Entry 24 - Kedai Kecil, Simple & Nostalgik

94 7 9
                                    


Sejak kenal dunia, aku suka sangat pegi ke kedai untuk beli atau cuci mata tengok benda-benda & barangan jualan di dalamnya tu. Antara benda yang aku selalu beli untuk diri sendiri ialah kacang, coklat, gula-gula, singam (chewing gum), Cintan (mi segera), pensel, rubber, ais krim Malaysia & bermacam benda lagi le. Jugak, tak ketinggalan mak aku selalu suruh ke kedai beli bawang, gula, garam, serbuk teh, kopi, tepung, telur, minyak masak & lelain barang untuk masakan

Kedai yang dekat dengan rumah aku ni jenis runcit yang kecil & tak banyak sangat barangan, cuma keperluan biasa je bagi kami orang kampung. Seingat aku, ade empat kedai runcit kecil di kampung aku tu. Sekarang hanya dua je yang masih beroperasi. Hmm, sungguh nostalgik sekali bila aku yang dah dewasa ini masuk ke kedai tersebut. Tak banyak sangat perbezaan dari segi luaran serta dalamannya. Hanya barang jualan je yang berubah, tak ade lagi jenama & benda-benda lama yang selalu aku beli tu. Oh, rindunya!

Zaman sekolah menengah, aku berada jauh nun di asrama pinggiran sebuah bandar besar. Ade gak le kejutan budaya bila aku teringin nak ke kedai kat situ. Kedainya nampak moden yang bersambung dengan bangunan flat atau deretan kedai khas yang mempunyai beraneka barangan jualan.

Bila tiba hari cuti, aku selalu keluar outing  sorang-sorang (sesekali je aku akan keluar dengan kekawan atau adik angkat cute.. hee) ke bandar besar yang terletak kira-kira lima kilometer dari asrama. Di bandar, aku selalu masuk supermarket  le sebab sejuk & banyak barangan yang dijual, pelbagai jenis. Tapi aku kerap gak berjalan menyusuri kaki lima kedai-kedai kecil yang jual buku, majalah, makanan kudapan serta alat tulis. Kedai gunting rambut di celah-celah bangunan pun menarik minat aku. Maka, teringat le kat kedai di kampung aku tu.

Kat bawah ni aku tempelkan beberapa foto kedai kecil & simple  dari seluruh pelosok dunia yang boleh mengimbau kenangan indah kita. Hayati je, ekk?


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
• biar foto  ber𝒷icara • {bfb}Where stories live. Discover now