Di entry kali ini aku nak perkenalkan kat korang satu kaum yang masih mengamalkan cara lama/kuno dalam kehidupan seharian mereka di dunia moden ini. Yang lebih pelik & menarik, kaum ini menetap di USA, sebuah negara maju yang kononnya terkenal dengan teknologi canggih serta terkini.
Kisah kaum ini banyak difilemkan oleh Hollywood. Antara yang paling terkenal, ialah filem lakonan Harrison Ford & Lukas Haas 'Witness'. Best citer ni, dah lebih 10 kali kot aku ulang tengok.. hee 😋
Hmm, cuba korang hayati & fahami dengan mengGoogle perihal kaum Amish yang unik ini. Sebagai permulaan, layan je foto-foto kat bawah.
Antara yang menarik, mereka tak pernah memakai pakaian yang beraneka warna serta bercorak. Juga, lelaki dewasa dimestikan menyimpan janggut. Tiada lampu elektrik, televisyen, radio, senjata api, kereta & lelain peralatan moden. Suka buat kerja secara gotong-royong macam orang Melayu kita. Buat hal sendiri tak suka masuk campur hal duniawi di luar penempatan mereka. Hmm, interesting! 🤔
YOU ARE READING
• biar foto ber𝒷icara • {bfb}
No FicciónKarya aku yang entah keberapa dah ni. Banyak sangat sampai keliru & termangu aku. Ape pun, layan je 'BFB' ni yang lain dari karya-karya aku sebelum ini. Kenapa lain? Sebab aku tak mengarang ayat-ayat memikat, cuma tempelan foto-foto yang mempunyai s...