2

25 5 3
                                    

LIMA minit jarum panjang menghampiri angka 12, Izz dah selamat terjun ke tilam empuk bersaiz king miliknya. Hampir tiga minit dia terkebil-kebil menghadap siling sebelum posisi berbaringnya diubah kepada bersila.

Tak mengantuklah pula, desis hatinya. Ada baiknya dia tengok resume yang dia suruh Wan emel pada dia tadi. Lantas dia bangkit ke arah komputer. Peti e-mel dibuka dan kiriman teratas diklik.

Ada 6 orang pemohon, semuanya perempuan sebab dia yang letak syarat begitu. Kalau ikutkan dia tak terlintas pun nak ambil pekerja baru, tapi pembantu dapur asal dia tiba-tiba hantar notis 24 jam, terpaksalah.

Satu-persatu Izz teliti maklumat yang tertulis. Dia memang sedikit cerewet dalam memilih pekerjanya walaupun bagi sekecil-kecil jawatan seperti waiter bagi menjaga kualiti restoran.

Sehinggalah dia berhenti pada fail resume yang terakhir. Berkerut sedikit dahinya melihat gambar yang disertakan bersama dalam resume tersebut. Dilihat kolum nama penuh. Izz terkedu.

Diakah?

Dua tiga kali dia mengulang baca sebaris nama itu sebelum bangkit ke arah rak buku di sudut bilik. Sebuah buku berkulit keras dicapai. Diselak muka surat sehinggalah berhenti di halaman yang memaparkan foto kelas.

Izz terpaku sesaat, sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar.

Betullah, memang dia!

Gambar passport yang disertakan bersama dia tenung lagi.

"Makin cantik," bisik Izz. Terasa jantungnya tiba-tiba sakan bersenam robik di dalam dadanya.

Tapi dia tahu, bukan kerana kecantikan itu jantungnya mula berkelakuan sedemikian.

Tapi cukuplah kerana sebaris nama itu, rasa itu kembali berdetak.

Nur Yahaira binti Yusuf.

Gadis yang pertama kali dia temui kira-kira belasan tahun yang lepas. Gadis pertama yang berjaya membuka pintu hati lelaki seorang Izz Haqqi yang sebelumnya tidak pernah tertarik untuk mengenali perempuan.

...

"IZZ!" Suara yang menyeru itu membantut kakinya untuk terus melangkah. Ketika dia berpaling, ada dua orang gadis sedang berlari anak ke arahnya.

"Nah!" Sebuah buku dengan tulisan 'Fizik Tingkatan 5' dihulurkan.

"Terima kasih tau. Maaf Rania lambat pulangkan."

Huluran buku disambut lantas disimpan ke dalam beg. Tanpa sedikit pun memandang ke arah si pemberi yang sedang tersenyum manis, lidahnya membalas ucapan terima kasih tadi,

"Sama-sama."

"Hmm, Izz."

"Ya?" Kali ini dia mendongak sedikit. Gadis yang masih tersenyum-senyum memandangnya itu kelihatan sedikit tersipu-sipu.

"Erm... Kalau Rania nak ajak Izz..."

"Izz Haqqi!"

Suara yang melaung kuat itu mencantas ayat yang baru hendak dituturkannya. Kelibat jejaka beruniform kadet bomba membuatkan Izz menghembus nafas kelegaan di luar sedar.

"Sorry, got to go," pamitnya lalu langkah kaki laju diayun meninggalkan dua orang anak dara pingitan itu. Bahu si pemanggil tadi ditepuk mesra.

"Kau penyelamat aku, Deen! Thank you so much."

Si jejaka yang digelar Deen itu tersengih.

"My pleasure, bro! Tapi aku masih rasa kau ni pelik. Sikit punya cantik Rania tu, kau ni gay ke sampai langsung tak pandang muka dia?" Gazebo berhampiran diduduki mereka berdua.

Truly, Yours [ongoing]Where stories live. Discover now