BMW M milik Jim diberhentikan tepat di hadapan Golden Lyi Corporation. Jim terus keluar dari perut kereta dan terus menaiki tangga di hadapan ibu pejabat Auliya. Kehadiran Jim disapa oleh pengawal dihadapan pintu. Langkah diambil penuh berhati-hati menuju ke lif dan butang no 48 menjadi sasaran utama." Laju betul Auliya bawa motor tadi. Dia dah sedia nak mati ke? " bisik Jim seorang diri. Jim merenung wajahnya pada pantulan cermin dan mengeluh berat.
KRING!! KRING!! KRING!!
IPhone di dalam kocek seluar Jim bergetar kuat. Tangan diseluk masuk ke dalam kocek seluar dan terus melihat nama pemanggil.
' My sweetie fruits🌷 '
" Aduh kenapa pula diaorang call aku ni.. " keluh Jim. Mata dilirik pada nombor di atas yang memaparkan tingkat 31. Panggilan diangkat dan terus diletakkan pada telinga belah kiri.
" Ya sayang abang..kenapa? " soalnya.
" Adik nak gi funfair oleh? " ujar Zalikha. Kesian dia terkurung dalam mansion tu tak boleh keluar. Bukan Auliya tak izinkan, Auliya cuma nak pastikan keselamatan diaorang. Itu sahaja. Tapi nak buat macam mana..budak kecik kan. Bukan faham apa-apa.
" Abang tengah kerjalah sayang. Nanti ada masa kita pergi ya? " pujuk Jim lembut. Dengan Zalikha tak boleh berkasar sikit pun, takut nanti menangis pula budak tu. Auliya tak suka dengar bunyi bingit. Budak menangis mestilah bingit kan? Kan? Kan?
" Alaa Zalikha bosanlah abang immy..Zalikha nak main dekat luar juga.. " katanya.
" Urmm, cuba telefon akak Auliya. Kalau dia bagi kamu keluar, abang akan minta cuti. Kalau tak, jangan paksa akak tu. Nanti dia mengamuk, abang yang kena. " jawab Jim menyadarkan sedikit badannya di cermin lif.
" Takpe abang, kalau akak Auliya mayah,adik mayah dia balik. " katanya bersungguh nak pergi ke funfair.
Jim tergelak kecil dan kembali bersuara. " Yakin betul sayang abang ni. Tak takut akak Auliya ke? " soalnya.
" Tak, akak Auliya! Dia tak pernah marah adik tau.. " dengan penuh yakinnya, Zalikha menghamburkan ayatnya.
" Haih sudah-sudah. Abang nak sambung kerja ya sayang. Nanti ada apa-apa call abang ya? " ujar Jim seraya mengatur langkah keluar dari lif. Pejabat Auliya dijadikan hala tujunya.
" Okey abang immy!! Byee!! " jerit Zalikha.
" Bye sayang. " jawab Jim. Panggilan dimatikan dan pintu pejabat diketuk perlahan.
Tiada jawapan dari dalam.
Jim ketuk balik pintu pejabat tu tapi masih tiada jawapan. Tombol pintu digenggam dan perlahan Jim pulas.
" Puan? " seru Jim tapi tetap tiada jawapan. Bilik rehat di dalam pejabat Auliya pula di tujunya. Pintu bilik tu tak tertutup rapat, seperti ada seseorang di dalam. Pistol dikeluarkan perlahan-lahan dan terus diacukan pada pintu. Pintu bilik ditolak perlahan oleh Jim dan Jim terus masuk.
" WOO WOO CHILL MAN CHILL ! " jerit lelaki di dalam bilik ini ketakutan. Siapa je tak jerit bila tiba-tiba kepala dijadikan sasaran untuk ditembak.
" Kau siapa? Kenapa kau masuk bilik bos aku? " tangan masih utuh menggenggam pistol dan mata terus menatap badan lelaki dihadapannya atas bawah.
" Before saya perkenalkan diri, sila turunkan sedikit senjata tu. Tachod... " balas lelaki dihadapannya seperti bersahaja.
" No, aku takkan turunkan sampailah kau bagitahu aku siapa kau and apa kau nak dengan bos aku? " soalnya lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
Mystery / Thriller-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...