DIA menumbuk gerangan jejaka yang cuba untuk menyakiti puterinya. Darah mula mengalir merebak ke serata tangan jejaka itu. Sara terdiam sebelum menarik Harraz keluar meminta Daniel melegakan sedikit keadaan. Jejaka yang ditumbuk tadi diangkat sebelum dimasukkan ke dalam rumah.Daniel memandang setiap inci dan saiz lelaki yang sedang ditolong oleh isterinya sendiri . Dia bengang buat seketika, bukankah lelaki itu yang menyakiti si Sara? Kenapa dia menggatal nak tolong pula?
Keningnya mula berkerut.
Selepas kejadian itu segalanya berjalan lancar kembali, berkat tindakan Sara juga tetapi ada lagi sorang yang belum berjaya diredakan, Daniel.
"Kenapa ni bro? Bengis naw muka." Tanya Adrian.
"Gila tak bengis tadi ada orang nak pukul isteri dia?" Sampuk Harraz, yang baru sahaja datang. Tangannya yang dibalut itu dipandang. 'Teruk juga aku tumbuk muka mamat itu tadi' Desis hatinya
"Diam boleh tak. Aku tengah fikir cara ni." Kedua kawan sejatinya berkerut, cara apa pula?
"Cara apa pula ni. Jarang aku dengar kau susah nak pilih cara." Kali ini Harraz mengangguk mendengar kenyataan yang diberikan Adrian. Janggal.
"Ok, aku ada plan. Kita humban si Fatih tu masuk penjara dengan cubaan merogol isteri tercinta -- maksud aku kerana 'Memperkosakan wanita'
"Aku rasa kau pergi balik tenangkan fikiran eh? Serabut aku dengar cerita rekaan tak semengah kau ni."
Daniel hanya bisa menurut. Dia pergi mendekati Sara lalu ditarik tangannya dengan kasar. Perasaan cemburu nya tidak boleh ditahan lagi. Sara yang kelihatan polos itu hanya bisa mendongak dan membuntuti jejak Daniel.
"Hey --"
"Kau diam sebelum aku humban kau keluar kereta."
Dia terdiam. Sepanjang perjalanan itu suasana terasa tegang seperti dahulu kala. Daniel seperti dirasuk sesuatu, Iaitu cemburu. Dijenguk kearah Daniel, urat tangannya jelas kelihatan. Sakit hatinya kerana isterinya menggatal seperti itu.
Sampai sahaja di perkarangan pent house milik Daniel dia diangkat keluar dari perut kereta.
"Kenapa dengan kau ni? Aku boleh jalan sendiri lah!" Tengking Sara. Kakinya dihayun - hayun tanda protes. Selepas 7 saat dia mengalah. Sampai di bilik tidur mereka membuatkan Sara terkelu.
Tidak lama kemudian dia dicampak keatas katil. Nasib ada alas yang empuk dan lembut. jika tidak , mungkin dia bakal masuk hospital buat kesekian kalinya.Daniel membuka jam Rolexnya lalu diletakkan diatas meja bulat. Sara hanya berani melihat segala perbuatan Daniel. Berdebar pula menunggu apa yang bakal menantinya. Takut pun, iya juga. Daniel membuka ikatan niqab Sara dengan perlahan tudungnya juga ditarik sedikit kasar. Sara yang terkebil-kebil tidak diendahkan.
Scarf dibuka ikatannya mendedahkan ikatan rambut Sara yang terletak kemas. "Pandang aku." Arahnya tegas. Sara menoleh kebelakang dengan laju. Dagunya didongakkan bagi menyamai paras mata Daniel.
"Kenapa kau berani sakitkan diri kau sendiri?" Hati Sara berdebar. Dania bagitahu ke?
Dia menggeleng. "You're hallucinating."
YOU ARE READING
His To Love {HIATUS}
Short Story~sinopsis~ Sara Amanda × Daniel Azriel Dia, seseorang yang sudah menghadapi segalanya sejak lahir. Ayah yang memiliki nafsu haiwan, dan suka mengekalkan hubungan songsang biarpun ibunya masih bernafas. Jantung pula masih berdetak. Dia dian...