BAB 5

2.5K 187 20
                                    

"Kau dapat cari tak apa yang aku nak?" tanya Tengku Ahnaf kepada Eariq yang sedang menikmati makanannya.

Mereka berdua sedang makan tengah hari di restoran milik Balqis.

Eariq mengangkat sedikit wajahnya memandang Tengku Ahnaf yang sedang menatapnya dengan pandangan tajam.

Eariq menelan makanan yang dikunyah kemudian kembali memandang Tengku Ahnaf yang masih setia menunggu jawapannya.

"Sekejap, aku tertanya-tanya kenapa tiba-tiba kau nak tahu background family Dynamic Sdn Bhd?" soal Eariq bersama raut wajah yang sarat dengan pertanyaan.

Minggu lepas, dia mendapat panggilan dari Tengku Ahnaf kerana lelaki itu meminta bantuan daripadanya untukmencari maklumat tentang background pemilik Dynamic Sdn Bhd.

"Kau jawab dulu pertanyaan aku, kau dapat cari ke tak apa yang aku minta tu?" tanya Tengku Ahnaf dengan wajah terdesak.

Eariq mendengus kecil melihat Tengku Ahnaf yang seperti orang terdesak itu. Dia mengambil satu fail yang mengandungi semua maklumat orang atasan Dyanmic Sdn Bhd di dalam begnya lalu diserahkan kepada kawan baiknya itu.

"Nah. Tu hah. Macam budak kecil tak dapat gula-gula saja gaya kau ni. Baca tu puas-puas sampai kau koma." perli Eariq lalu kembali menyambung suapannya.

Tengku Ahnaf mengukir senyuman lebar ketika melihat fail yang ada di atas meja itu. Tidak salah dia meminta bantuan daripada Eariq kerana lelaki itu mempunyai kemahiran untuk mencari maklumat sulit.

Tengku Ahnaf menyelak satu persatu kertas di dalam fail itu bersama senyuman. Namun senyuman Tengku Ahnaf semakin memudar apabila tangannya semakin hampir ke penghujung fail.

"Kenapa?" tanya Eariq sambil berpeluk tubuh memandang wajah Tengku Ahnaf yang seperti berak kapur itu.

Tadi bukan main senyum, tiba-tiba bibir lelaki itu berubah melengkung ke bawah.

"Kau yakin ke ini saja maklumat yang ada?" tanya Tengku Ahnaf dengan nada tidak puas hati.

Eariq mengangguk yakin. Dia begitu yakin bahawa semua maklumat yang dia dapat itu sudah lengkap dan tiada tercicir walau satu pun.

Tengku Ahnaf meletakkan fail yang dipegang di atas meja. Dagunya diusap perlahan. Keningnya berkerut cuba memikirkan sesuatu.

"Kau cuba beritahu aku, kau cari apa sebenarnya? Aku dapat rasakan kau macam tak puas hati dengan isi fail tersebut. Mind to share?" soal Eariq dengan prihatin.

Manalah tahu kawannya itu ada masalah yang sedang dihadapi dan cuba memendam seorang diri.

"Zahra Delisha. Kau yakin tiada orang bernama Zahra Delisha bekerja dekat situ? Setahu aku, hampir semua ahli keluarga kerja dekat bahagian atasan dalam Dynamic Sdn Bhd." soal Tengku Ahnaf lagi.

Dia tahu maklumat itu pun kerana Teresa sendiri yang memberitahu dia ketika mereka bertemu pada tempoh hari.

"Yes. Memang betul apa yang kau cakap. Dynamic Sdn Bhd ini mostly hampir family yang conquer upper management dan setahu aku, semua ahli keluarga dalam syarikat itu bukan beragama Islam. Dari mana datangnya Zahra Delisha pula. Lagipun diaorang ni duduk dekat kawasan perumahan aku. Mustahil aku tak tahu siapa Zahra Delisha sebab hampir semua orang tahu dan kenal setiap ahli keluarga pemilik syarikat Dynamic tu." terang Eariq panjang lebar.

"Tapi pernahlah juga dengar desas-desus ada seorang cucu yang Pemilik Dynamic Sdn Bhd sorokkan tetapi gosip tu tersebar sekejap and then suddenly senyap macam tu saja. So, orang assumed itu hanya gosip murahan saja." jelas Eariq lagi.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now