KOTA NOUR,
KERAJAAN NASRIDBahadur, hari ini aku dapat tiga keping syiling emas. Alhamdulillah, cukup untuk tiga minggu kita di sini. Rempah yang kubawa dari tanahku juga habis dijual, Yusuf tersenyum lebar sambil mengusap lembut perut kucing kesayangannya, Bahadur. Semakin lama, semakin besar pula perut si bulus ini. Geram!
Bahadur hanya menjilat kakinya. Langsung tidak dipandang Yusuf yang yersengih sendiri memikirkan hasil jualannya yang semakin mendapat sambutan hangat daripada penduduk kota. Tidak sia-sia dia datang sebagai pedagang.
Niat di hati pada awalnya ingin mengembara untuk meluaskan pandangan dan pengalaman, tidak lama kemudian bertemu pula dia dengan pedagang dari Timur Tengah yang menyebarkan dakwah sambil menjual rempah ratus dan kurma di kerajaannya. Yusuf yang suka akan pengalaman mencabar terus meminta restu ayah dan ibunya untuk menjadi pedagang. Dia ingin berhijrah.
Sudah tentu permintaannya ditolak sekeras-kerasnya. Ayahnya tidak mahu Yusuf meletakkan jawatan di kerajaan itu hanya untuk mengembara ke tanah lain. Namun apakan daya, niat murni Yusuf akhirnya membuatkannya pasrah dan setuju sahaja.
Perjalanan dari tanah airnya ke Kerajaan Nasrid ini mengambil masa tujuh bulan dengan menggunakan kapal laut milik pedagang Muslim dari Hadhramaut. Sempat dia menunaikan ibadah haji dengan pedagang lain apabila mereka sebulat suara ingin singgah ke Mekah setelah melalui tempoh beberapa jam perbincangan bersama Nakhoda. Gembira hatinya bukan kepalang ketika itu.
Bahadur, aku pergi ke pasar dulu. Suria sudah hampir terbenam, tidak lama lagi waktu berbuka puasa akan tiba. Kau tunggu di sini, ya? Jadi budak yang mendengar kata. Andai ada ikan nanti, aku dapatkan satu untukmu. Yusuf tangkas mengambil kantung berisi sedikit syiling emas dan beberapa syiling perak miliknya.
Sebelum melangkah keluar dari rumah, sempat bibir dilabuhkan pada hidung kucing putihnya. Jagakan rumah aku pergi dahulu. Assalamualaikum.
Selesai mengunci pintu dan membaca doa keluar rumah, Yusuf mengatur langkah menuju ke pasar yang berhampiran dengan Pelabuhan Albuquerque. Pasar itu dibanjiri dengan sekalian manusia yang berbeza agama, bangsa dan warna kulit. Namun tujuan mereka di sini sama. Ada yang ingin membeli barang dan ada yang mencari rezeki.
Yusuf mencengkam kuat kantung berisi syilingnya sebagai langkah berhati-hati kerana bimbang andai terjatuh atau ada yang mencur. Dengan penduduk yang ramai seperti ini, tidak mustahil itu berlaku. Apa salahnya sediakan payung sebelum hujan? Sudah banyak kes kecil yang pernah didengarnya dulu, malah hampir semua berlaku di pasar ini.
Yusuf!
Yusuf menoleh ke arah sumber suara yang menyeru namanya. Hujung bibir serta merta ditarik lebar. Bunyamin! Ada apa kau memanggilku? Perlukan bantuan?
Mereka berdua bersalaman lalu berpeluk seketika. Terserlah keterujaan masing-masing yang sudah menganggap diri mereka sebagai saudara rapat. Kepala Bunyamin, Yusuf usap kasar tetapi tidaklah menyakitkan. Cukup membuatkan rambut Bunyamin kusut masai, persis carannya mengusap bulu Bahadur.
Kau rindu aku, Bunyamin? soal Yusuf.
Tidak, aku rindu Bahadur. Di mana kekasih hatiku itu? kedengaran pelat Bunyamin berbicara. Dia bukanlah orang Melayu, jauh sekali berasal dari kepulauan Nusantara. Namun jejaka itu pandai berbicara bahasa kaum itu. Bukan Bunyamin sahaja, hampir seluruh dunia menggunakan bahasa Melayu ketika berdagang memandangkan bahasa tersebut merupakan bahasa perantaraan terbesar. Sesuai dengan Tanah Melayu yang amat masyhur.
Rugi benar orang yang tidak fasih berbahasa Melayu. Sukar untuk berdagang dan lebih sukar untuk membeli barang dagangan memandangkan komunikasi tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Mengapa bahasa Melayu? Mengapa bukan bahasa Inggeris?
Tanah Melayu sudah menjadi pusat dagangan terkenal di dunia berkurun lamanya. Kekayaan hasil bumi di tanah berdaulat itu menyebabkan rakyatnya hidup serba mewah. Rata-rata kaya semuanya. Malah orang Melayulah penyumbang terbesar terhadap ekonomi kerajaan dan sumber pendapatan buat para pedagang kerana merekalah yang paling kerap melabur dan membeli barang dagangan.
Tersenyum kecil Yusuf jadinya. Sungguh, bangga benar dia akan tanah kelahirannya. Meskipun dianugerahi harta dunia, tidak ada yang bermegah-megah seperti Qarun. Barangkali kerana sudah terpasak di dalam jiwa mereka akan ajaran Islam dan konsep taat setia.
