⊰ 6

29 7 5
                                    

3 hari sudah berlalu, rumah yang cukup indah perlahan bertukar neraka sedikit sebanyak mula dirasai oleh Anna. 

“Basuh semua ni. Aku malas nak bertalam muka. Biar aku terus terang.” Mak Lang mencampakkan baju-baju kotor kearah Anna. 

Walaupun Anna tak mampu mendengar apa yang dikatakan Mak Lang. Dia tahu bahawa Mak Lang membencinya. 

‘Kalau kau nak duduk lama kat sini, buat apa yang aku suruh. Jangan jadi beban. Faham?’ 

Nota yang telah ditaip disua kepada Anna. Anna mengela nafas berat tetapi masih mengangguk. Dia capai semua baju-baju yang bersepah di lantai. 

“Saya akan bayar hutang ayah sebanyak yang saya mampu. Beri saya masa Mak Lang.” Anna bertutur sopan. Sudah menjadi peribadinya menjadi seorang yang sopan tutur kata biarkan orang menghinanya.

Mak Lang menjeling.

Situasi tegang ini berlaku apabila Mak Langnya secara tiba-tiba membuka cerita tentang perilaku ayahnya yang merupakan penagih dadah. Ayahnya juga sering datang menemui Mak Lang untuk meminjam wang mengatakan dia punya hal kecemasan. 

Anna juga terkejut dengan kisah yang dibuka oleh Mak Langnya tetapi dengan lembut Anna nyatakan bahawa dia tidak boleh membayar hutang-hutang tersebut pada waktu terdekat. Mak Lang juga mencadangkan harta waris yang Anna dapat disalurkan kepadanya dan semua hutang dikira sudah langsai.

Anna tidak bersetuju dengan cadangan Mak Lang dan meminta supaya Mak Lang memberinya sedikit waktu untuk mendapatkan duit. Dia tidak mahu melaburkan harta pusaka peninggalan ayahnya hanya semata untuk melangsaikan hutang. 

Puas Anna menerangkan maksudnya namun dia disambut dengan reaksi yang berbeza oleh Mak Lang. Pertama kali kepalanya ditunjal orang yang bukan sama sekali ibu atau ayahnya.

“Sedar diri sikit! Kau tu cacat! Bapak kau penagih! Ibu kau mental! Patutnya kau lebih pentingkan hutang bapak kau yang dah mampus tu! Bagi senang sikit dia masuk syurga!” 

Laju air mata menjejak tanah. Terkial-kial dia menyidai pakaian dengan hanya satu tangan. Sesekali dia mengesat air mata. Apa lagi yang dia perlu lalui?

★★★

Balai Polis,

“Unit kita dah ada yang pergi undercover, team Alif dan Farhan aku sarankan kau orang kena sentiasa bersedia. Kita tak tahu bila penjenayah akan munculkan diri.” 

“Ini misi kita. Aku harap kita dapat kerjasama teruskan rancangan yang dah kita bina. Apa-apa report terus je bentang, ni untuk keselamatan orang awam.” 

Panjang lebar penerangan ketua pasukan polis menyatakan strategi dan tugas bagi menyelesaikan kes baharu. Farhan dan Alif melangkah keluar dari bilik mesyuarat sejurus ketuanya menamatkan sesi pembentangan.

“Aku pelik lah. Kenapa eh kau tak nak join undercover? Selalunya kan kau yang turun.” Alif menyoal selamba. Mereka merupakan detektif yang bertugas untuk mengambil kes pembunuhan yang baru berlaku.

“Dia tak akan pernah maafkan aku. Dan aku pun tak berminat nak join undercover lagi.” Farhan mula menghisap vape yang sentiasa tergantung dilehernya. Asap dari rokok elektronik itu menyembur keluar.

“Aku sentiasa berdoa kau orang berbaik tau tak. Penat tengok korang bergaduh macam anjing dengan anjing.”

“Aku nak berbaik, dia yang tak nak. Kau cakap apa tadi? Anjing?” Farhan menoleh geram. Alif hanya menayang baris giginya.

Nampaknya permasalahan Farhan dan dia memang tak akan pernah damai. Sudah bertahun mereka renggang begitu dan Alif sangat berharap suatu hari nanti, Farhan atau seseorang itu terbuka hati untuk berbaik semula. Dari runsing memikirkan mereka, baik dia memikirkan tentang mayat yang terdampar tadi.

PEKAK | OGWhere stories live. Discover now