prologue

6 2 0
                                    

“Boleh tak abang stop keluar dengan diorang? Anis tak suka.” Ujar Anis secara tiba-tiba. Ketika itu, mereka sedang duduk santai menonton filem di Netflix.

Ammar mengerutkan dahi.

“Siapa?”

Your best friends.” Balas Anis. Matanya tidak langsung merenung si suami. Cuma, melekat di kaca televisyen.

Why? Anis sendiri tahu abang memang rapat dengan diorang since kita belajar lagi. Apa salahnya?” Ammar perasan akan wajah isterinya yang makin mencuka.

Entah kenapa, malam-malam sebegini cakap benda pelik. Sebelum ini, okay saja.

I don't trust them. Macam mana kalau abang tiba-tiba suka kat Yuni? Takpun, Alin dengan Dina?” Anis berkata sambil kaki dialihkan dari atas riba Ammar ke lantai.

Mahu melihat air muka suaminya.

“Anis, Syah ada sekali. Remember? Lagipun, diorang bertiga tu masing-masing dah ada partner.” Ammar cuba memujuk si isteri.

Tidak mahu Anis berfikiran negatif.

No! Stop hanging out with them.” Ammar terus berdiri.

So, Anis nak abang cut contact dengan diorang? Macam tu?” Anis angguk. Cuba kentalkan diri bila Ammar sudah tayang riak garang.

Tentunya marah.

You're ridiculous!

“Abang, Anis—”

Stop! Jangan cakap apa-apa lagi pasal diorang. They're your friends, too. You should know better than that.” Tanpa menunggu balasan dari si isteri, Ammar menapak menuju ke bilik. Duduk situ lama-lama, mungkin lebih banyak keluar perkataan yang boleh melukai hati isterinya.

Jadi, dia cuba elakkan.

Tinggallah Anis bersendirian di sofa. Butir-butir jernih yang menitik dari mata, diseka. Dia tahu salah sendiri kerana berkata begitu tapi cemburu yang dia rasai, Ammar takkan pernah faham.

---

to be continued.

Can I be Her?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang