Nufail akhirnya menjejakkan kakinya di Negeri Di Bawah Bayu itu setelah sekian lama berkhidmat untuk negara di Semenanjung Malaysia. Kepulangannya kali ini dituruti oleh rakan baiknya sewaktu berkhidmat di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut. Dia mengambil kesempatan cuti ini untuk meneroka Negeri Di Bawah Bayu itu. Kenapa tak balik rumah keluarga? Dia dah selalu balik rumah keluarganya yang tidak jauh dari pangkalan apabila dia mempunyai masa lapang.
Sebaik sahaja keluar dari pintu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu itu, Nufail segera mengeluarkan telefon pintarnya bagi memesan GrabCar. Sengaja dia tidak memberitahu ahli keluarganya tentang kepulangannya kali ini, tidak mahu menyusahkan katanya. Lapangan terbang itu dipenuhi dengan ramai pelancong asing, terutamanya dari Korea dan China. Negerinya itu memang dikenali dengan keindahan alam yang tidak boleh dinafikan lagi. "Macam mana KK?" tanya Nufail, dia pun hairan dengan permintaan rakannya itu yang tiba-tiba ingin mengikutnya pulang ke Sabah. "Eleh kau ni, kita pun baru land 30 minit tadi" jawabnya sambil masih memerhati keadaan sekeliling, menunggu pesanan GrabCar mereka.
Setelah beberapa minit berbual kosong, Grabcar mereka pun tiba dan mereka masuk ke perut kereta Honda City berwarna putih itu. "Garangnya muka kamu berdua ni, askar ka?" tanya lelaki yang berusia sekitar akhir 40-an selaku pemandu GrabCar itu.
"Eh. Tidaklah, uncle. Kami kerja nelayan ja." jawab Nufail, dia tidak ingin terlihat bangga diri. Tersentak uncle tu dengar jawaban Nufail, nampak sangat menipu.
Mereka tiba di halaman rumah dua tingkat itu. "Nah uncle. Terima kasih. Hati-hati bawa kereta uncle." ucap Nufail sambil menghulurkan selembar RM10, sementara Eijaz sibuk mengeluarkan barang bawaan mereka dari bonet kereta. Eijaz memerhati halaman rumah rakannya itu yang terparking sebuah BMW M5. Belum sempat Nufail memberi salam, terlihat seorang gadis berambut pendek berlari ke arahnya dan memeluk erat tubuhnya. Iya. Adik kesayangannya, Naura Khayla. Nufail mengelus rambut halus adiknya.
"Ih! Kenapa abang nda kasih tau mau pulang!? Kalau nda, boleh Naura buatkan abang kek batik!" bebel Naura sambil memukul lengan abangnya.
"Siapa ni, abang?" tanya Naura sambil menunjuk lelaki di belakang Nufail dengan bibirnya, lama dia memerhati Eijaz yang dari tadi hanya memandang kemesraan dua beradik itu.
"Saya Eijaz, kawan abang awak." jawab Eijaz sambil menguntumkan senyuman. Naura hanya mengangguk, sudah sering abangnya membawa rakan ke rumah sejak zaman sekolah menengah. Tapi yang ini, baru pernah nampak pulak.
"Marilah masuk, tadi Naura ada masak ayam kari! Mama keluar dengan kawan dia, mesti mama terkejut tengok abang balik ni!" ucap Naura, dia memandang Eijaz sekilas yang bermaksud Eijaz pun kena ikut makan sekali. Naura memang kurang gemar bercakap dengan orang yang tidak dia begitu rapat, tapi kalau sudah rapat sampai bebuih mulut Naura dia masih akan tetap bercakap.
Nufail memandang ke arah rakannya itu yang sedang tersenyum seperti kerang busuk, "Kau kenapa gila? Adik aku tu, kau macam-macam memang aku kubur kau hidup-hidup". Eijaz hanya tertawa lalu menepuk bahu Nufail. "Marilah makan, Eijaz lapar lah abang" ejek Eijaz, menyebabkan sebuah tendangan manja singgah di punggungnya.
Naura mencedokkan nasi ke pinggan abangnya dan Eijaz, "Kalau tidak sedap, salahkan ja kuali tu".
"Eh sedap bah ni, adik abang kan yang masak", Nufail tahu Naura memang selalu membantu mama mereka masak di dapur sejak dia masih berusia tujuh tahun.
