⊰ 7

26 7 4
                                    

Keesokan harinya, 

Sinaran mentari pagi menyadarkan Anna dari lenanya. Sempat dia menguap dan mengeliat merenggangkan tubuhnya setelah penat tidur secara duduk. Anna melihat sekelilingnya. 

Tong sampah besar terletak elok tidak jauh dari tempat dia duduk sekarang. Anna mengingatkan memori semalam, tika dia dikejar oleh sepupunya sendiri untuk kepuasan nafsu. Hati yang membuak cemas tidak dapat dia fikirkan langkahnya menuju ke mana. Langkahnya terhenti di lorong gelap dan busuk ini.

Apa yang mampu dia lakukan? Tidur beralaskan kotak buangan menjadi pilihan.

Anna bersyukur dia sudah jauh dari keberadaan Mak Lang dan Syafiq. Bersumpah tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke sana. Cuma sekarang, dia serupa gelandangan. 

Anna bangkit dan mula membongkar kotak-kotak yang tersusun disebelah tong sampah itu. 

“Ha, ada pun.” Sehelai selendang berwarna coklat lusuh dililitkan rapi di atas kepalanya. Semalam dia tinggalkan segalanya di rumah Mak Lang, berlari keluar sehelai sepinggang. 

Tidak kira lah busuk atau lusuh, Anna tidak selesa jika melepaskan auratnya ditempat awam. Dia sentiasa menekankan auratnya daripada dilihat ajnabi. Kakinya juga dililit kain perca yang dia jumpa di dalam kotak-kotak tadi. Nampaknya, kakinya bengkak akibat memaksa lari dengan laju sewaktu dikejar.

Dia termenung menyandarkan tubuhnya ke dinding. 

“Kenapa semua orang layan aku macam ni. Apa salah aku sebenarnya?” mata dipejam rapat. 

Anna menyeluk poket seluarnya. Nota yang dia terima sewaktu kematian ibu dan ayahnya dikeluarkan. Kertasnya kelihatan ronyok, tetapi intinya masih boleh dibaca.

‘Percaya dan bersangka baiklah pada tuhan. Dia lebih tahu kekuatan awak. Awak memang tak dengar dunia, tapi Allah sentiasa mendengarkan awak.

Semoga cepat sembuh. Jumpa lagi.’

Anna menatap nota ditangannya. Selepas segala perkara yang menimpanya, nota ini lah yang setia dengannya. Perkataan yang ditulis sebagai inti kertas ronyok itu lah yang menjadi penguat semangatnya. Ia seakan mempunyai jiwa misteri untuk si pembacanya. 

“Tapi… aku tetap kena bayar hutang Mak Lang.” Anna mengeluh lagi.

Serta merta dia teringatkan sesuatu. Bingkas dia bangun dari duduknya, mulutnya menganduh sakit kerana terlupa akan kesakitan pada kakinya. Tanpa memikirkan apa-apa, dia terus mengusung langkah. Dia perlu pergi ke suatu tempat dengan segera.

★★★


Pejabat Penghubungan Awam,

“Saya pekerja kat sini. Bagi saya masuk!” 

“Maaf cik, pengerusi tak bagi cik masuk.” Dua orang pengawal yang berada di hadapan bangunan syarikat menghalang Anna dari menjejakkan kaki ke dalam.

Anna bercekak pinggang, letih nak bergaduh. Lagi tadi dia cuma mengulang ucapan yang sama kerana dia sama sekali tak dapat mendengar apa yang mereka katakan padanya.

“Argh! Tak kira!” Anna dengan pantas meloloskan diri dan masuk ke dalam bangunan syarikat yang menempatkan pekerjaannya. Dua orang pengawal tadi yang tidak bersedia dengan tingkah Anna terkocoh-kocoh mengejarnya. Kaki bengkaknya dipaksa melangkah.

Anna tak memperdulikan sekitarnya. Di dalam otaknya sekarang, dia perlu bertemu majikannya. Apa jua cara, dia mesti laksanakan hasratnya.

Pintu bilik khas Tuan Safuan sudah kelihatan. Selagi dia tidak mencapai tombol pintu bilik Tuan Safuan, selagi itu lah kakinya laju melangkah.

PEKAK | OGWhere stories live. Discover now