✦ 𝙲𝚑𝚊𝚙𝚝𝚎𝚛 𝟷𝟿 ✦

2.1K 106 2
                                    

Seminggu yang lalu..

Tengku Hazreal & Bunga Haura masih bekerjasama supaya tidak terbongkar tentang penceraian mereka pada keluarganya.

" Morning mama, nenek.." tegur Bunga Haura yang tiba-tiba datang ke dapur dari arah belakang mama & neneknya.

" Cucu nenek dah bangun.."  sahut Puan Shaziha.

" Anak mama dah bangun yea.." ujar Puan Merlin.

" Dah mama nenek..Haura dah lambat pergi kelas ni.." ujar Bunga Haura.

" Mana Hazreal ? " tanya Puan Merlin.

" Tak tau..Ma nenek nak salam.." ujar Bunga Haura lalu bersalaman pada mentuanya.

" Kenapa tak naik dengan Hazreal sekali? " tanya Puan Shaziha.

" Abangg..be.." belum sempat Bunga Haura menghabiskan kata-katanya Tengku Hazreal sudah terpacak dibelakangnya,

" Yea sayang.." sahut Tengku Hazreal sambil memegang pinggang Bunga Haura.

" Awakk...apa ni pegang2 ? " marah Bunga Haura.

Tengku Hazreal memberi signal mata untuk memberi hint pada Haura .

" Apaa awak ni..Ingat saya faham awak mata cenggitu ? " marah Bunga Haura lagi.

" Kenapa Hazreal..? Tak sihat ke ? " tanya neneknya.

" Eh bukan nek..Haura yang tak sihat.." ujar Tengku Hazreal dengan selamba.

"Bila masa pulak saya tak sihat ni..? " marah Bunga Haura.

" Aduh dia ni.." Tengku Hazreal menggelengkan kepalanya.

" Mama nenek..Haz pinjam Haura sekejap..Jom sayang.." ujar Tengku Hazreal lalu mengheret Bunga Haura ke ruang tamu.

" Haa yelah pergilah " ujar Puan Merlin.

Tengku Hazreal menarik Bunga Haura sampai di ruang tamu

" Apa tarik-tarik ni.." marah Bunga Haura.

" Kau tu dah kenapa ? Lupa kene berlakon? Nak marah aku jee tau..berpada-pada la yang..nak diorang tau kita ada masalah ke ? " tegur Tengku Hazreal.

" Ouh i'm sorry..Tapi awak tu takde tempat lain ke nak pegang? lupa dah kita ni cerai ? " marah Haura.

" Berlakon kan kene la real..kang kantoi aku yang kene.." ujar Tengku Hazreal.

" Tak kisah la real ke apa..Tapi awak lelebih saya sepak awak nanti.." ujar Bunga Haura.

" Yea sorry la Alahai.." ngeluh Tengku Hazreal.

Tiba-tiba Puan Shaziha keluar dari ruangan dapur melihat cucu-cucunga tercegat di ruang tamu.

" Laaa ni kenapa ni tak pergi class lagi.." tegur Puan Shaziha.

Mereka berdua terkejut kedatangan neneknya secara tiba-tiba tanpa sedar.

" Aaa..ne..nek ni haaa cucu kesayangan nenek nak choki choki..katanya demam kan sayang" kata Tengku Hazreal dengan gagapnya.

" Haa Choki-Choki? Kamu ok ke Haura ? Mengidam ke ? Cucu nenek ni mengandung ke ? " tanya Puan Shaziha.

" Ee..Eehh.. Tak nek bukan ngidam Haura saja jee nak manja dengan abang..kan Haura demam..hari ni Haura tak pergi class kott.." ujar Bunga Haura dengan mengetap bibirnya sambil memandang bekas suaminya dengan tidak puas hati.

" What? Choki-Choki ? Pale otak dia Choki-Choki..Main sebutt jeee eee sepak kang..mamat ni" desis hati Bunga Haura.

" Nak abang teman tak ? Ke nak abang balik awal ? " usik Tengku Hazreal.

"Eh takpe sian dekat abang..Abang tak payah balik pun takpe..jom nenek kita pergi dapur Haura nak makan bubur ayam nenek.." perli Bunga Haura dengan selamba lalu meninggalkan Tengku Hazreal.

" Celaka punya ex wife..Tunggu kau aku kenekan kau balik.." ujar Tengku Hazreal.

Tengku Hazreal ke ruangan dapur semula dengan muka cebiknya melihat ibunya & neneknya melayani Haura sangat baik.

" Yelah semuaa layan Haura je..takde sapa nak layan Hazreal ni kan.." ujar Tengku Hazreal.

" Alolo siannya abang..Haura layan meh..takpela Haura tengah demam pun Haura sanggup layan abang..mungkin lepasni abang tak dapat layanan Haura lagi kan-kan.." ujar Bunga Haura dengan senyum sinis.

" Haura tanya Hazreal tu nak makan apa? " ujar Puan Merlin.

" Abangku sayang nak makan apa ? " perli Bunga Haura.

" Abang nak Haura.." ujar Tengku Hazreal sengaja mengenakan semula bekas isterinya.

Bunga Haura mencubitnya dalam diam sekuat hati.

Tengku Hazreal memandang Bunga Haura dengan menahan kesakitannya.

" Abang..nak.." belum sempat Tengku Hazreal menghabiskan kata-katanya Bunga Haura sudah menyampuk.

" Haura nak makan ke? " tanya Bunga Haura.

" Nak la sayangg nak suap pewish.." ujar Tengku Hazreal dengan ngadanya.

" Haura rasa abang tak payah makan laa..abangkan dah lama hidup..tak mati pun kalau tak makan kan? Abang pernah cakap kan tengok muka Haura je abang dah kenyang..so tak yah laa kan.." sebidas ayat dari Bunga Haura.

Tengku Hazreal terdiam seketika,selepas di perli oleh Bunga Haura.

" Abang kenapa pandang Haura macamtu ? " tanya Bunga Haura tengok muka bengis bekas suaminya.

" Haura , Hazreal jangan la gaduh-gaduh tak elok.." pesan Puan Shaziha.

" takdelah nek..kami memang macamni.." ujar Tengku Hazreal.

" dah-dah makan apa yang mama kamu masak ni..nanti nenek masak bubur ayam untuk kamu berdua.." pujuk Puan Shaziha.

" Baik nenek.." sahut mereka berdua.

" Alolo sian iye tu yea.." pujuk Bunga Haura sambil memerli lagi.

" Padan muka kau..Nak sangat aku berdendam dengan kau kan..kau tunggu pulak lepasni"  desis hatinya.

Tengku Hazreal hanya mendiamkan dirinya.

To be continued..

(Hi korang i'm sorry for today updated takde idea sangat if tak ok bagitahu yea..Happy reading & thank you 🤍)

𝑴𝒚 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒊𝒎𝒆 𝑾𝒊𝒇𝒆  ( OG )Where stories live. Discover now