BAB 22

2.4K 182 5
                                    

Hampir satu jam Datin Auni menunggu di hadapan sebuah rumah yang tersergam indah itu, namun satu kelibat manusia pun masih belum kelihatan. Dia berharap akan ada orang keluar dari rumah itu.

Tidak sampai lima minit, doanya termakbul apabila kelihatan seorang wanita muda berambut perang paras bahu keluar dari rumah sambil membawa plastik sampah. Datin Auni terus membuka pintu kereta dan berjalan laju mendekati wanita itu.

"Tak pasal-pasal aku yang kena buat kerja dekat rumah ni. Kalau perempuan tu ada, dia yang akan buat kerja ni. Ada menyusahkan, tak ada pun menyusahkan aku!" bebel Stephanie sambil membuka penutup tong sampah tersebut.

Setelah memasukkan plastik sampah ke dalam tong sampah, penutup tong sampah tersebut dihempas kuat sekaligus melepaskan kemarahannya kepada manusia yang sudah tiada lagi di rumah itu. Siapa lagi kalau bukan Zahra.

"Excuse me."

Stephanie putar tubuh ke belakang apabila ada suara menyapa dirinya. Keningnya terangkat melihat figura yang tidak pernah dia nampak sebelum ini. Matanya melihat penampilan wanita tua itu yang sepertinya datang dari keluarga yang berada.

"Yes, nak apa?" tanya Stephanie dengan nada malas dan sombong.

Wajah Datin Auni berubah sedikit melihat riak wajah Stephanie yang sombong itu.

"Maaf, saya nak tanya dekat sini ada tak perempuan bernama Irdina?" tanya Datin Auni dengan sopan. Dia berharap jawapan yang diberikan Stephanie tidak akan mengecewakan dia tapi hampa apabila Stephanie memberi jawapan sebaliknya.

"Irdina? Tak ada! Tak ada orang muslim dekat sini." Stephanie terus berjalan melintasi Datin Auni namun beberapa tapak melangkah, dia berhenti seketika.

Irdina? Dia seakan pernah mendengar nama itu disebut oleh Emelda dan Teresa. Adakah wanita tua itu mencari Zahra? Bibirnya tersungging sinis. Dia kembali memutar tubuh menghadap Datin Auni. Wajahnya dimaniskan.

"Sorrylah tadi macam kurang sopan sikit. Maklumlah masih pagi lagi. Ada apa ya nak cari Irdina?"

Wajah Datin Auni yang muram tadi kembali ceria apabila wanita muda itu bertanyakan soalan seperti itu kepadanya. Mungkin ada harapan untuk dia bertemu cucunya yang sudah lama menghilang.

"Dia ada ke dekat sini?" tanya Datin Auni sambil menjengahkan kepalanya melihat halaman rumah. Manalah tahu akan timbul kelibat wanita muda yang lain di luar rumah itu.

"Irdina itu siapa ya bagi Puan?" Stephanie cuba mengorek tujuan kedatangan wanita tua itu ke rumah Emelda.

"Panggil saya nenek saja. Nenek Auni. Dia cucu saya. Anak kepada Iskandar. Awak kenal Iskandar kan? Kalau awak kenal Iskandar, bermakna awak kenal Irdina lah kan? Dia masih hidup lagi? Dia ada dekat mana?"

Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan kepada Stephanie dek kerana rasa teruja. Seakan ada sinar harapan buatnya untuk bertemu dengan cucu yang sudah lama menghilang. Dia yakin cucunya belum meninggal seperti yang dikatakan Emelda kepadanya.

Stephanie tersenyum sinis di dalam hati. Selama ini dia asyik tertanya-tanya kenapa Zahra disembunyikan dari dunia luar sehingga sanggup menukar nama sebenar Zahra. Dia yakin Zahra dan Irdina adalah orang yang sama lagi-lagi bila nenek itu menyebut nama pak ciknya yang sudah tiada itu.

Mungkin kalau dia beritahu wanita tua itu tentang keberadaan Zahra, Emelda dan Teresa akan kembali fokus dan lebih sayang kepadanya terutama Emelda sebab wanita di hadapannya ini juga merupakan nenek kepada Zahra.

"Orang yang nama Irdina tak ada dalam rumah ini tapi kalau orang yang bernama Zahra adalah," tutur Stephanie bersama senyuman. Dia sengaja berkata begitu untuk mengumpan emosi Datin Auni.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now