BAB 4

84 7 0
                                    

Telefon bimbit dikeluarkan dari beg . Aku tenang duduk diatas kerusi dimejaku . Row kedua depan . Takdelah belakang sangat , takdelah depan sangat .

Aku membuka aplikasi Instagram . Ramai follow request , biasanya aku akan accept sahaja , tapi kalini mataku tertancap pada satu account .

_.harrislee

Cikgu Harriskah ? Mana dia jumpa account aku ? Aku pun tekan pada profilenya . Nak stalk sikit . Tapi malangnya account itu private . Aku mengeluh . Follow requestnya di accept . Kemudian aku pula yang request untuk follow dia .

Sambil scroll reels , aku pelik . Mana si Tiyya ni ?

PAP !

Terkejut aku . Siapa pulak ni ?

"Hoi perempuan , kitorang nak duduk tempat kau ni . Kau beralih sekarang !" marah Awaqya , seorang gadis dikelas aku . Eh menyampah !

"Pahal pulak ? Ni tempat aku , aku la yang duduk sini !" marahku kembali .

"Engkau dengar jela cakap aku sial ! Buto kau ni !" Awaqya mula memaki . Oh ! Main maki - maki kau ya ?

"Eh sial , kau tu Allah ke aku nak kena dengar cakap kau ? Get your ass away from me Awaqya Delia !"aku hentak meja . Semua orang dalam kelas pandang kami macam nak telan .

"Student..." hampir terbalik dengar suara garau itu . Alamak ! Harrison Lee masuk kelas !

"Awaqya , sit at your place . Don't you ever try to take anybody's places after this ." tegas Cikgu Harris bersuara .

"Assalammualaikum , Ya Allah maafkan saya !!!!" terkejut lagi bila dengar suara gelabah Tiyya masuk kelas .

Dia tunduk . Hampir sahaja terburai tawaku . Kelakar siot dia ni tiba - tiba menikus HAHAHAHA .

"S-saya mintak m-maaf Cikgu Harris , saya terbangun lambat ." Tiyya tunduk .

"Have a sit , Fariyya Quraisy ." membulat cuyy mata Tiyya bila Cikgu Harris panggil nama penuh dia . Dia angguk - angguk laju . Terus melangkah kearah meja di sebelahku .

"Arghh , mama aku sindir - sindir pagi tadi ! Dia kata 'padanlah muka , bangun lambat lepastu kalut .' Stress aku !!" Tiyya membebel perlahan apabila sudah melabuhkan punggung .

Aku ketawa . Terhibur sungguh . Kemudian aku diam apabila Cikgu Harris mula mengajar .

"ARGHH !!" noh engkau , stress member sebelah . Siapa lagi kalau bukan Tiyya ?

"Diyaaaaaa , tolonglah kawan baikmu ini . Berhentilah main IG tu ." Tiyya dah merayu . Sebenarnya dari tadi aku tak tau apa yang dia serabut sangat ?

"Pahal engkau ?" soalku .

"Aku nak beli bukuuu ." Tak payah tanya buku apa . Tentulah novel ! Minah sebelah aku ni 2 x 5 = 10 je dengan aku . Pencinta novel !

"Ha dahtu ?" aku sambung scroll reels .

"Dia punya complicated nak beli buku dari IG ni , lagi complicated dari maths tau ! Nak kena isi tu la , ini la ." 
Oh jangan pelik . Minah ni minat maths . Sebab tu dia cakap macam tu .

"Shopee je la senang nyah . Kau susah - susah nak beli kat situ buat apa ?"

"Ish , kat shopee harga dia RM65 . Baik aku beli Ferero Rocher bekas besar tu ! Kat IG ni , ada orang buat giveaway , murah je RM43 ." Tiyya membebel .

"Dah tu takpayah la nyah . Tak payah engko nak susah - susah serabutkan kepala otak ." Tiyya jeling aku . Tiyya ni anak manja bapak dia . So kalau Tiyya mintak apa sahaja akan diberi oleh bapanya , baik cepat atau lambat .

Aku ? Aku pulak adik manja abang aku . Mana bla abang aku ? Study , University of Nottingham , Branch London . Hmm , Rindu abangku tu !

Tiyya memang suka serabutkan kepala demi mendapatkan sebuah novel . Aku pulak , daripada aku serabutkan kepala beli online , aku suka jalan - jalan pergi Popular . Kat situ aku borong semua novel .

Lagi best bagi aku . Aku tak suka berebut . Macam haritu , ada novel reprint , aku trylah beli dari mana - mana seller . Tapi aku tak ada rezeki , novel tersebut habis .

Si Tiyya pun berebut , tapi tak dapat juga . Menangis member tu .

"Hai !"

"Oh mak kau gajah !"

Aku tergelak . Siapa sapa kami ni ? Aiekal . Siapa melatah ? Minah ni la !

"Apa kau nak hah ?" soal Tiyya kasar . Tiyya memang annoyed dengan Aiekal . Sebab si Aiekal ni suka mengurat orang !

"Aku nak jumpa Diya lah minah . Kau diam !" Aiekal menapak mendekatiku.

"Jauh sikit , maksiat . Aku tak nak dapat dosa sebab kau ." ujarku dingin . Terbahak - bahak Tiyya gelak . Gila ke minah ni ?

"Er- ehem . Diya , nah cincin ." Aku ternganga . What in the actual fish ? Pahal bagi aku cincin ?!

"Untuk apa ni Aiekal ?" soalku pelik .

"Promising ring . Kita kena janji supaya sentiasa ada dengan each other . Okay ?" Aku ternganga kali kedua . Dia ingat aku akan tersengih malu bila orang bagi promising ring ni ? Aku marah ada la !

"Sorry Aiekal tapi saya taknak ." bukan niat nak berkasar , tapi tulah . Aku tak biasa menerima cincin dari orang . Lelaki yang selalu bagi aku cincin pun hanya papa aku je .

"Alah sekali jela !" Aiekal raih tanganku . Eh what the fish ?! Belum sempat aku nak marah , tangan Aiekal ditepis .

"Hands off bitch . Dia kata taknak means taknak . Jangan paksa !" Tiyya mula marah . Aww , so sweet kawan !

"Kau pahal ?" Aiekal mula angin .

"Eh woi ! Kau ingat kawan aku ni salah seorang collection perempuan murah yang kau pernah couple tu ? Ain't no way man ! Kawan aku tak semurah itu . Malah dia tak murah langsung !! Kau pergi cari orang lain !" Tiyya ni sekali dah sound orang , memang keluar perangai bapak dia . Like father like daughter .

Setelah Aiekal menapak pergi , Tiyya pun , "Bongok punya mamat ! Orang dah taknak tu taknak la !!" Aku mengeluh . Kukmung la nak bebel sampai bila pun Tiyya...

Author here !! Sorry bab lepas pendekk , idea author pun seciputt je hehe . Tolong support , korang support makin rajin author nak updatee ! Mmuah cikitt .

Cikguku , jodohku !Where stories live. Discover now