snowdrop

78 2 3
                                    

"Ish jem la pulak!"

Sentak Areum, rimas dengan kesesakan lalu lintas petang itu. Mana taknya. Meeting drag hingga pukul 5 petang. Kedai Jeongin sepatutnya tutup pukul 4 petang tadi. Areum risau jika Chan dan Seungmin sudah balik lalu tinggal Jeongin seorang diri di kedai. Tidak lama selepas itu, Areum berjaya lepas dari kesesakan dan memecut ke kedai bunga milik suaminya.

Areum hairan melihat masih ada bunga diluar kedai. Dilihatnya Chan yang jalan kehulu-kehilir seperti sedang memikirkan sesuatu. Seungmin pula memegang telefon ditelinga umpama sedang mencuba menghubungi seseorang.

"Chan! Min!"

Kedua-duanya sontak menoleh ke arah Areum dengan mata terbeliak. "E-eh hai, reum!"

"Korang dua kenapa ni? Kenapa kedai belum tutup?"

"Um..sebenarnya.."

"Jeongin mana?"

"Sebenarnya reum,"

"Jeongin keluar tadi, lepastu dia tak balik-balik lagi.."

"HAH?!"

Areum panik. Keluar?! Bila masa Jeongin keluar tak bawak dia sekali??

"Dia keluar dengan sapa?! Bila?!" tanya Areum sambil menggoncang bahu Seungmin.

"Aku tak tau! Yang aku tau dia keluar dengan customer dia!"

"Customer?" Hairan Areum. Baru hendak bertanya lagi tiba-tiba datang sebuah kereta Audi hitam di hadapan kedai bunga itu. Dari tempat pemandu, keluar seorang lelaki berambut panjang yang terus membuka pintu bonet belakang kereta itu tadi dan mengeluarkan-

kerusi roda?

Areum mula was-was. Kenapa kerusi roda Jeongin ada dengan lelaki asing ni? Kemudian lelaki itu membuka pintu penumpang belakang, menunjukkan Jeongin?!

"Jeongin!" Teriak Areum. Terus dipapahnya si suami untuk duduk di kerusi roda yang telah dibuka lelaki asing tadi. Areum terus memegang tangan dan muka Jeongin, mencari sebarang kecederaan. "Awak okey tak?? Injured mana-mana??"

"Areum, sayang..saya okey je..ni saya nak awak jumpa someone.."

"Siapa-"

Kata-kata Areum terpotong bila Haneul menunjukkan diri bersama Iseul disisi. "Akak! Iseul!" Dipeluk erat dua anak-beranak itu. "Wahhh lama tak jumpa!"

"Akak dengan Iseul ada je kat sini. Korang je dah lama tak jenguk." Usik Haneul.

"Sorry kak..akak tau la kan, Jeongin macam mana.."

"Tau-"

"Hyunjin?!"

"Eh hai abang ipar eh Chan hehe"

"Aik korang kenal ke?" Soal Jeongin. Areum pun mengangguk setuju mengiyakan soalan Jeongin.

"Mana tak kenalnya. Boyfriend adik aku tu. Ni ha, bila masa ko jadi grab driver ni?"

"Mulut ko bang jaga la sikit. Aku tolong hantar cousin ngan anak buah je ni" balas Hyunjin sambil mengacak-acak surai hitamnya.

Sementara Chan, Seungmin, Haneul dan Iseul berdebat dibelakang, Areum memandang Jeongin tajam.

"Yang Jeongin. You have a lot of explanations to do."

Jeongin hanya telan air liur.

_________________________

Pasangan suami isteri itu sudah berada di rumah. Jeongin menceritakan apa yang terjadi kepada Areum dan Areum hanya mengangguk sebagai tanda memahami penjelasan Jeongin. Mereka sekarang sedang duduk di taman mini mereka. Angin malam itu sepoi-sepoi sahaja. Tenang. Jeongin suka tenang.

Lumpuh | Skz Jeongin Malay AUWhere stories live. Discover now