sunflower

132 3 1
                                    

Mangkuk terakhir disusun rapi diatas meja. Areum kembali ke dapur untuk mengambil jus strawberi yang dibancuhnya tadi.

"Tteobokki dah ada, bibimbap, ban chan pun  ada...apa yang aku lupa eik?"

Jenuh Areum cuba ingat apa yang dia lupa.

"Eh laki aku!"

Areum segera lari anak ke bilik yang dikongsi mereka suami isteri. Baru hendak pegang tombol pintu, Areum terdengar esak tangis.

'Jeongin nangis ke?'

Tombol pintu terus dipusing. Remuk hati seorang isteri melihat suami kesayangannya menangis teresak-esak sendirian. Terduduk diatas katil, selimut yang dihampar kemas menutupi kakinya nampak sedikit bersepah. Jeongin masih cuba mengesat air mata saat tersedar Areum ada didalam bilik. Sebuah senyum si suami pamerkan, tapi Areum mampu untuk tengok lebih.

"Awak..kenapa awak nangis ni?" soal Areum bukan sahaja lembut pada perkataan, lembut juga pada sentuhan tangannya mengusap mata sembab Jeongin. Setitis lagi air mata Jeongin jatuh sebelum dia menjawab.

"Fon saya jatuh bawah katil...saya nak ambik sendiri tapi-" keluhan kecil dilepaskan. "Tapi tak sampai...kaki tak dapat gerak.."

Sesak dada Areum mendengar. Areum sentiasa memikirkan cara untuk bagitahu Jeongin kejadian waktu itu bukan salahnya. Malahan Jeongin lah mangsa! Tapi Jeongin sentiasa menyalahkan diri, yang membawanya ke keadaan sekarang. Sudah 2 tahun sejak kejadian tersebut, 2 tahun Jeongin memendam rasa bersalah, dan 2 tahun Jeongin lumpuh oleh kejadian itu.

Areum cepat-cepat sedar daripada lamunannya dan membalas senyum Jeongin dengan senyuman pahit. "Takpe, saya tolong awak ambik, ye?" Areum letak telefon itu di atas meja solek dan membantu Jeongin duduk di kerusi roda. Areum dapat dengar Jeongin dengan halus ucap terima kasih.

"Wahhh awak masak bibimbap?" Jeongin bertanya, suara masih serak selepas menangis.

"Mestilarhhh kan dah lama saya tak buat bibimbap"

"Rajinnya isteri saya ni"

"Lah jangan puji gitu malu la kita"

Jeongin ketawa besar hari itu. Yang Jeongin sangat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang memahami, Na Areum.

__________________

"Eh awak! Biarla pinggan tu kat situ. Nanti saya cuci"

"Ala takpela..awak dah tolong masak, biar saya tolong cuci pinggan..ni je the very least yang saya mampu buat untuk tolong awak.."kata Jeongin dengan senyuman manisnya. Areum suka bila Jeongin senyum. Manis.

"Tapi wak-"

"Takde tapi-tapi. Awak kemas je la meja makan tuu saya tolong kat sini. Tak banyak punn"

Areum tersenyum pasrah. Sekurang-kurangnya Jeongin masih ada semangat untuk buat sesuatu. Areum berjalan ke arah Jeongin yang Masih menatapnya manis lalu memeluk lelaki itu. "Thank you, awak"

Yang dipeluk terdiam. Kepalanya di dada Areum, dapat dirasakan degupan jantung Areum yang bagi Jeongin sangat menenangkan. Areum menongkat dagu di atas kepala Jeongin dan dengan pantas meninggalkan sebuah kucupan hangat pada dahi lelaki manis itu. "Kalau ada apa-apa, panggil je tau"

Jeongin mengangguk semangat.

PPANG

Pinggan yang dicuci Jeongin tadi jatuh ke lantai menjadi serpihan kaca. Jeongin cuba untuk mengutip serpihan itu sendiri tetapi nihil, dirinya terjatuh bersama serpihan kaca itu. Dia meringis. Tapak tangannya tertusuk serpihan kecil kaca. Dapat didengar derapan tapak kaki yang pantas dari ruang makan. "Awak!" Areum memanggil risau. Areum tersalah langkah.

Lumpuh | Skz Jeongin Malay AUWhere stories live. Discover now