BAB 5

95 7 0
                                    

Tiga bulan kemudian...

"Diyaa !! Jom lepak library !" Teruja si Tiyya ni nak study untuk SPM . Aku malas sebenarnya .

"Sabarlah . Aku pack buku kejap ." Setelah selesai aku pack buku , aku bangun dari dudukku .

"Kut ya pun nyah , ikat tali kasut tu ." Tiyya tegur tali kasut aku .

"Nantilah nyah . Aku malas ni ." kami pun jalan ke kelas kami . Bertembung pulak dengan Cikgu Harris , aku lempar senyuman . Tiba - tiba dia melutut betul - betul dihadapanku .

"Next time anak kentang , make sure to tie your shoelace . Nanti jatuh susah ." Cikgu Harris mengikat tali kasut aku berbentuk riben . Aku terkedu .

"T-Thank you.." ha engko , automatik tergagap ! Setelah itu , mata coklatku menghantar Cikgu Harris berlalu pergi . Tiba - tiba bahuku dicucuk dengan jari .

"Aku dah kata , ikat tali kasut , kau degil sangat , bakal jodoh dah ikatkan !" aku jeling Tiyya . Bakal jodoh nenek dia la !

"Kepala otak kau ! Dah lah , jom cepat ! Karang tak study pulak ." Aku dah malas nak cakap pasal Harrison tu , terus aku jalan laju - laju meninggalkan Tiyya .

"DIYA..." aku menoleh . Kelihatan mamaku , Datin Qafieya sedang tersenyum .

"Iya mama ? Kenapa ?" soalku sambil meneguk sedikit air fresh orange . Mama mengambil tempat di sebelahku di marble table top itu .

"Ingat abang Hayden Qarf ?" mama melontarkan soalan yang tidak masuk akal .

"Ingat la mamaa . Apa pulak tak ingat abang sendiri ?" aku tergelak . Apalah mama ni .

"Abang Hayd balik esok , dia akan naik taxi . Mama esok ada meeting dekat pejabat . Papa pulak outstation . Mama taknak Abang Hayd rasa terkilan pulak takde siapa sambut dia . Lagipun esokkan Diya cuti ? Mama nak mintak sambut Abang Hayd . Boleh sayang ?" aku tersenyum . Kerja mudah !

"Boleh je maa ." mama tersenyum puas hati mendengarnya .

AKU tersenyum . Aku buat satu kek pavlova khas untuk Abang Hayd . Bersedia untuk menyambut kepulangan dia .

Dengan berhati - hati , aku meletakkan buah strawberry di atas whipped cream yang aku telah gayakan dengan berhati - hati .

Setelah siap , aku menunggu abang kesayanganku untuk sampai kerumah . Sempat juga aku mengambil gambar pavlova tersebut kemudian memuat naik di dalam Instagram .

Setelah hampir 15 minit menunggu , aku membuat keputusan untuk memasukkan pavlova itu kedalam peti sejuk sementara menunggu abang . Lamanya . Tadi kata lagi 10 minit sampai .

Tunggu punya tunggu , aku terlelap . Bangun - bangun sahaja , masih tiada kelibat abang di dalam rumah .

Aku bangun dari sofa kemudian membuka telefon . Mana tahu abang ada Whatsapp . Aku terkejut mendapat 45 missed call dari mama , 10 missed call dari papa . Aku menelefon mama semula .

"Assalammualaikum mama ." aku memberi salam . Dan ayat yang mama ungkapkan setelah dia menjawab salam , membuatkan aku melutut diatas lantai . Astaghfirullahalazim !

Abang Hayd !

"Abang Hayd kritikal sayang . Dia dan pemandu taxi kena rempuh dengan lori . Pemandu taxi tu , pun tengah koma sayang ." Aku diam . Air mata perlahan - lahan mengalir . Ya Allah abangku ! Satu - satunya adik beradik aku Ya Allah , selamatkan dia !

"Mama mintak maaf , mama tak boleh pergi ambik sayang sekarang . Papa tengah solat zuhur . Mama kena tunggu dia sudah , baru mama boleh ambil ." iya , aku faham . Kena ada seorang ahli keluarga tunggu .