Yusuf? panggil Bunyamin, hairan. Tiba-tiba saja lelaki di depannya itu tersengih seorang diri. Sudahlah tidak menjawab pertanyaannya.
Oh, ya. Maaf, aku termenung. Bahadur ada di rumah. Kalau rindu, datanglah singgah semalam dua, balas Yusuf dengan rasa bersalah memandangkan dia terleka sebentar tadi. Yusuf langsung tidak berkecil hati apabila Bunyamin lebih merindui Bahadur memandangkan kucingnya itu mempunyai teman untul bermain buat sementara.
Bunyamin merenung langit seakan-akan berfikir, lalu wajah Yusuf ditenungnya lama. Barangkali satu malam sahaja. Subuh besok, aku mahu berangkat pulang ke Andalus.
Bunyamin ialah seorang jejaka kelahiran Andalus. Lihat saja fitur wajahnya dan bentuk badannya. Gagah perkasa seperti tentera walaupun umurnya baru mencapai angka dua dekad. Dia seorang jejaka yang tegap, kontra dengan mukanya yang persis anak muda. Begitu juga dengan sifatnya. Comel dan suka bergurau senda!
Izinkan aku turut serta. Sudah tiba masanya aku tinggalkan Kerajaan Nasrid ini. Kerja Yusuf di sini sudah selesai, terutama sekali di Kota Nour ini. Apa yang dicari nampaknya sudah melarikan diri. Tetapi syukur ke hadrat Ilahi, semakin ramai penduduk kota ini mengucapkan kalimah syahadah.
Strategi dakwah Yusuf berkesan. Pada mulanya, dia sering dimaki kerana membawa masuk ajaran Islam ke kota ini. Namun lama kelamaan, pendekataan Yusuf yang lemah lembut dan telus Berjaya memaut hati penduduk kota. Bukan itu sahaja, bantuan daripada pedagang Islam yang lain juga membuatkan segalanya berjalan dengan lancar.
Bunyamin yang tadinya berseri kini terbit riak gusar pada wajahnya. Bahu Yusuf dipegang kuat. Kau yakin, Yusuf? Keadaan Andalus bukan seperti dahulu. Andalus hampir runtuh. Aku risau akan keselamatanmu, sahabat. Engkau berasal dari Tanah Melayu, tempat yang paling baginda Ratu benci. Malah tentera baginda juga berjaga di setiap pelusuk Andalus.
Aku maklum keadaan Andalus bagaimana sekarang. Sudah tenat. Biarlah bahaya, Bunyamin. Aku tidak berseorangan. Sebaik-baik Pelindung ada bersamaku. Usah risau.
Kalau itu yang kau mahu, aku tidak dapat menolak. Bunyamin menggangguk lalu tangannya diturunkan semula. Oh, ya. Kau buat apa di pasar ini? Ingin berniaga?
Mereka berdua mula berjalan seiringan. Sesekali ada saja pedagang yang cuba menarik mereka untuk melihat barang dagangan yang dibawa. Mereka sekadar menolak dengan secebis senyuman nipis.
Matahari hampir tergelincir dari tempatnya. Aku mahu membeli barang makan buatku dan Bahadur, jelas Yusuf sembari melihat ke arah matahari. Nampaknya tidak lama lagi azan Maghrib akan berkumandang.
Kita cari sama-sama. Aku berbuka di rumahmu saja nanti.
Bergeraklah Yusuf dan Bunyamin mencari makanan yang ingin dibeli. Tidak lupa juga seekor ikan untuk si kecil Bahadur. Jika tidak dibelikan, meraung kucing itu nanti. Dia pula yang berpuasa di malam hari tatkala tuannya sudah lena.
Selesai membeli juadah, mereka berdua tiba di kediaman Yusuf. Laju mereka menyiapkan makanan bersama-sama. Yusuf memasak, Bunyamin pula menghidangkan hasil masakan. Bahadur? Kucing itu sibuk melihat makanan di atas meja. Tidak lari matanya merenung satu demi satu lauk-pauk yang terhidang. Ingin di-ngap, takut dia pula yang di-ngap semula oleh Bunyamin.
Tatkala azan sayup-sayup kedengaran, tangan ditadah dan doa berbuka dibaca bersama. Maka merasalah dua orang jejaka itu akan nikmat dunia yang berupa makanan dan minuman untuk meraikan seharian mereka berpuasa.
Selesai menunaikan solat fardhu Magrib, Yusuf dan Bunyamin bertadarus di ruang tamu sementara menanti ketibaan waktu Isyak. Baadur pula sudah terlelap kekenyangan di atas riba tuannya. Pada hari pertama bulan Ramadan ini, Yusuf sudah mengabiskan tiga juzuk al-Quran. Sekurang-kurangnya, jejaka itu mahu khatam sebanyak tiga kali. Khatam pada sepuluh hari pertama, sepuluh hari pertengahan dan sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini.
YOU ARE READING
MAHBUB
RomansTatkala manusia lupa siapa Tuhan mereka, masih ada jiwa yang sengsara. Meronta untuk menyampaikan kalam Rabbinya. Merayu untuk melindungi maruah bangsa dan agamanya. Di kerajaan itu, dia menitipkan doa. Di kerajaan itu juga dia bertemu den...