𝔾𝔹 𝕝 𝟙𝟜

2.6K 99 0
                                    

Naura Aqila memegang kepalanya yang berdenyut hebat,mata hitam miliknya memerhati keadaan di sekeliling bilik mewah itu.

"tempat apa ni?Besar dan mewah..."Naura segera mengangkat selimut yang menutupi tubuhnya,dia menghembus nafas lega setelah mihat pakaiannya masih sempurna tapi berbeza...

" siapa yang ganti pakaian aku?!"jantungnya berdegup laju memikirkan sebarang kemungkinan.

"dah bangun?"soal satu suara garau.
Suara dingin itu membuatkan Naura segera berpaling ke arah pintu.

Terpaku dia melihat seorang jejaka yang dikenalinya sedang berdiri di hadapannya tanap secalit senyuman.Dia memandang jejaka itu sambil berkerut dahi.

" kenapa aku tak perasan muka dia macam bukan orang Melayu?" bisik Naura Aqila di dalam hati apabila dia perasan akan wajah jejaka itu.Walaupun sudah banyak kali bertemu baru kali ini dia perasan.

"sourd"(deaf) sinis Tengku Ayaaz perlahan dengan tangan yang disilangkan.

"eh pakcik ni semalam aku rase elok je cakap lembut-lembut ni dah beku balik,garang dan sombong" Naura Aqila masih di dalam dunianya sendiri.

"aku tahu aku handsome tapi tak payah lah kau nak tenung aku lama-lama" kata Tengku Ayaaz dengan angkuh,merah muka Naura Aqila apabila Tengku Ayaaz berkata begitu.

"alamak, kantoi la pulak tenung dia lama-lama" bisik Naura Aqila perlahan membuatkan Tengku Ayaaz mengerutkan kening.

"folle"(crazy) bisik Tengku Ayaaz pula

"Err sa...saya dekat mana sekarang?A...awak ke yang tukarkan baju saya?sa..saya nak balik boleh?" tanya Naura tergagap-gagap, gerun dia melihat wajah tampan itu tanpa secalit senyuman.Tapi memang jejaka itu tidak pernah pernah senyum pun.

"ish pakcik ni baru lepas bergelut ke garang semacam"

"dekat bumi, bukan aku yang tukarkan tapi manusia yang tukarkan baju kau,aku takkan izinkan kau balik rumah orang tua tu" setiap soalan yang dilemparkan oleh Naura Aqila dijawab tanpa tertinggal satu pun.Mata coklat miliknya masih memnadnag tajam kearah gadis itu.

Naura mengetap bibirnya menahan sabar.Jawapan sinis jejeka itu betul-betul menguji kesabaran nya.

" habistu kalau manusia yang tukarkan baju aku, dia tu sape hantu?" ingin saja dia menjawab begitu. Namun disimpan saja niatnya yang satu itu apabila melihat wajah dingin lelaki itu.

"Eh kamu dah bangun?" soal seorang wanita sebaya arwah ibunya sambil tersenyum manis. Wanita itu segera mendekati tubuh Naura dikatil.

"yela mommy,dia ni pengsan je bukan koma" seloroh Tengku Ayaaz, sengaja ingin menyakat puan fadhila.Wanita separuh usia itu hanya menjeling ke arah anak sulung nya.

"Eh dengan mommy dia normal pula" bisik Naura Aqila apabila wajah beku tadi bertukar biasa di hadapan wanita separuh usia itu.

"sa...saya dekat mana ni aunty?"soal Naura Aqila sekali lagi dengan matanya tepat memandang kearah puan fadhila, menunggu jawapan sebenar dari mulut jejaka itu ibarat menunggu ayam jantan bertelur.

" Eh apa panggil aunty panggil mommy je, Kamu dekat rumah mommy,Ayaaz yang bawa kamu semalam" ceria saja suara puan fadhila membuatkan Naura Aqila segera berpaling kearah jejaka itu.

Senyuman kecil diberikan kepada Tengku Ayaaz menyebabkan jejaka itu terpaku seketika.Segera Tengku Ayaaz melarikan pandangannya ke arah lain.

Puan fadhila tersenyum penuh makna melihat perilaku anak sulungnya.Pada awalnya dia agak terkejut apabila anak sulungnya itu membawa pulang seorang gadis yang tidak sedarkan diri.Tengku Ayaaz telah menceritakan apa yang terjadi pada gadis itu.Terkejut dia mendengar apa yang disampaikan Tengku Ayaaz semalam.

"Apa nama kamu?" soal wanita itu kepada Naura Aqila, sejuk hatinya melihat wajah dan penampilan gadis itu, wajah yang cantik penuh ketenangan, terserlah keayuan dan sifat lemah lembutnya.gadis itu juga menutup auratnya dengan sempurna.

