“NI ke kifarah untuk Dian selepas enam tahun berlalu?” luah Dian dengan hati dihambat pilu. Rindunya bukan kepalang terhadap keluarganya.
“Maafkan Dian… Andai Dian mati dalam kemalangan enam tahun yang lalu, pasti, Dian dapat bersama dengan ayah dan ibu lagi. Maafkan Dian sebab tinggalkan ibu dan ayah dalam kereta tu.”
Luahan Dian yang terpendam itu menusuk dan menyayat hati Aidan. Tanpa dia sedar, Dian menyalahkan diri sendiri atas semua yang berlaku. Malah, isterinya terus-menerus memendam perasaan sendiri.
“Hanya untuk sekali lagi... Dian berharap ayah dan ibu izinkan Dian untuk rasakan cinta buat kali terakhir. Dian nak rasai perasaan itu sekali lagi sebelum nafas Dian ditarik Tuhan. Dian nak kongsikan cerita bahagia Dian kepada ibu dan ayah suatu hari kelak.” Dalam rintihan kalbu, Dian masih berdoa dengan harapan dia dapat mengecapi cinta dan bahagia yang pernah dia lalui.
“Dian nak tulis takdir cinta ni semula.”
To be continued...
YOU ARE READING
Rewrite This Love
RomanceA ROMANCE STORY BY AISYWA Forever still for your love... Dua insan iaitu DIAN AMARA dan AIDAN HAZIF, seorang sedang mencari perasaan cinta yang sebenar. Manakala, seorang lagi patah hati buat pertama kali dalam hidupnya. Dua jiwa ini sama-sama memba...