"Tak apa ma , Diya pergi sendiri ." aku matikan talian . Macam mana nak pergi kesana ? Aku kena ajak Tiyya . Sebab aku yakin , kakak Tiyya , Freya , pasti ingin pergi juga . Kenapa ? Abang Hayd kawan Kak Freya .

Setelah aku telefon Tiyya , aku naik atas menuju kebilikku . Aku nak menunaikan solat zuhur dulu .

SAMPAI sahaja di hospital , aku dikabarkan bahawa abangku koma . Aku terduduk . Aku menangis semahunya didalam pelukan Tiyya .

"Hadiya Qiana yang mana satu ya ?" soal Doktor Adib . Perlahan - lahan aku angkat tangan . Doktor tersebut menghulurkan sebuah kertas yang telah terlipat .

"Surat ni tertulis nama awak . Saya yakin surat ni untuk awak . Saya sendiri tak yakin , adakah Encik Hayden Qarf akan selamat atau tidak . Saya pergi dulu ." pinta doktor itu . Perlahan - lahan , surat itu aku buka .

Adik abang , abang nii , Abang Qarf . Adikku sayang , abang tulis ni pada tarikh 02/06/23 . Abang tak tahu , kenapa hati abang tergerak nak tulis surat ni . Dan abang juga tak tahu bila surat ni akan jatuh dalam tangan adik . Cuma bila adik pegang surat ni , abang cuma nak satu je . Be strong .

Air mata tak mampu aku tahan . Aku menangis teresak - esak . Kenapa abang tulis ni ? Abang nak pergi tinggal adik dah ke ?

Hadiya Qiana , abang terkedu dengar nama tu . Masa tu abang umur 5 tahun . Abang tak sangka adik abang ada nama sedap macam tu . Abang yang jaga adik , sepanjang adik umur dua bulan , hingga 2 tahun . Masa adik abang umur 12 tahun , abang terpaksa tinggalkan adik abang , untuk pergi sambung belajar di University of Nottingham , Branch London .

Abang gembira , impian abang tercapai . Tapi abang tak yakin untuk terima . Abang taknak jauhkan diri dari adik . Tapi adik paksa abang terima . So abang terima jelahh . Sampai sekarang , kita hanya jumpa kadang - kadang setahun sekali , kadang - kadang dua tahun sekali .

Abang tak tahu , by the time adik pegang surat ni , sama ada abang dah pergi , atau abang nazak ke , koma ke kann ? Sorry adik abang , maafkan abang kalau ada salah silap .

Assalammualaikum my Hadiya Qiana , my precious baby sister .

Sudahnya tangisan aku paling kuat disitu . Abang... Jangan tinggal adik . Adik rindu abang . Abang , tolonglah abang...

USAI solat maghrib , aku melilit tudung shawl hitamku ala kadar . Asalkan menutup aurat . Aku keluar dari bilik solat . Abang telah dipindahkan ke wad biasa , aku masuk kedalam wad dia .

Mama yang nampak aku masuk terus bangun untuk pergi ke bilik solat . Itulah rutin kami , setiap hari . Harini , genap dua minggu abang masuk ke hospital .

Aku genggam tangan abang . "Hayden Qarf , abang , bangunlah . Adik rindu suara abang... Tangan abang dicium lembut . Aku meletakkan kepalaku di katil abang yang terdapat sedikit ruang . Mengantuk . Sudahnya aku terlelap...

Author talking here ! Haa amacam ? Author punya semangat ni sampai letak lagu favourite author tau !! Korang wajib mainkan lagu ni masa baca bab ni . Baru vibe !! Kenapa ? Sebab lagu nilah paling relate dengan situation yang Hadiya tengah hadap . Haaa , cerita pasal Harrison tu , kita tunggu next chapter nanti . Komen ii la sikitt , baru author rajin nak uploadd . Apapun author harap , best lah cerita ni yaa ! Hehe , sayang readers saya semuaaa ! Mmuahh

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cikguku , jodohku !Where stories live. Discover now