LISA!74

3K 125 16
                                    

U-GEE POV

SORAKAN bergema sekali lagi di dalam stadium. Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Kini, bermulanya pertarungan terakhir antara The Unbreakable Ghost dan lawannya,

"INVITED THE DEVILS KING TO ENTER THE RINGGG!!!!!"

"WOAHHHHHH"

Sorakan bersahut-sahutan di dalam stadium setelah satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka mula melangkah masuk ke dalam gelanggang.

The Devils King, salah seorang MMA Fighter yang sangat terkenal di United Kingdom saat ini. Namanya selalu disebut-sebut setelah nama The Unbreakable Ghost menyepikan diri untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Dia mempunyai tubuh badan yang tegap dan sasa, kulit bersawo matang dan menjadi idola ramai terutamanya dalam kalangan peminat-peminat petinju meskipun identitinya masih selamat disembunyikan disebalik sebuah topeng tengkorak yang mengerikan. Auranya juga membuatkan petinju-petinju lain tidak berani untuk bertarung dengannya.

"ARE YOU GUYS READY?!! PLEASE MAKE SOME NOISEEEEE!!!"

"WOOOOOOOAHHHHHHH" Sorakan kembali bergema dengan sangat kuat. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua penonton dalam stadium mahupun di rumah iaitu pertarungan antara dua petinju yang sangat hebat dan menjadi buah mulut orang Eropah.

Aku menarik nafas dalam tatkala The Devils King atau nama panggilannya King menapak masuk ke dalam gelanggang. Aku berdecit kecil.

King?

Sedangkan aku yang tubuhkan syarikat dan stadium ni, engkau pulak nak digelar 'King'? Besar sangatkah pangkat kau dalam syarikat aku ni?

"LADIES AND GENTLEMEN, PLEASE CALM DOWN AND SIT DOWN. MAKE SURE YOUR POPCORN IS READY CAUSE WE WILL SEE HOW THESE TWO LEGENDARY MMA FIGHTERS FIGHT!!!"

Robert tersenyum lebar apabila sorakan tidak henti-henti bergema di dalam stadium. Dia kemudiannya merapati kedua-dua petinju popular yang sudah bersedia di dalam gelanggang.

Level 1

Wisel ditiup. Pertarungan antara U-Gee dan King kini bermula. King berdiri tegak merenung ke dalam mata aku. Aku tahu disebalik topeng tengkorak itu, dia sedang tersenyum sinis.

No. Aku takkan kalah. Aku tak peduli siapa pun kau, King. Kemenangan akan menjadi milik aku malam ni...

Aku mula membuka langkah. Sasaran pertama adalah wajahnya. Aku berjalan pantas lalu terus menumbuk wajahnya sehingga terteleng ke tepi.

Aku berkerut hairan.

Dia tak tepis?

Dada aku mula berdegup laju. King langsung tak tepis serangan aku malah dia hanya berdiri tegak di tempatnya tanpa melakukan sebarang pergerakan. Tumbukan aku tadi langsung tidak memberi kesan kepadanya.

Siapa kau sebenarnya, King?

Aku mara lagi ke depan. Serangan bertubi-tubi aku lepaskan kepadanya. Dia mula bergerak meskipun tidak membalas apa-apa. Kedua-dua tangannya mula menepis setiap serangan aku.

Setelah beberapa saat menyerang, nafasku mula tidak teratur. Dada aku turun naik menahan lelah. Aku rasa... Aku dah tersilap langkah.

"My turn." Suara garau King kedengaran. Lalu, dia mula melepaskan serangan dengan menumbuk dada aku sekuat mungkin. Aku terjatuh ke belakang. King kemudiannya melompat ke atas aku dan menumbuk wajah aku di sebalik topeng secara bertubi-tubi.

Aku mengerang kesakitan. Tangannya aku tepis seraya melepaskan tumbukan pada batang hidungnya.

"Erghhh!!" King mengerang kesakitan. Dia bangun dari tubuh aku. Aku bangun sambil memegang dada yang sakit. Tatkala aku masih belum stabil, King berlari ke arah aku lalu leher aku dipaut. Tubuh aku diangkat tinggi sebelum dihentamnya ke atas lantai gelanggang.

[C] LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now