peonies

85 4 5
                                    

Areum
Sent 9:00pm

Saya balik lambat sikit tau
Sent 9:01pm

Takyah tunggu. Gi tido. Esok awak kerjaaa
Sent 9:02

I love youu
Sent 9:02

Lamat Areum merenung mesej yang dihantar oleh Jeongin. Sekarang dah pukul 11 malam tapi Jeongin tak kunjung pulang. Areum mengantuk tapi dia lebih risaukan Jeongin. Tak lama selepas itu, kedengaran pintu depan dibuka. Areum bingkas bangun dari sofa dan bergegas ke arah pintu depan.

Mata coklat Areum bertentang dengan mata hitam suaminya. Jeongin nampak sungguh penat, tapi senyuman di wajahnya tak pernah luntur. "Eh, awak masih bangun?" sapa Jeongin. Areum perasan ditangan Jeongin ada satu bekas makanan.

"Oh! I got you some vanilla yoghurt with honey granola on top, and perfect two scoops of vanilla ice cream on the side! Comfort food awak kann"

Jeongin menghulurkan bekas makanan itu kepada Areum. Namun yang dihulur masih membatu. Areum sebak. Dia perasan tangan Jeongin yang memegang bekas makanan itu sedikit ketar. Mesti sebab penat. Monolog Areum sendiri. Laju Areum melangkah ke arah suaminya. Bekas makanan dicapai lalu diletakkan ke lantai. Si isteri sigap melutut dan memeluk si suami.

Jeongin terkejut bukan main. Dapat dirasa sepasang tangan munggil memeluk pinggangnya. Sengaja Areum membiarkan wajah polos nya bersembunyi disebalik dada bidang Jeongin. Masih terkejut tapi Jeongin diamkan sahaja. Seharian dia buat planning landscape dengan Chan dan Seungmin di Main Hall Seoul, biarlah sekarang dia berehat dengan cinta hati.

Lembut dan perlahan Jeongin mengelus surai hitam milik Areum. Niat ingin memujuk tapi Areum semakin terisak dengan perlakuan manis itu.

"Dear, are you okay?"

Areum hanya terus menangis semahu-mahunya.

Tangan masih mengelus, Jeongin menyambung, "Reum, saya tak tau apa jadi but just know, through your thick and thin, I would always be here. Yang Jeongin sentiasa ada untuk awak."

Areum terus melutut lebih tinggi mendengar kata-kata si suami. Tangan yang memeluk pinggang Jeongin tadi beralih memeluk lehernya pula. Mukanya dibiarkan di atas bahu Jeongin.

"Awak- awak pegi mana...saya risau..."

Jeongin terkekeh kecil. Alahai comelnya lah. Tangan Jeongin kemudiannya memeluk pinggang ramping Areum.

"Lahh saya pegi Main Hall Seoul, sayang. Ada big request hias the whole venue. Sebab tempat tu besar kan so I have to stay back a little longer. Bukan calang-calang orang yang order tu. Saya perlu buat detail planning dengan Chan, lepastu nak kena bincang order dengan Seungmin, lepastu nak kena jumpa supplier lagi, nak mintak dorang hantar bunga awal pagi esok. Ish! Banyak lahh that's why saya akhir sikitt"

Areum hanya sekadar mengangguk.

"Kenapa ni? Awak rindu saya eikk" Jeongin tergelak sendiri.

"Tak lawak la! I thought- I thought you're mad at me..saya ingat awak dah penat dengan saya.."

Jeongin lalu mengucup pantas pipi gebu Areum. Dipeluknya Areum makin erat. "Saya takkan pernah marah kat awak. No matter what. And kalau anyone nak cakap pasal penat, it should've been you. Awak yang sepatutnya penat dengan saya yang cacat ni. You're the best wife and I promise you with the brightest star on the sky that I would never get tired of you. I love you too much for that."

Mekar senyuman Areum. Jeongin mungkin bukan suami yang sempurna dimata orang lain. Tapi bagi Areum, Jeongin ialah seorang yang terlalu bermakna untuknya. Jeongin tidak dapat menunjukkan sesuatu secara fizikal, tapi dengan seni bahasanya, Jeongin lah yang paling arif. Itulah Yang Jeongin yang paling Na Areum sayang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lumpuh | Skz Jeongin Malay AUWhere stories live. Discover now