Riuh piuh kawasan taman permainan pada petang hari itu sedikit demi sedikit membuatkan Ayris berasa sedikit tenang daripada tekanan yang baharu tadi.
Sambil duduk di salah satu kerusi batu yang tidak jauh daripada taman permainan tersebut dia kekal memerhati gerak langkah anaknya itu.
"Iman..hati-hati main tu. Jangan pergi jauh-jauh. Biar ibu boleh nampak Iman lagi ye." gumang Ayris daripada tempat duduknya.
"Okey ibu." balas Iman yang tadinya asyik bermain tersebut.
Seketika detiknya telifonnya berdering. Tidak tertanggung dia melihat ke skrin telifon yang di pegang bersama.
"Adam." ujarnya.
Tidak menunggu lama langsung sahaja ikon hijau di tekan dia dan langsung di lengkapkan ke telinga.
"Hello. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." jawab Adam.
"Awak dekat mana tu Ayris? Bising semacam je?" soal Adam.
"Saya ada dekat taman mainan. Bawa Iman main-main dekat sini kejap." jawab Ayris sambil mata masih tidak lepas daripada memandang kepada Iman yang asyik bermain.
"Eh...awak baru sampai dah keluar pergi taman? Tak penat ke?" soal Adam. Jelas kendengaran aneh.
Seketika kedengaran keluhan kecil daripada Ayris. Dan langsung Adam mengetahui alasannya.
"Ini mesti sebab Mikael kan." nyata lelaki itu langsung.
Dan sekali lagi kedengaran keluhan daripada Ayris tapi kali ini wanita itu langsung sahaja berbicara.
"Saya tak tahulah kenapa? Baru ja saya nak bernafas dalam rumah tu. Dah banyak benda yang dia buat saya sakit hati." luah Ayris.
Sungguh dia masih terasa kesal dengan ucapan Mikael sebentar tadi. Jika lah tiada hukuman untuk membunuh. Sudah lama Mikael lah orang pertama yang dia bunuh!
"Apa yang dia buat kali ni?" soal Adam. Tapi kalau Ayris belum katakan pun dia sudah dapat meneka apa yang lelaki itu katakan.
Dia bangun daripada tempat dia duduk. Tapi masih tidak jauh daripada tempat Iman berdiri.
"Entahlah. Saya pun tak faham apa yang dia nak. Apa yang saya boleh buat sekarang hanya boleh bertahan sampai lah cukup 6 bulan. Dan lepas tu...kes penjagaan Iman akan di putuskan." ujar Ayris.
"Awak betabah lah ye. Insyallah semua urusan awak akan selesai juga. Allah akan selalu membantu orang yang sabar." ujar Adam.
"Insyallah." balas Ayris. Dan daripada ayat Adam yang itu sedikit demi sedikit membawa ketenang sedikit di dalam hati Ayris yang tadi serabut.
"Ini yang buat saya makin nak balik Malaysia ni. Rasa macam nak balik sekarang rasanya." ujar Adam tiba-tiba dalam perbualan mereka itu.
"Eh awak ni. Janganlah cakap macam tu pula. Kerja awak banyak lagi kan dekat London. Selesaikan semuanya dulu. Saya tak nak sebabkan saya awak tangguhkan semuanya. Tak baik tangguh kerja." ujar Ayris.
YOU ARE READING
PENGAKHIRAN UNTUK BAHAGIA (ON GOING)
RomancePernceritaan di sebuah filim pasti akan ada permulaan dan pengakhiran di setiap detik ceritanya. Sama seperti reality kehidupan manusia. "Aunty nak minta Lena kahwin dengan Mika."Puan Hanum Dia Erlena Ayris anak yatim sejak kecil lagi. Di besarkan...