- EPILOGUE -

2.7K 94 16
                                    

10 Tahun Kemudian...

KHALIF melangkah keluar dari pintu besi bersama sebuah kotak putih ditangan. Dia berpaling ke arah seorang anggota polis yang mengiringinya keluar dengan mengucapkan terima kasih. Polis tersebut menghadiahkan sebuah senyuman kecil sebelum kembali masuk ke dalam pintu besi.

Khalif memejam mata seraya mendongak kepala ke atas. Nafas dalam ditarik sebelum kembali dihembuskan.

Tak sangka sekejap saja masa berlalu. Selepas mengharungi pelbagai cabaran, dia membuat keputusan untuk menyerah diri kepada pihak polis atas kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukannya.

Setelah 10 tahun berada di dalam penjara menjalani hukuman, kini dia telah dibebaskan. Tidak mengapalah jika dia dilabel sebagai bekas banduan sekalipun, dia reda atas takdir Tuhan. Dia perlu mulakan hidup baru.

Tiada lagi gelarannya sebagai The Unbreakable Ghost.

Tiada lagi syarikat tinju yang dia dirikan hasil titik peluhnya selama ini.

Jika dia masih diberi peluang kedua, dia hanya mahu meneruskan kerjayanya sebagai seorang pensyarah sahaja. Jika tidak, jadi tukang kebun pun dia sanggup asalkan pekerjaannya halal.

"Baba!!" Khalif berpaling ke arah suara seorang gadis comel yang sedang berlari ke arahnya. Qaisarah Dinara, anak kecilnya itu kini sudah berusia 10 tahun.

Khalif meletak kotak putih di atas tanah seraya mendepakan tangan. Dina berlari lalu melompat masuk ke dalam pelukannya.

"Anak baba apa khabar?"

"Sihat! Dina rindu baba sangat-sangat!"

"Baba pun rindu Dina. Dina tak nakal-nakal dengan bondakan?"

"Dina budak baiklah, baba!" Khalif tergelak mendengar kepetahan anak gadisnya. Walaupun dia terkilan tak dapat bersama Inara membesarkan anak mereka bersama-sama, namun dia kagum melihat cara didikan isterinya terhadap Dina.

Aku berjalan menghampiri kedua-dua anak-beranak yang sedang melepaskan kerinduan masing-masing. Bibir aku tak lekang dari senyuman sejak tadi. Penantian aku selama 10 tahun kini berakhir. Aku bersyukur dapat melihat semula Khalif meskipun terdapat perubahan pada bentuk fizikalnya.

Dia kelihatan lebih kurus dan kurang bermaya.

"Sayang..." Khalif meletakkan Dina ke bawah sebelum berlari anak mendapatkan aku. Tatkala aku menghulurkan tangan untuk bersalaman, tiba-tiba lelaki itu memeluk tubuh aku erat. Dapat aku dengar tangisan kecil keluar dari mulutnya.

"Maafkan abang, sayang..." aku tersenyum nipis. Belakang Khalif aku usap lembut.

"Saya dah lama maafkan awak, Khalif... Awak tahu tak saya rindu awak sangat-sangat? Setiap hari saya berdoa supaya saya dapat berjumpa dengan awak semula..." Khalif mengangguk. Dia turut merindui isterinya. Setiap hari dia berdoa agar dia dapat keluar dari sel besi dengan selamat. Alhamdulillah, urusannya dipermudahkan.

"Khalif!" Aku melepaskan pelukan dari tubuhnya. Khalif memandang ke arah belakang aku. Kelihatan Puan Elina dan Megat Wathiq bersama Arif yang duduk di kerusi roda sedang mara ke arah mereka. Khalif memandang aku.

"Pergilah jumpa diorang. Diorang rindukan awak." ujarku sambil tersenyum. Khalif mengangguk perlahan-lahan sebelum dia berjalan ke arah ahli keluarganya. Puan Elina berlari anak lalu dia memeluk tubuh Khalif seeratnya. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya keluar jua.

"Anak umi apa khabar? Sihat?" Khalif hanya mengangguk tanpa membuka sebarang bicara. Pelukan dilepaskan. Puan Elina mendakap kedua-dua pipi anaknya yang cekung. Dia merenung wajah pucat itu lama. Sungguh, hanya Tuhan saja yang tahu betapa rindunya dia pada anak sulungnya ini.

[C] LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now