Pernceritaan di sebuah filim pasti akan ada permulaan dan pengakhiran di setiap detik ceritanya. Sama seperti reality kehidupan manusia.
"Lena..aunty nak minta tolong sikit. Boleh."Puan Hanum
"Apa dia aunty?"Erlena Ayris
"aunty nak minta Lena kahwin dengan Mika."Puan Hanum
Dia Erlena Ayris anak yatim sejak kecil lagi. Di besarkan oleh keluarga angkat yang kaya-raya iaitu keluarga Puan Hanum dan Tuan Malik.
Saat meningkat usia tiba-tiba dia di lamar oleh Puan Hanum untuk di jadikan isteri kepada satu-satunya anak tunggal kedua pasangan tersebut.
Kerana terasa terhutang budi...Erlena Ayris menerima lamaran tersebut.
"Kau sanggup kahwin dengan aku ini sebab apa? Terhutang budi?"Mikael Ilhan
Dia pula, Mikael Ilhan anak tunggal kepada kedua pasangan jutawan. Yang cacat sejak terjebat dalam satu kemalangan jalan raya 3 tahun yang lepas.
Episod mereka bermula setelah sah bernikah. Dari berbaring di atas kerusi Erlena berusaha membuat Mikael bangkit memberi semangat.
Terapi di buat. Usaha demi usaha terus berjalan sehingga lelaki itu boleh berjalan semula.
Namun itu bukan titik bahagia seperti didalam sebuah cerita romantis yang Erlena sering tonton.....
"Erlena Ayris binti khalid. Aku ceraikan kau dengan talak tiga." - Mikael Ilhan
6 tahun berlalu menjadikan mimpi ngeri untuk seorang wanita seperti Erlena Ayris berdiri kuat apatahlagi kepulangannya semula ke Malaysia dengan seorang cahaya mata lelaki.
Dan kemunculan Mikael Ilhan semula membuatkan mimpi ngeri Erlena Ayris kembali menghantuinya.
"Kalau kau tak boleh terima semua syarat-syarat tu. Aku akan buat tuntutan hak penjagaan ke atas Iman. Sepenuhnya."Mikael Ilhan.
"Iman itu anak saya. Awak tak boleh sesuka hati ambil Iman daripada saya. Saya tak akan pernah izinkan!" - Erlena Ayris
Syarat yang di berikan oleh Mikael Adham bagaikan satu perkara gila bagi Erlena Ayris.
Salah satunya syaratnya adalah:
"Tinggal dekat rumah keluarga selama enam bulan?!" - Erlena Ayris
"Saya boleh terima. Kalau syarat awak nak berjumpa dengan Iman setiap hari. Tapi saya tak boleh terima syarat ni!" - Erlena Ayris
"Kalau kau tak boleh terima semua syarat-syarat tu. Tak apa. Tapi aku akan buat tuntutan hak penjagaan ke atas Iman. Sepenuhnya." - Mikael Ilhan
Namun kerana di ugut dengan perihal yang sama Erlena Ayris tiada pilihan dia menerima. Maka dengan itu bermula episod baharu Mikael Ilhan dan Erlena Ayris.
Kemunculan Adam Rezal sebagai sahabat Erlena Ayris serta Dyana Rose memperkenal sebagai isteri sah Mikael Ilhan.
"Jangan putus asa Ayris. Saya percaya awak boleh lakukan."Adam Rezal
"Erlena Ayris tu bekas isteri you sahaja. Jangan sampai You nak abaikan I Mika!" Dyana Rose
Siapakah akan menjadi pengakhir dalam kisah ini? Adakah masa lalu akan menjadi pemenang. Atau masa hadapan kini, akan menjadi juara pada pengakhiran untuk bahagia?
YOU ARE READING
PENGAKHIRAN UNTUK BAHAGIA (ON GOING)
RomansaPernceritaan di sebuah filim pasti akan ada permulaan dan pengakhiran di setiap detik ceritanya. Sama seperti reality kehidupan manusia. "Aunty nak minta Lena kahwin dengan Mika."Puan Hanum Dia Erlena Ayris anak yatim sejak kecil lagi. Di besarkan...