BAB 42

2.4K 222 14
                                    

Zahra mengusap perlahan perutnya yang semakin membulat ke depan. Kandungannya sudah berusia 6 bulan dan bererti sudah 5 bulan dia tidak bertemu dengan Tengku Ahnaf semenjak peristiwa itu.

Semua rancangannya tergendala sebaik saja di mendapat tahu dirinya mengandung. Rancangan dia untuk sambung belajar juga terpaksa ditahan demi kesihatan dirinya memandangkan dia sering kelelahan diawal kandungan.

Keluarga mentuanya juga menghalang dia daripada melakukan kerja-kerja yang berat. Mujur saja mentuanya memberi keizinan kepadanya untuk ke restoran memandangkan dia sudah bosan duduk di rumah saja.

Otaknya tidak berkembang dengan baik jika terkurung saja.

"Amran, tolong hantar makanan ini dekat rider luar tu. Ini pesanan dia," jerit Balqis sambil menyerahkan bungkusan makanan yang sudah siap dibungkus eok dalam plastik.

"Mama! Saya nak tolong! Aip! Saya bosanlah mama duduk saja tak ada kerja dekat sini. Please!" pinta Zahra sambil menghimpunkan kedua tangannya dengan harapan Balqis akan membenarkan dia untuk membuat kerja mudah itu.

Balqis mengeluh perlahan.

Jatuh kasihan pula dia melihat pergerakan menantunya yang terbatas kerana dikongkong oleh mereka lagi-lagi Tengku Arifin.

Suaminya itu paling marah jika dapat tahu Zahra melakukan kerja walau hanya kerja ringan. Hal ini kerana Zahra pernah hampir keguguran ketika membuat kerja di dapur. Menantu mereka itu pernah terjatuh kerana tergelincir berjalan di lantai yang baru saja dimop.

Sejak dari itu, Zahra tidak dibenarkan lagi membuat sebarang kerja di rumah atau pun di mana saja.

"Okay, jalan elok-elok. Zahra taukan makanan tu nak kena hantar dekat rider luar tu kan?" Zahra mengangguk perlahan.

Dia sudah tahu kerja tersebut kerana dia sering menjadi mata-mata melihat semua staff mentuanya bekerja.

Dia mengambil bungkusan makanan tersebut dengan wajah ceria. Akhirnya,  ada juga kerja yang boleh dia lakukan.

Dia melangkah keluar dengan hati yang senang sambil membawa bungkusan makanan itu kepada rider yang setia menunggu di luar.

"Tak panas ke bertutup macam tu?" desis Zahra perlahan apabila melihat penampilan rider tersebut yang bertutup dari atas sehingga ke hujung kaki. Wajah rider tersebut sedikitpun tidak kelihatan.

"Erk sorry, ini makanan yang dipesan."

Rider tersebut mengangkat wajahnya dari telefon. Lama mata rider yang terlindung di sebalik kaca mata hitam yang dikenakan tersebut memandang Zahra sebelum tangannya mengambil bungkusan makanan tersebut lalu diletakkan ke dalam box yang ada di belakang motosikal yang dibawa.

Zahra terus mengangkat kening melihat rider tersebut yang terus bergerak pergi tanpa berkata apa-apa.

"Terima kasih pun tak ada ke? Ish ish." Zahra terus pusing tubuh melangkah masuk kembali ke dalam restoran. Baru jalan sedikit dia sudah terasa mengah padahal kandungannya baru mencecah 6 bulan.

Dia melabuhkan duduk di sofa ruangan santai yang terdapat dalam restoran Balqis. Matanya tertancap pada sepasang suami isteri yang sedang menjamu selera.

Sorotan mata Zahra terus berubah apabila melihat layanan si suami kepada isterinya. Kebetulan, si isteri juga sedang mengandung sama sepertinya.

Bibirnya diketap perlahan. Andai saja suaminya ada di sisi, pasti Tengku Ahnaf akan melakukan perkara yang sama terhadapnya.

Matanya terkebil-kebil cuba menahan air mata yang sudah bertakung di tubir mata. Perutnya diusap perlahan.

"Ahnaf, saya rindukan awak," bisiknya perlahan.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now