LISA!73

895 78 15
                                    

DALISHA INARA'S POV

SELESAI saja pertarungan antara The Unbreakable Ghost dan The Assassin, pentas kembali kosong untuk beberapa waktu. U-Gee bergerak semula ke bilik menunggu manakala The Assassin dikejarkan ke hospital.

"Hafreez, bilik menunggu di mana?" soalku dengan nada keresahan.

"Awak tak dibenarkan masuk ke kawasan tu, Inara–"

"Saya tak peduli, saya tetap nak jumpa Khalif. Dia tu suami saya!" Tanpa menunggu balasan daripada Dr. Hafreez, aku berlari keluar daripada bilik VVIP tersebut. Langkah aku dibawa laju ke mana  saja mengikut kata hati.

Aku harap kata hati aku tak salah. Aku betul-betul nak jumpa Khalif sebelum pertarungan berakhirnya bermula.

Selepas hampir 10 minit berlari, aku berhenti di depan sebuah lorong dimana terdapat beberapa orang lelaki berkemeja hitam sedang berlegar-legar di kawasan itu.

Aku membongkok tubuh. Kedua-dua tangan mendarat pada lutut. Nafas dalam ditarik. Peluh yang merenek di dahi, aku kesat menggunakan lengan baju. Tudung hitam dikepala turut diperbetulkan.

"Hey, kid. Who are you? You are not allowed to be here."

Aku berdecit. Kid dia panggil aku? Mentang-mentang ketinggian aku terbantut, kau panggil aku budak-budak eh?

"I want to meet U-Gee."

"You're not allowed to meet him."

"Why?"

"It's a procedure."

"Do I care?" Aku menjungkit kening sebelah seraya tersenyum sinis.

"I'm his wife. Let me see him." Lelaki tinggi berkepala botak itu menggelengkan kepala. Peraturan tetap peraturan. Dia cuma menjalankan amanah saja.

"I said I want to meet him." Ujar aku dengan nada sekerasnya. Namun, tetap lelaki itu menggeleng. Aku mengetap bibir. Pipi dalam ditolak menggunakan lidah. Kalau dengan cara elok tak boleh, aku kena guna cara kasar.

Aku bergerak ke kiri, dia bergerak ke kiri menghalang pergerakan aku. Aku bergerak ke kanan pula, dia turut bergerak ke kanan. Kedua-dua tangannya didepa, kakinya turut terkangkang. Aku tersenyum senget.

Tadi kau cakap aku budak-budakkan? Meh, aku tunjuk perangai kebudak-budakkan aku.

Aku kembali berdiri tegak sebelum berdehem. Sepasang mata aku merenung matanya yang berada di sebalik kaca mata hitam. Kenyitan mata dan sebuah flying kiss diberikan. Aku boleh nampak wajah dia berkerut dan–

PAKKKK!!

"ARRRGHHHHH!!!" Dia mengepit kedua-dua kakinya apabila aku bertindak menendang celahan kakinya.

Ha, rasakan!

Lelaki itu terus jatuh tersungkur di atas lantai. Beberapa orang rakannya yang lain cuba untuk mengejar aku. Dengan pantas, aku berlari menelusuri koridor yang terang itu.

Namun, apakan daya? Bukaan langkah kaki aku jika mahu dibandingkan dengan bukaan kaki mereka, memang taklah aku akan menang. Tiba-tiba sanggul kepala aku ditarik daripada belakang membuatkan larian aku terhenti. Dari gembira bertukar sakit.

Sakit woi dia tarik sanggul aku!

Aku cuba melarikan diri daripada mereka tapi aku telah dikepung oleh enam orang lelaki berkemeja hitam. Seorang dari mereka masih menggenggam sanggul aku. Aku cuba untuk memberontak, tapi aku tersilap langkah.

Bukan aku yang berjaya cabut lari, sebaliknya tudung aku yang tercabut dari kepala. Biji mata aku terbeliak besar. Dada lelaki itu aku tolak ke belakang. Tudung hoodie hitam aku naikkan menutup kepala.

[C] LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now