Mereka menikmati hidangan itu sambil mendengar cerita Naura yang tak tahulah bila nak habis, gadis itu memang banyak mulut kalau bersama abangnya.
"Awak nak saya tolong?" tanya Eijaz, melihat Naura yang sibuk membersihkan dapur.
Naura hanya menggeleng, "Pergilah duduk depan, awak kan tetamu. Nanti mama marah pulak kalau tau saya suruh-suruh tetamu." Eijaz melabuhkan punggungnya di kerusi yang terdapat di kitchen island, memerhati gadis yang mengenakan sweater putih dan seluar trek Adidas.
Naura hanya membiarkan Eijaz duduk di sana. Asalkan tidak menganggunya, sudah. Naura mencuba untuk tidak memeduli kehadiran Eijaz yang dari tadi memerhatinya. Walaupun jujur cakap, handsome nakmam!
Jam menunjukkan pukul 4 petang, sebuah kereta Audi TT RS meluncur masuk ke perkarangan rumah. Naura yang sedar akan kehadiran kereta itu segera berlari ke luar rumah.
"Mama! Cepat, cepat! Teka siapa di rumah?". Naura menarik lengan Puan Khalida masuk ke rumah. Melihat susuk tubuh anak terunanya itu, dia melepaskan beg tangannya dan lantas memeluk Nufail.
"Ingatkan nda mau balik jumpa mama sudah. Kenapa nda bagitahu Nuf mau balik? Kalau tau tadi mama buatkan kenduri kesyukuran terus." Puan Khalida bergurau.
"Assalamualaikum, aunty. Saya Eijaz, kawan Nufail dari zaman belajar." Eijaz menundukkan badan sebagai tanda hormat. Puan Khalida melemparkan senyuman, memperlihatkan barisan giginya yang rapi.
"Eijaz tinggal sini sama kita sementara boleh ka, ma?" tanya Nufail.
Puan Khalida mengangguk, "Naura, pergi tunjuk kawan abang tu mana bilik tetamu". Puan Khalida masih ingin melepaskan rindu bersama anak terunanya. Banyak cerita yang ingin dia ceritakan kepada Nufail. Sama macam Naura, suka sangat bercerita. Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi.
Eijaz hanya mengikuti langkah gadis yang hanya setara paras bahunya. Rasa tinggi sangat pula apabila dia berada berdekatan Naura. Nasib comel, macam vitagen.
Selepas menunaikan solat Maghrib, Naura membantu Puan Khalida untuk menyiapkan santapan makan malam. Gadis itu memang banyak meluangkan masa dengan ibunya semenjak kedua ibu bapanya memutuskan untuk bercerai sewaktu dia masih berumur 15 tahun.
"Abang! Makan!" jerit Naura sambil meletakkan mangkuk yang berisi ayam masak kicap dan sayur campur ke atas meja makan. Kelihatan susuk tubuh abangnya berjalan ke arah meja makan dan diikuti oleh Eijaz di belakang.
"Nuf, besok ikut mama pergi kenduri." ucap Puan Khalida, biasanya dia akan membawa Naura. Sementara Nufail masih berada di sini, kenapa tidak?
"Mama mau kasih tinggal Naura? Sampai hati mama! Aduh, ma. Macam nda lama lagi ni." gurau Naura sambil berpura-pura memegang dadanya. Nufail hanya menertawakan adiknya yang manja itu.
"Nanti Naura bawa lah Eijaz jalan-jalan sementara mama dengan abang keluar." balas Puan Khalida.
Tersedak Naura mendengar permintaan ibunya. Naura? Bawa Eijaz? Jalan-jalan?
"Boleh atau tidak?" tanya Puan Khalida lagi.
"Boleh, ma. Takut dia yang nda boleh." sudahlah baru pertama kali berjumpa, suruh bawa jalan-jalan pula. Ah, sudah!
"Saya okey je. Awak tu yang macam mana? Saya tak paksa kalau awak tak nak." lelaki itu memandang Naura yang duduk di hadapannya.
Naura mengangguk perlahan. "Saya okey ja." Nufail tersenyum menatap kedua orang itu.
YOU ARE READING
Penjaga Hatiku [OG]
RomanceEijaz Aneeq, salah seorang anggota Pasukan Khas Laut yang berada di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia. Terdetik hati Eijaz untuk mengikuti rakannya pulang ke kampung halaman. Takdir telah disusun dengan indah. Tanpa diduga, Eijaz menemukan pen...