
"Huwaaaa...papa peyuk mama!" jerit Tengku Ayyash sambil menangis.
Terus terjaga Naura dna Tengku Ayaaz dari lenanya apabila mendengar tangisan anaknya itu.Mereka bangun dan duduk lalu memandang Tengku Ayyash yang sedang menangis kuat itu.
"Come here hero mama" Tengku Ayyash terus mendekati Naura lalu dia memeluk tubuh Naura setelah mamanya itu memanggilnya.Dia memeluk tubuh Naura bagaikan tidak memberikan mamanya itu kepada sesiapa pun.
"Papa tak boleh peyuk mama!Mama Ash unye!" ucap Tengku Ayyash dengan sedikit marah.
Terkejut sedikit tubuh Tengku Ayaaz mendengarnya.Sebelum ini Tengku Ayaan yang mengatakan yang Naura dia punya.Sekarang Tengku Ayyash pula yang mengatakan Naura dia punya.
YOU ARE READING
𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)
RandomTengku Ayaaz × Naura Aqila Mengisahkan seorang gadis yang tinggal bersama ibu saudaranya tetapi sering didera Apa saja yang gadis itu lakukan semuanya salah di mata ibu saudaranya Tetapi hidupnya berubah setelah bertemu dengan seorang duda tampan "W...