"IM, lepas graduate nak buat apa?" Imran berhenti makan. Wajah Pak Longnya, Tuan Habib Shah dipandang.
"Tak tahu lagi, pak long." Jawabnya sebelum menyambung makanannya yang tergendala. Tuan Habib memandang adiknya, Tuan Nadeem dengan pandangan tanda tanya.
"Kau belum tanya dia lagi pasal apa yang kita bincang haritu, Deem?"
"Aku dah tanya, tapi dia tak berminat. Kenapa kau tak suruh Sara saja yang ambik alih syarikat tu?" Soalan dibalas soalan. Tuan Nadeem memandang anak saudaranya sebelum kembali memandang Tuan Habib.
"Sebab dia nak follow jejak mak dia, uruskan Boutique Resort tu. Sebabtu aku harapkan Imran ambik alih syarikat kita. Imran bukannya tak pandai handle, dia cuma malas saja..." kata-kata Tuan Habib menyentakkan Imran yang sedang menikmati makanannya. Garfu dan sudu digenggam kuat.
Tuan Nadeem menghelakan nafas berat.
"Long, kita tak boleh nak paksa anak-anak ikut jejak kita kalau diorang tak berminat–"
"Habistu, siapa nak ambik alih syarikat kita kalau kita dah bersara nanti? Atau nak biarkan syarikat tu telungkup? Susah payah kita bangunkan syarikat tu, senang-senang saja nak biarkan muflis?" cantasan Tuan Habib membuatkan suasana di meja makan menjadi lebih dingin.
"Aku ada anak angkat–"
"Aku tak suka. Aku nak anak-anak kandung kita yang mewarisi syarikat kita. Bukannya orang luar!" Tuan Nadeem terdiam lagi apabila dicantas oleh si abang. Sara mati kutu manakala Imran cuba menahan gunung berapi dikepalanya yang ingin meletus. Makin dia diam, makin sakit hatinya melihat wajah si pak long.
"Apa guna kau besarkan anak kalau dia tak memberi apa-apa faedah pada kita? Bagi makan, tempat tinggal, pakaian, belajar semuanya cukup dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari kecik sampailah besar panjang macam ni semuanya kau sediakan hasil titik peluh kau. Takkan teruskan legasi kita pun dia nak tolak? Dekat luar sana tu ramai orang bercita-cita nak jadi CEO syarikat tapi anak kau? Kita dah bagi peluang pun dia tak mahu! Macam orang takde hala tuju! Jadi bebanan pada keluarga saja!"
Imran tersenyum sinis. Pipi dalam ditolak menggunakan lidah. Kalau nak marah dia, marah dia sajalah! Kenapa nak libatkan bapanya pulak?! Daddy ni pun satu! Lawanlah balik! Jangan jadi pengecut boleh tak?!
"Pak long dah habis makan? Kalau dah habis, dipersilakan untuk pulang..." Imran mula membuka suara. Dia paksakan diri untuk melembutkan nada suara kerana dia masih menghormati Tuan Habib sebagai abang sulung kepada ayahnya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia melawan.
Sara menggengam peha Imran kuat. Mamat ni dah gilakah apa?!
"Kau halau aku?" Soal Tuan Habib. Dirinya terasa tercabar apabila dihalau sebegitu meskipun halus tapi tajam menusuk hati. Tuan Nadeem menghela nafas berat lagi. Dirinya mula tak sedap hati melihat pandangan mata Imran kepada abang sulungnya.
Tolonglah jangan buat hal, Imran...
"Memang saya sedang halau pak long pun! Pak long fikir saya dan Sara ni barang? Aset? Kitorang berdua tak pernah mintak untuk lahir dekat dunia ni. Paklong tak boleh nak paksa kami ikut jejak paklong, daddy pun sama. Kami ada minat sendiri. Paklong dan daddy sebagai ayah, korang berdua patut sokong apa yang kami minat dan apa yang kami suka lakukan. Keperluan kami tanggungjawab korang sebagai ketua keluarga. Duit tu tak bawak masuk kuburlah paklong! Banyak lagi cara boleh dapatkan duit, bukannya perlu jadi CEO baru boleh dapat duit!! Apa? Duit dan syarikat tu lagi penting berbanding kamikah? Paklong tak pernah fikir pasal perasaan kitorang, yang paklong tahu cuma kemewahan dan imej keluarga ini saja!!"
"Kurang ajar!!"
PANGG!!
Tuan Habib melepaskan sebuah penampar ke wajah Imran. Lelaki itu jatuh terjelupuk ke bawah. Pipi kirinya yang kebas diraba. Pedih!
YOU ARE READING
[C] LECTURER ITU SUAMI AKU!
Romance♡BOOK2♡ Khalif Zafran & Dalisha Inara Pertemuan dua insan yang tak pernah dijangka berlaku antara Khalif dan Inara. Khalif, seorang pensyarah yang tegas dan sentiasa berpegang pada prinsipnya iaitu apa yang dimahukan, dia akan dapatkannya meskipun n...