Pernceritaan di sebuah filim pasti akan ada permulaan dan pengakhiran di setiap detik ceritanya. Sama seperti reality kehidupan manusia.
"Aunty nak minta Lena kahwin dengan Mika."Puan Hanum
Dia Erlena Ayris anak yatim sejak kecil lagi. Di besarkan...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kereta milik keluarga Mikael itu tepat berhenti di hadapan pintu pagar sekolah rendah kebangsaan Bandar Baharu.
"Kita dah sampai." beritahu Basril.
Serta merta pintu kereta di buka. Perlahan-lahan Ayris dan Iman keluar daripada perut kereta.
"Wah...cantiknya sekolah ni Ibu!" ujar Iman penuh ceria.
Ayris tersenyum lebar. "Jom Iman." ajak Ayris.
Dengan patuh Iman mengikuti ibunya itu. Mereka sama-sama berjalan antara satu sama lainnya.
Sesampai mereka di hadapan pintu pagar langsung mereka di sambut dengan beberapa guru wanita di hadapan pintu pagar tersebut.
"Selamat pagi." ucap salah satu guru wanita di situ.
"Selamat pagi." balas Ayris dengan sopan sambil membalas mereka kepada semua merekanya.
"Ah...ini nama apa ni. Comel betul handsome boy." soal salah satu guru wanita itu.
"My name is Iman!" balas Iman dengan riang.
Dan semua guru di situ membalas dengan sorakkan kecil dengan semangat Iman tersebut.
Ayris yang mendengar itu juga tersenyum lebar. Kurang sedikit rasa risaunya takut Iman tidak selesa sahaja di tempat baharu.
Namun ternyata Iman yang lebih dahulu selesa.
"Bijaknya Iman. Bersemangat!" ujar guru tersebut.
Iman tersenyum lebar sebagai balasan.
"Ini mesti ibunya ye?" soal lagi sekorangnya guru wanita di situ.
Ayris mengangguk. "Ye. Saya ibu Iman." balasnya.
"Muda lagi ye. Cantik lagi." puji guru wanita pertama dan di setujui oleh semua guru di situ.
Ayris tersenyum kecil dengan pujian mereka itu kepadanya. Sementara itu tidak lamanya loceng sekolah berbunyi.
"Ah...sekolah dah nak mula. Bolehlah Iman masuk sekarang." ujar guru pertama itu.
Lambat-lambat Ayris melepaskan Iman pergi memasuki sekolah dengan di temani seorang lagi guru wanita muda.
Setelah memastikan Iman benar-benar menghilang daripada padangan segera dia beredar.
Pintu kereta di buka oleh Basril tanpa bicara Ayris masuk ke dalam perut kereta.
"Cik puan nak ke mana-mana lagi ke? Saya boleh hantarkan." nyata Basril.
Dengan segera Ayris mengelengkan kepala. "Tak payahlah. Saya tak rasa nak pergi mana-mana. Balik je." balasnya.
"Lagipun tuan awak dah nampak semuakan yang saya hantar anak dia sampai depan sekolah." sejurus dia berkata bergitu separuh tubuhnya sedikit keluar daripada perut kereta dan melihat ke arah satu kereta BMW putih khas yang dia sangat kenali.