𝙱𝚊𝚋 𝟺

99 10 3
                                    

Sudah genap 3 hari, Sara tinggal dirumah itu. Perbagai karenah melayan Daniel yang asyik menyakat nya.

Keluarga Dr. Daniel sedang duduk di ruang tamu.

Mereka sedang melayan Drama slot akasia manakala, Sara sedang membaca novel bergenre romancenya.

Dia tersengih-sengih seorang diri membaca buku itu. Daniel hanya melihat sahaja perangai si Sara itu. "Sekejap, tersengih-sengih, sekejap sedih, sekejap lagi mulala drama, suruh aku beli novel bebanyak'. Bisik Daniel didalam hati.

Datin Sharifah juga tersenyum kecil melihat muka bakal menantunya. Kulit putih manis, bibir merah jambu, bulu mata pula lentik dan lebat, kening terukir cantik. Ya Allah permudahkanla segala urusan dia, dengan anakku. Datin sudah lama berkenan dengan Sara, sejak dia tahu yang Daniel berkawan bersamanya.

Sara menutup novelnya. 'Haih, sedih betul cerita ni,' Dia berkata didalam hati.

"Aunty?" Sara memanggil Datin Sharifah.
"Ye? Kenapa?" Sara tersengih laku berbisik, "Bestkan dapat suami macam ni. Muka maco dan cool?" Sara menuding kearah novelnya. Datin tergelak kecil. Daniel yang terdengar semuanya terus membuat ekspresi tidak puas hati.

'Aku ni? Tak cukup maco ke?' Soalan itu terlintas di fikiran Daniel.

Dia mencebik. Sara saja sahaja ingin menyakat si dia, eh? Jealous pula. Datin tertawa kecil melihat gelagat kedua-dua pasangan ini.

"Alololo comelnye, merajuk ke?" Ujar Sara. Daniel menoleh kearah Dato. Dato hanya tersenyum manis. Merajuk, pula.

Sara membuat-buat seakan menguap.
"Sara nak pergi tidur eh, aunty? Malas pula nak pujuk dia, besokla ye aku pujuk? Penat.." Sara tersenyum sinis. Memandang wajah Daniel yang tergamam. Oh, kau tunggu nanti kita khawin nanti, Aku buat kau tak berjalan.

Sara duduk diatas katilnya lalu diambil novel kesayangannya untuk dibaca yaitu novel Rose's dan Dheo. Dipeluk erat buku itu lalu dibaca.

Nightlight galaxynya dibuka lalu ditutup lampu. Cantik. Terdapat bintang, dan terasa seperti di angkasa melihat dinding biliknya. Comel betul.

Dia membaca dengan senyap.

"Daniel?" Daniel tidak habis lagi cemburu. "Ye ma?" Ringkas sahaja jawabnya. Tangan masih mendakap badan.

"Dah-dah la tu merajuk. Go check on Sara." Datin mengarahnya. Daniel hanya mengangguk. Malas betul diri ini.


Tok tok tok

Satu ketukan didengar dari luar. Pantas Sara berpura-pura tidur. 'Aik, tak menjawab pun.' bisik Daniel didalam hati.

Daun pintu dibuka. Badan Sara ditutup dengan kain selimut. Comel sahaja nampaknya. Tudung masih kekal di kepala.

Dia ternampak kedua-dua novel 'kesayangan' Sara itu. 'Curila hehe' Cuit hatinya. Dia hanya mengambil novel Dheo.

"Ish, mencuri!" Ujar satu suara. Terhinjut tubuh Daniel. Kantoi! "Aunt-" Pantas mulut milik Sara ditekup kuat. Jari telunjuknya dibawa ke bibir.

Pintu ditutup rapat, sebelum dia membuka tekupan mulut Sara. "Apa wak buat ni?" Anak mata Sara tajam menembusi mata Daniel.

"I can explain okay?" Sara berkerut kening. "Eh, explain? Banyakla kau! Bagi balik! Ini limited tahu!" Pekik Sara.

"Er... Saya.." Tergagap-gagap Daniel ingin menjelaskan.

"Apa?!" Bentak Sara ingin penjelasan.

"Sara.. What is this attitude?" Tutur Daniel bertukar lembut. Sara tidak menghiraukan soalan dia itu.

"Awak tahu tak berapa ringgit saya beli benda tu? Lebih 40 tahu?! Saya sanggup tunggu 2 tahun tahu nak beli." Marah Sara lagi.

Diam.

Tiada balasan dari Daniel. Sayang sekali Sara terhadap buku itu.

"Ha.. Tahu pun diam. Lain kali nak, cakap! Takyah curi. Bagitahu aunty karang, nangis!" Kata mak singa lagi. Muka Daniel bertukar cemberut. Rasa bersalah? iya, rasa nak nangis? Iya.

"Ha, nak nangis? Nangis la!" Cabar Sara. Masa tu, kemain menyakat! Sekarang?

(Oh, how the table have turned🥲)

Kedua tangan Daniel memegang satu sama lain. Kepala menghadap lantai. Hanya aircond sahaja yang berbunyi, sekarang.

"Tunggu apa lagi? Nak duduk tercegat je ke kat situ? Tak reti nak minta maaf?"

Diam.

Sara bercekak pinggang.

"S.. Saya..." Tersekat-sekat Daniel menuturkan ayat.

"Ape saya... Saya?"

Air mata menitis.

"I.. I'm sorry.." teresak-esak Daniel menangis.

"Yela.. Yela.. Dah-dah jangan nangis.." Sara mendekat kearah Daniel lalu mengusap belakangnya.

"Ha, lepas ni-" Baru sahaja Sara ingin mengatakan sesuatu satu suara kedengaran dari luar bilik. "Ish, awak ni! Janganlah sebok sangat dengan dua beranak tu! Tahu la dah lama terpikat!" Jerit Dato daripada luar. Rupa-rupanya Datin Sharifah sudah lama, mencuri dengar perbualan mereka. "Ish, awak ni!" Pantas Datin Sharifah melarikan diri.

Sara tergelak kecil. Daniel masih memandang bawah. "Dah ok? Go sleep.." Daniel hanya mengangguk. Tidak tahu la mengapa dia tiba-tiba lembut dengan perempuan itu. Terasa nyaman sahaja saat dia mengusap belakangnya. Hatinya berdegup kencang. Lalu dia masuk kedalam biliknya.

Dia duduk diatas birai katilnya. Tidak sabar ingin mengahwini perempuan itu. Gambar polaroid perempuan itu sedang menjamu selera di ruang tamu bersebelahan dengannya. Ditatap kasih. 'Comelnya.' Dia berkata lalu mengusap gambar itu, menggunakan belakang ibu jarinya.

To be Continued ❤️‍🔥

-hi sayang2 awak semua! Sorry ye kalau bosan. Saya pun tak tahu apa yang saya tulis ni 🥲 kalau boleh tolong vote ye?

Ok2 bye2 semoga Allah menguniarkan anda semua novel Roses banyak2 🎀💓💓💓🎀

His To Love {HIATUS}Where stories live. Discover now