BAB 2: Kerajaan Andalus

10 2 0
                                    

Barangmu sudah cukup semuanya? terangkat sebelah kening Bunyamin apabila melihat Yusuf yang hanya membawa beberapa pasang baju, dua buah buku dan senaskhah al-Quran di dalam bengnya. Beg berisi makanan dan minuman pula diasingkan untuk iftar kelak. Tidak mungkin itu sahaja yang dibawanya? Sedikit benar.

Lebih dari cukup. Kau pula? Yusuf pula hairan memandang Bunyamin yang langsung tidak membawa apa-apa bersama. Sekadar sehelai sepinggang.

Aku cuma bawa diri dan maruah. Lekas, mari berangkat. Aku tidak sanggup berjalan semasa matahari berada di atas kepala, bersemangat Bunyamin menarik tangan sahabatnya untuk keluar dari rumah. Bahadur sekadar mengikut sama.

Walaupun Kota Nour ini terletak benar-benar di sempadan antara Kerajaan Nasrid dan Kerajaan Andalus, hampir enam jam juga masa perjalanannya jika tidak menaiki unta atau kuda. Memang perih, mengenangkan mereka masih lagi berpuasa. Namun tidak mengapa, bukankah Rasulullah dan tenteranya pernah berperang ketika berpuasa juga? Apalah susahnya jika hendak dibandingkan dengan perjuangan Baginda.

Sabar, Bunyamin. Adalus tidak lari ke mana, gurau Yusuf bersama senyuman kecilnya. Dia mengangkat kunci rumah separas mata. Kunci ini patut dibawa atau tinggalkan pada jiran sahaja? Risau andai tercicir pula nanti.

Ikut kata hati engkau. Aku juga tidak tahu, Bunyamin mengangkat bahunya sambil menggeleng.

Ikut kata hati nanti jadi binasa. Kita berserah kepada Tuhan. Aku bawa saja kunci ini. Mungkin ada kegunaannya kelak. Kunci itu dimasukkannya ke dalam beg berisi pakaian dan buku. Lebih tepat lagi, dia menaruh kunci itu di ceruk yang paling dalam agar tidak terjatuh ketika beg dibuka.

Perjalanan menuju ke Kerajaan Andalus bermula. Setiap kali kaki berderap menempuh jalan, bibir sang jejaka sentiasa basah dengan zikrullah. Sedikit pun dia tidak sanggup mensia-siakan bulan yang mulia ini. Dia tidak tahu andai ini ialah Ramadan terakhir buatnya ataupun bukan.

Bulan Ramadan, bulan turunnya al-Quran. Bulan di mana terletaknya malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam Lailatul Qadar. Bulan di mana setiap doa orang mukmin diangkat menemui Yang Maha Mendengar. Bulan di mana pahala dilipat gandakan, tidak seperti bulan-bulan yang lain.

Alangkah ruginya orang-orang yang tidak menggunakan peluang ini sebaik-baiknya. Umat terdahulu langsung tidak pernah merasai kenikmatan bulan Ramadan. Hanya umat nabi Muhammad S.A.W sahaja yang mendapat kemewahan ini.

Apabila Bunyamin dan Yusuf berhenti untuk berehat sebentar di bawah sebuah pohon yang cukup besar, terus mereka berdua menyandarkan badan pada batang pohon itu. Bahadur laju naik ke riba Yusuf, meminta untuk dibelai penuh kasih.

"Bahadur, doakan perjalanan kita dipermudahkan, ya? Doakan juga Allah merahmati kita semua." Perut kucing itu Yusuf usap. Suka benar Bahadur sehingga kakinya cuba menangkap tangan jejaka itu. Terus saja tangan Yusuf digigitnya perlahan.

Nakal.

"Yusuf, aku mahu tanya sesuatu."

"Tanyalah," Yusuf memalingkan wajahnya pada Bunyamin yang sudah duduk menghadap dirinya.

"Kau selalu bawa kucing itu ke mana-mana. Apa tujuan kau sebenarnya? Tidak pernah aku lihat orang membawa haiwan peliharaan mengembara. Selalunya binatang ternakan sahaja." Jujur, perlakuan Yusuf yang satu itu amat aneh di mata Bunyamin.

"Para nabi dan rasul suka akan kucing. Kau kenal Abu Hurairah, sahabat baginda Rasulullah yang sangat cinta akan kucing dan haiwan berbulu itu?" Yusuf pula menanyakan soalan padahal dia belum lagi menjawab pertanyaan Bunyamin.

"Sudah pasti."

"Haiwan juga makhluk Tuhan, Bunyamin. Kita berlaku adil akan mereka, mereka akan doakan kita. Apatah lagi jika kita menyayangi mereka. Sudahlah comel, siapa saja tidak suka? Walaupun ada yang geli dan tidak boleh terkena bulu kucing, aku yakin hampir semua manusia suka akannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MAHBUBWhere stories live. Discover now