Tengku Hazreal mengikuti belakang Bunga Haura lalu Tengku Hazreal mengheret Bunga Haura sehingga ke dapur.
" Eh kau sini.." Tengku Hazreal menarik tangan Bunga Haura.
"Apa ni pegang-pegang lepaslah ! Ishh! " meronta-ronta Bunga Haura untuk melepaskan tangannya.
" Kau diam boleh? Bukan aku rogol kau pun.." marah Tengku Hazreal.
"Apa awak nak? Tak habis lagi nak sakitkan hati saya? "
" Sayaa cari awak tadi..Awak hilang..lepastu awak nak salahkan saya.."
Bunga Haura menepis tangannya.
" Kau tu..dah tau aku takde , tak reti ke cakap dengan nenek mama..aku keluar dengan kawan ke apa..takkan benda senang tu pun tak boleh nak fikir? Cover la sikit.." bebel Tengku Hazreal.
" Eh Hello Tengku Hazreal Daniel..Awak ingat saya ada masa untuk sakit kepala? Fikir pasal awak? Euww..memang tak lah! Awak yang hilang awak sendiri la yang cover..Padan muka" Bunga Haura memerli.
" Kau ni kan eee aku tak tau laa..Bengap sangat kau ni.." ujar Tengku Hazreal sambil mengcekak pinggangnya.
" Saya bengap ke awak? Masalah awak..bukan masalah saya..apa kene mengena dengan saya..Padan muka" perli Bunga Haura.
" Ewah perempuan ni..kau ingat kau bagus ? Kau tunggu la lepasni aku kenekan kau pulak..baru tau langit tu tinggi ke rendah.." marah Tengku Hazreal.
Tiba-tiba kedatangan Puan Shaziha dari ruang tamu ke dapur.
Puan Shaziha mendengar pertengkaran cucu-cucunya yang berada di dapur.
" Apa yang bising-bising ni.." tegur Puan Shaziha sambil melihat gelagat cucu-cucunya.
" Eh nek..takde ape nek..ni haa Haura katanyaa penat sangat.." ujar Tengku Hazreal dengan selamba.
Bunga Haura memandang tajam ke arah bekas suaminya manakala Tengku Hazreal mengjengkil biji matanya tanda marah pada Bunga Haura.
" Haura ok je nek..Abang Hazreal je ngada-ngada..biasalah nak bodek..tau salah dia sendiri.." ujar Bunga Haura sambil menjeling matanya kearah Tengku Hazreal.
Tengku Hazreal menahan sabar dengan melihat gelagat isterinya.
" Dah-dah apalah cucu nenek ni gaduh2 ni.." tegur Puan Shaziha lalu pergi ke ruang tamu semula.
Sebaik sahaja Puan Shaziha keluar, mereka sambung bertengkar sehinggalah Bunga Haura meninggalkan Tengku Hazreal seorang-seorang di dapur.
♥ ♥ ♥
Tengku Hanz yang masih berbaring masih terkenangkan wajah perempuan idamannya iaitu ' Bunga Haura ' .
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk sekuat hati oleh seseorang. Tengku Hanz terkejut apabila mendengar ketukan itu.
Tengku Hanz bangun dari katilnya lalu membuka pintu & melihat adiknya ( TENGKU HATTEEM ) tercegat di depan pintu biliknya.
" Oi.. Pahal masuk bilik aku? Dah tak ada kerja dah? " tegur Tengku Hanz.
" Hanz aku nak tanya kau..macam mana kau boleh kenal dengan si Haura? " tanya Tengku Hatteem dalam keadaan yang serius.
" Laaa masuk bilik aku tanya pasal tu je? " Tengku Hanz menjengket sebelah keningnyaa.
" Sebab aku nampak kau dengan Haura berjumpa tadi..Kau ada apa-apa dengan dia Haz? " tanya Tengku Hatteem masih tidak berpuas hati dengan abang sulungnya.
"Kawan..tak lama lagi kawin.." ujar Tengku Hanz dengan selamba.
" Eh Hanz kau takde perempuan lain ke nak rembat Hanz? Asal awek aku jugak? " Tengku Hatteem dengan nada tingginya.
YOU ARE READING
𝑴𝒚 𝑷𝒂𝒓𝒕𝒊𝒎𝒆 𝑾𝒊𝒇𝒆 ( OG )
RomanceMy Partime Wife by fairyshaax 🤍 Warning : ⚠️ Sexy Storyline ⚠️Uncensored ⚠️18+ ⚠️Matured works ⚠️Red Flag hero { No Plagiarism allowed } { Read your own risk } { SLOW UPDATE } Pertemuan seorang pelajar baru & seorang pensyarah yang bengis , garan...