𝐁𝐚𝐛 𝟓

99 8 0
                                    

Sara mengetuk pintu bilik Daniel. Aunty menyuruhnya untuk mengejut anak bujangnya itu. 'Ish, dia ni tak bangun lagi ke?' Bisik hati Sara. Pintu bilik diketuk buat kesekian kalinya.

Dia sudah mengaku kalah. Lalu memalingkan tubuh ke arah elevator rumah.

Baru sahaja dia ingin berganjak pergi pintu itu sudah dibuka dari dalam. Daniel sudah siap memakai cot hospital dan beg leathernya. "Jom."

Dia menaiki elevator itu untuk turun kebawah. Suasana didalam bertukar tegang. Sara membetulkan awning tudung nya yang sedikit terkelepet.

"Erm.. Doctor.. I mean Daniel nak pergi kerja ke?"

Daniel hanya mengangguk. Yes! Bolehla dia pergi beli novel baru.

"Ingat. Selagi aku tak balik selagi tu jangan keluar." Daniel bermonolog tiada intonasi.

"Tapi.." Belum sempat Sara ingin mengatakan sesuatu pantas Daniel memotong. "No. Kalau nak keluar juga tanya Aunty."

Ting

Mereka berdua sudah sampai ke tingkat 1.

"Daniel? Dah nak pergi ke? Tu ambiklah roti bakar tu." Datin Sharifah berkata. Roti bakar diambil lalu dikemam didalam mulut. Tangan Dato dan Datin disalam. Sara hanya melambai kearah Daniel. Lalu dibalas lambaian itu dari dalam kereta.

"Aunty..." Datin Sharifah yang sedang bergurau senda disebelah Dato terus memandang kearah Sara.

"Yes?"

"Sara nak pergi ke luar kejap.. Please?" Rayu Sara.

Aunty hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. "Yay! Thank you aunty sayang aunty!" Satu kucupan diberi ditangan Datin. Datin hanya tersenyum lebar.

Sara bergegas mengambil tudung shawl nya untuk dipakai.

"Trizan!" Jerit Datin. "Yes ma'am? "

"Tolong drive kan miss pergi tempat yang dia nak." Trizan hanya mengangguk lalu membongkok badannya sedikit. Lalu pamit dari situ.

"Miss dah siap ke?" Trizan mengetuk pintu dahulu lalu bertanya.

"Jap ye." Trizan hanya mengangguk dari luar.

"Ok i'm done!" Trizan mengukir senyuman. Dia mengenakan dress labuh, handsock dan tudung shawl labuh berwarna biru.

"Cantik tak?" Trizan hanya sekadar mengangguk.

In the car

"Ok miss where are we going?" Sara duduk dihadapan. Sebelah Trizan. "Erm.. Pergi popular lah yang dekat AEON tu." Trizan mengangguk.

Selepas 17 minutes

"Ok miss we're here." Trizan memarkir kereta. Dia menoleh kearah Sara yang tertidur. 'Comel! 'Tetapi malangnya, aku bukan hero,' Dia berbisik.

"Dah sampai?" Sara baru sahaja terbangun dari tidur. Trizan mengangguk sambil tersenyum.

"Okay, wait here eh." Trizan hanya sekadar mengangguk. Belum sempat trizan mahu berkata apa-apa pintu kereta sudah ditutup.

His To Love {HIATUS}Where stories live. Discover now