Part 8

7 3 0
                                    

Kedengaran azan Subuh yang berkumandang dari masjid yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan mereka membuatkan Naura terjaga. Gadis itu menggosok matanya sambil meraba-raba kawasan sekitar katil untuk mencari telefonnya.

Lt. Eijaz 🫡
Notifications

Naura menekan notifikasi tersebut. Dia baru teringat yang dia tertidur ketika Eijaz sibuk menceritakannya tentang seekor angsa yang bertelur emas.

Lt. Eijaz 🫡

🎤  Voice Message
Khayla, mungkin waktu awak bangun ni saya dah tak dapat contact awak. Jadi, saya tinggalkan voice message ni untuk awak.
Listen to this if you're feeling blue, hope it helps. I love you, tunggu saya balik.

Naura menekan pesanan suara yang dihantar oleh lelaki itu. Tanpa dia sedar, air matanya mula mengalir. Ini pertama kalinya, dia menangisi seorang lelaki bukan kerana rasa sedih atau kecewa tetapi kerana rasa disayangi dengan hebat. Tidak mahu terbuai dengan kesedihan, Naura berjalan ke tandas untuk mengambil wudhu dan menunaikan solat Subuh.

Selesai menunaikan solat Subuh, Naura memasang sila dan menadahkan tangannya untuk berdoa, "Ya Allah, aku memang bukan perempuan yang sempurna dan jauh dari kata baik. Tapi aku mohon, lembutkanlah hatiku untuk menerima jika suatu saat nanti Engkau menjawab doa-doaku bukan dengan cara yang aku inginkan. Aku bukan perempuan yang begitu faham akan ilmu agama, aku bukan perempuan yang mampu untuk sentiasa beristiqamah. Tetapi setiap harinya aku berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya." tidak pernah sekali pun Naura terlupa bagi memanjatkan doa itu untuk dirinya setiap hari. Dia sentiasa berperang dengan batinnya, sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.

"Ya Allah, jagalah Eijaz Aneeq bin Emran apabila memang Engkau takdirkannya untukku. Lindungilah setiap langkahnya, lancarkanlah rezeki dan segala urusannya, permudahkanlah jalannya dan teguhkanlah pendiriannya. Jadikanlah dia seorang lelaki yang beriman, seseorang lelaki yang boleh membimbingku, seorang lelaki yang setia, seorang lelaki yang bertanggungjawab, seorang lelaki yang tabah dan seorang lelaki yang boleh menerima serta menjagaku seikhlas hatinya. Aamiin Ya Rabbal Alamin." air mata menitis apabila selesai sahaja melafazkan ayat terakhir dalam doanya.

Gadis itu mengambil telefonnya yang diletakkan di atas katil lalu membaringkan badannya di lantai yang beralaskan sejadah merah jambu miliknya, dia merenung siling bilik itu. Susah hendak membuang bayangan Eijaz dari fikirannya. Entah kenapa, dia sangat merisaukan lelaki itu. Naura mendengarkan pesanan suara yang dihantar oleh Eijaz berulang-ulang kali sehingga matanya kembali terlelap.

••

"Naura, bangunlah. Dah jam berapa ni." Eryna menggegarkan badan rakannya yang masih berbaring di atas sejadah itu. Eryna memandang skrin telefon Naura masih memaparkan rakaman suara Eijaz.


                           For Naura Khayla.
0:09 ─●──────── -0:30
↻ ◁ II ▷ ↺

Gadis itu menyepetkan mata, cahaya matahari yang terpancar dari tingkap bilik menyapa retinanya.

"Voice note apa tu, Naura? Nak dengar juga!" Eryna mengambil telefonnya yang tergeletak di atas lantai.

"Eh, janganlah Eryna." Naura merampas kembali telefonnya. Gadis itu memberikan jelingan tidak puas hati pada Naura.

"Kedekut." balas Eryna sebelum meninggalkan bilik itu. Naura mengambil telefonnya, tiada notifikasi 'Good morning, vitagen.' dari Eijaz. Pesan yang dikirimkannya juga masih satu tick, Lelaki itu betul-betul sudah tidak dapat dihubungi.

Penjaga Hatiku [OG]Where stories live. Discover now