01"The sweet little angel couldn't
keep her eyes off the devil."Kaki melangkah keluar dari pesawat. Tudung yang ditiup angin dibetulkan sedikit sebelum meneruskan perjalan. Wajah yang putih mulus dipadankan dengan tudung berwarna maroon menjelaskan lagi keayuaan seorang gadis, Zahra Mikayla.
Senyuman terukir apabila penglihatan dihiasi oleh dua susuk tubuh yang amat disayanginya.
"Bonda! Papa!"
Kaki menerpa laju mendapat kedua orang tuanya. Dipeluk erat kedua insan tercintanya bagaikan tiada hari esok! Dicium berkali-kali kedua insannya. Almaklumlaa dah 5 tahun tak jumpa. Zahra Mikayla baru sahaja menamatkan pelajarannya di Mesir. Kini barulah dia dapat pulang ke tanah air balik ke pangkuan ibu bapanya.
"Assalamualaikum anak bonda. Habis muka bonda penuh dengan air liur kamu." Habis mukanya cemberut akibat diusik oleh bondanya. Nak cium sikit un tak oleh. Bonda kedekut!!
"Rindunya bonda dengan kamu ni"
Puan Aliyah memeluk kemas anak perempuannya. Rindu tak terkata! Dahi anaknya dikucup lama. Encik Zaiden hanya geleng kepala melihat telatah kedua wanitanya. Mikayla meleraikan pelukan pada tubuh Puan Aliyah sebelum mendakap tubuh papanya.
"Papa!! Kay rindu papa!!" Tubuh Dato Zaiden didakap erat.
"Kalau ye pun salam la papa dulu" Mikayla tersengih sebelum melaraikan pelukan dan menyalam papanya.
"Puteri papa ni sihat tak? Papa pun rindu kamu sangat" Dahi sang puteri dikucup lembut sebelum ditarik dalam dakapan. Rindu tidak terkata pada puteri kesayangannya.
"Aik,rindu bonda dengan papa je. Abang tak rindu? Abang merajuk la gini"
Kepala berpaling kepada suatu suara garau yang amat dikenalinya. Abang Zayn!! Gila tak rindu kat abang kesayangannya. Pelukan dileraikan sebelum berlari mendapatkan abangnya.
"Abang Zayn kesayangan Kay! Arghh.. rindunya abang" tubuh Zayn Mikael didakap erat. Pipi abangnya dicium berkali-kali. Mereka sudah serupa pasangan kekasih yang sudah lama berjauhan.
"Miss you too, baby girl" pelukan adiknya dibalas. Tali leher dan kemeja dibetulkan sebelum bergerak pulang ke rumah bersama adik kesayangan
"Lei è lì.Ruggero"
...
Fuhh..
Nafas dihela berat. Akhirnya siap juga dia menyimpan baju-bajunya di almari. Hanya tinggal buku-buku saja perlu di simpan di 'mini libary'. Badan dihempas di atas katil empuk miliknya. Rindunya!! Tangan diangkat mencapai telefon pintar yang berada di meja.
Ting!
Senyuman terlakar pada bibir. Tunang kesayangan mesej!
Mikayla sememangnya sudah bertunang bersama seorang jejaka bernama Harraz Fayyad. Lelaki yang dia kenali sejak bangku sekolah lagi. Tidak sangka pula yang Harraz mahu mengikatnya sebelum dia menyambung pelajaran di Mesir.
"Sayang dah sampai Malaysia belum? Kenapa tak text bagitau dah sampai? Kalau tak I datang jemput you sekali lepas meeting tadi"
Ah sudah! Bapak singa dah mengaum. Bukan dia tak nak text tapi disebabkan terlalu excited jumpa bonda dengan papa, lupa dah yang lain.
YOU ARE READING
HIS LITTLE FLOWER : NUR ZAHRA MIKAYLA
RomanceLuth Adriel | Nur Zahra Mikayla "Uncle Ad ni encem laa..nanti kalau Ara dah besar, Ara nak tawen dengan uncle tau! Uncle promise jangan tawen dengan orang lain" - NUR ZAHRA MIKAYLA Jari yang memegang janji seorang gadis kecil yang masih tidak mengen...