Pergh, karya lagi baru ka? Mungkin itu antara soalan yang bermain-main dalam fikiran korang, kan?
Ya, ini karya non-fiction terbaru aku yang entah ke berapa. Malas dah aku nak kira.. hee. Walau banyak karya yang masih tergantung tapi aku gatal nak buat yang baru. Hmm, jangan cepat menuduh & melenting. Ini bukan karya biasa-biasa, tapi hanya tempelan foto-foto yang aku selongkar kat Pinterest & lelain sumber. Tanpa ayat-ayat berupa penceritaan, cuma foto yang mengandungi seribu makna.
Foto-foto yang aku perturunkan kat 'BFB' ni bukan sesuatu yang sedap dipandang mata kerana antaranya ade yang boleh meruntun jiwa & boleh buat air mata kita mengalir. Aku mengaku, yang aku amat hiba & tersentuh hati melihat foto-foto ini. Hingga tak sedar mengalir air mata. Aku memang sorang yang sensitif & mudah terasa kalau melibatkan bebudak yang bernasib malang.
Harap korang akan mendapat sedikit manfaat serta terbit rasa simpati pada nasib sesetengah manusia yang malang di luar sana.
FYI, cover yang menghiasi 'BFB' ni merupakan sorang budak lelaki Bangladesh yang bekerja selama 10 jam sehari di sebuah bengkel melarik logam & pelbagai jenis besi. Namun, wajahnya tetap ceria.
•••♦◄♥►♦•••
Foto-foto yang aku tempelkan ini bukan hasil tangan & idea aku, cuma meminjam dari kepunyaan orang lain yang banyak bersepah di internet. Aku tak mendapat sebarang untung pun dari segi ekonomi menggunakan foto-foto ini, makanya aku tak melakukan kesalahan.. hee 🙃
•••♦◄♥►♦•••
Hmm, tak sah karya aku kalau tak ade lagu tema, kan? So, dengan sebulat suara aku yang lunak ni, aku memilih lagu nyanyian Troye Sivan Mellet (For Them) & Sudirman (Pelangi Petang) sebagai lagu tema untuk karya non-fiction aku ni. Harap korang dapat hayati lagu-lagu tersebut dengan perasaan yang tenang walau mesejnya amat dalam, deep kata omputih.. hee 😆
YOU ARE READING
• biar foto ber𝒷icara • {bfb}
Non-FictionKarya aku yang entah keberapa dah ni. Banyak sangat sampai keliru & termangu aku. Ape pun, layan je 'BFB' ni yang lain dari karya-karya aku sebelum ini. Kenapa lain? Sebab aku tak mengarang ayat-ayat memikat, cuma tempelan foto-foto yang mempunyai s...