"Naura Aqila aun...err mommy, boleh panggil Naura je" perlahan suara gadis itu membalas sebelum menunduk memandang jari jemarinya.Dia agak kekok, wanita itu terlalu ramah dan baik kepada orang luar yang tidak dikenali sepertinya.

Puan fadhila yang perasan akan wajah segan gadis itu memandang redup kearah Naura dengan lama seperti cuba membaca perasaan gadis itu.Perlahan-lahan Naura mengangkat wajahnya sebelum matanya bertemu dengan anak mata milik puan fadhila, wanita separuh usia itu seperti ingin mengetahui isi hatinya.

Perlahan-lahan air mata Naura Aqila mengalir di pipi, entah kenapa dia berasa sebak melihat mata wanita tua itu.Tanpa menunggu lama, puan fadhila segera mendakap tubuh Naura dan mengusap lembut belakang tubuh kecil gadis itu.Tengku Ayaaz yang melihat keadaan itu segera melangkah keluar dari bilik itu untuk memberi ruang kepada gadis itu dan mommynya.

"kalau Naura tak keberatan, boleh mommy tahu semua tentang diri Naura?" soal Puan Fadhila lembut sambil mengenggam erat tangan Naura.
Salah satu kelebihan puan fadhila adalah dia dapat mengerti perasaan seseorang hanya dengan memerhati raut wajah dan mata mereka.Kelebihan ini diwarisi oleh anak sulungnya Tengku Ayaaz.

"Bo...boleh ke?" soal Naura perlahan, beban yang ditanggung olehnya selama ini menyesakkan dadanya.

"Boleh sayang, kita kan dah jadi keluarga sekarang" pujuk puan fadhila lembut.

"keluarga" perkataan yang cukup menyesakkan dadanya.

Cerita hidup yang sangat menyedihkan baginya,yang selama ini disimpan dan dipendam seorang diri sehingga hadirnya kak wani.Terasa sebak di dada apabila masih ada orang yang menganggapnya keluarga disaat dia sudah tiada siapa-siapa.Dia dijual oleh maksunya sendiri.Sungguh sakit rasa hatinya kini.

Naura Aqila yang mengalirkan air mata itu memandang lama kearah puan fadhila sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.Entah kenapa dirinya berasa selesa dengan puan fadhila, mungkin rindu belaian kasih dari insan yang bergelar ibu.

Naura Aqila menceritakan semua yang berlaku pada dirinya sejak kematian ibu kandungnya menyebabkan puan fadhila tidak dapat menahan air mata apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh Naura.Tubuh gadis itu dipeluk erat untuk memberi kekuatan.

"Naura jangan risau sekarang Naura ada mommy, ada daddy, ada Aeyeen, ada Ayesha dan ada Ayaaz, anggaplah kami semua macam keluarga Naura sendiri" kata-kata wanita separuh usia itu membuatkan Naura Aqila berasa sebak.

Tengku Ayaaz dan Tengku Aydin mendengar semua yang diceritakan oleh Naura Aqila dari sebaik pintu bilik itu.Niatnya ingin menjenguk gadis itu setelah dikhabarkan oleh isterinya tentang apa yang berlaku semalam.

Tergamak ibu saudara melakukan anak saudaranya seperti itu hanya kerana dendam terhadap kakak kandungnya sendiri.Sungguh tidak masuk akal apa yang dilakukan oleh maksu siti.Lelaki dekat dunia ni bukan hanya seorang.

Manakala Tengku Ayaaz mengetap giginya menahan perasaan marah yang membuak-buak.Dia sendiri tidak mengerti dengan perasaannya apabila dia melihat gadis itu dipukul dan ditendang depan matanya sendiri, dia menjadi marah, dia seperti ingin melindungi gadis itu.

Tengku Aydin menepuk bahu anak sulungnya, dia tahu anaknya sudah jatuh cinta dengan gadis itu.

"prends soin d'elle"(take care of her) pesan Tengku Aydin sebum berlalu pergi.

"je jure que je le ferai"(I swear I will) bisik Tengku Ayaaz tegas

"Naura kan?kenalkan Aeyeen adik Ayaaz" celah Tengku Aeyeen setelah tiada siapa yang mahu berbicara.

"Yeay!akak cantik tinggal sini!"Tengku Ayesha menjerit ceria apabila mengetahui akak kesayangannya itu akan tinggal di mansion milik keluarga Tengku Aydin.

Semua yang ada di dalam bilik itu mengelengkan kepala melihat gelagat budak kecil itu.

TBC

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now