baby breath

78 1 3
                                    

Areum bergegas masuk ke dalam kereta. Keretanya terus dikunci. Beg tangan ditikam ke tempat duduk penumpang. Dalam Areum mengambil nafas. Otaknya serabut. Dia terus memikirkan apa yang Minho katakan sebentar tadi.

"Aku kagum dengan Jeongin. Dia lebih memilih selamatkan budak kecik tu, berbanding selamatkan diri."

"Nama budak tu Yang Iseul. Sebab Jeongin, dia masih hidup, dia dah tadika.."

Minho tersenyum pahit. Terkenang wajah manis Jeongin dan wajah Jeongin yang berlumuran darah ketika itu. "Aku bersyukur aku kenal Jeongin waktu tu. Tapi kejadian tu.. it changed me."

"Maksud kau?"

"Takde sorang pun yang call ambulans waktu tu. Banyak orang lalu-lalang. Tapi semua chose to record it happen. Not call for help. Yang memang besungguh nak selamatkan Jisung, Jeongin sorang. Dia je yang berlari ke arah api. Dia sorang. Aku kagum, bangga."

Areum tersenyum. Dilihatnya cincin perkahwinan dia dan Jeongin. Cincin yang Jeongin beli menggunakan duit simpanannya menjual bunga. Jeongin memang pewaris kedua COMFLEX CO, tapi pendapatan dari syarikat itu Jeongin tak pernah sentuh untuk kepentingan sendiri. Malahan duit itu digunakan untuk membantu rumah-rumah anak yatim, rumah jagaan orang tua serta organisasi awam di Korea.

"Jangan lega sangat. Kau perlu jaga-jaga, Areum."

"Kenapa?"

"Aku pelik dengan accident tu. Aku perhatikan lori tu waktu kejadian jadi. Lori tu, takde pemandu."

Areum terkedu.

"Keep an eye on your husband. I don't trust your father. Nor anybody in this company."

______________

Setibanya Areum di rumah, dia disapa oleh Jeongin yang duduk di lantai, menonton kartun kegemarannya, The Amazing World of Gumball. "Eh awak dah balik! Akhirnya.." kata Jeongin dengan muncung dibibir dan mata yang bersinar-sinar.

"Eh awak! Saya nak masak ni, awak nak request-"

"Yang Jeongin, saya penat. Sukati awakla nak buat apa. Saya nak tidur."

Jeongin terkejut. Itu pertama kali Areum melayannya kasar begitu. Tapi Jeongin faham. 'Mesti banyak kerja kat office..' fikir Jeongin sendiri. Areum melangkah ke bilik tidur. "Saya masak dululah! Awak mandi rehat kehh kalau dah siap nanti saya panggil awakkkk"

Pintu dihempas. Jeongin terkejut tapi sedihnya Jeongin cuba untuk berfikiran positif. Dia membawa diri untuk duduk ke kerusi rodanya lalu bergerak ke dapur. Lengan baju disinsing, apron dipakai dan tangan sudah dicuci. "Welcome to Innie's kitchen!"

Setelah sekian lama, Jeongin memasak tanpa bantuan Areum. Jeongin menelefon Haneul secara vidio dan meminta beberapa resipi masakan untuk Areum. Jeongin rasa inilah yang dia mampu buat untuk membalas jasa Areum. Petang itu, Jeongin mencurah segala perasaan dan usaha dalam setiap masakannya, tetapi...

Malam itu, Areum terus dibuai mimpi sejurus sahaja Jeongin selesai memasak.

_____________

Keesokan paginya, Areum bangun dengan moodnya yang semakin baik. Perlahan dia membuka mata, lalu melihat ke sebelah kanan, ingin melihat wajah Jeongin yang seperti bayi ketika tidur.

Lumpuh | Skz Jeongin Malay AUWhere stories live. Discover now