PINTU dibuka perlahan dan seketika, mereka berdua terkedu. Masing-masing kaku di situ tatkala wajah yang cukup dikenali itu menyapa pandangan.
"Ha-Haira?" Kata lelaki itu tergagap-gagap. Mata mereka bertembung buat seketika. Masing-masing tidak mampu mengatakan apa-apa. Mulut mereka bagai terkunci rapat.
"Don't call me by that kind of name! Haira yang you kenal dah lama mati!" Perkataan mati itu ditekan kuat. Dia cukup bencikan lelaki dihadapannya ini, disebabkan lelaki dihadapannya inilah hidupnya hancur 2 tahun yang lalu.
Hampir 2 tahun tidak bersua muka, hari ini mereka ditakdirkan untuk berjumpa semula. Perasaan benci yang terpupuk di dalam hati si gadis semakin terasa begitu kuat. Dada turun naik menahan rasa marah.
Mengapa mereka perlu berjumpa lagi selepas apa yang telah terjadi? Dalam banyak-banyak tempat, mengapa mereka boleh berjumpa disini?
"Haira, jangan cakap macam tu please. Awak masih marahkan saya tentang hal lepas?" Soal Adam bagai tiada apa yang terjadi antara mereka.
5 bulan yang lalu, dia mencari gadis dihadapannya ini di merata tempat, tetapi tiada hasil. Dan pada hari ini, takdir Tuhan menemukan mereka kembali.
"Eh, orang bodoh je lah yang tak marah lepas tahu apa yang you buat dekat I." Balas Haira dengan nada sedikit tinggi. Marah? Ya. 2 tahun yang lalu dia sudah berjaya melarikan dirinya dari hidup lelaki ini, tetapi... mengapa mereka boleh bertemu semula? Satu perkara yang paling dia tidak mahu terjadi, telah pun terjadi.
"Sorry Haira, I didn't meant to do that to you." Dia benar-benar rasa bersalah terhadap gadis dihadapannya ini.
Haira membuat muka menyampah. Muka yang putih bersih itu mula berubah kemerah merahan disebabkan oleh rasa geram. "As I said, don't. Call. Me. With. That. Name. You tak layak!" Tekan Haira lagi.
"You tak layak untuk sebut nama I. I hate you, Adam!" Tambah Haira lagi. Hatinya terasa begitu sakit apabila melihat muka Adam, apatahlagi apabila lelaki ini menyebut namanya. Dia cukup benci akan hal itu. Benci dengan semua yang berkait dengan Adam.
"Haira, please..." belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya, Haira terus memotong.
"What are you doing here? Don't say that..." ayatnya sedikit tergantung apabila melihat Adam menganggukkan kepalanya tanda betul apa yang Haira fikirkan.
"Ya, saya anak diaorang. Mama dengan papa ada dekat dalam kan?" Soal Adam apabila melihat muka Haira sedikit terkejut.
Mustahil!
"Apa you buat dekat sini? Kenapa mak ayah you boleh datang rumah I tiba-tiba dan kenapa..." sekali lagi ayatnya tergantung apabila jari telunjuk Adam sudah berada di bibirnya.
"Shhh... please Haira, not now. Kalau awak nak marah saya, marah lah. Tapi bukan sekarang. Saya tak nak family awak dan family saya tahu pasal kisah silam kita. For now, kita buat macam kita tak ada apa-apa masalah, okey?" Kata lelaki itu sambil menjatuhkan jarinya dari bibir Haira.
Gadis itu terdiam akibat masih terkejut dengan sentuhan Adam pada bibirnya tadi. Tidak tahu mengapa dirinya tiada refleks apabila disentuh oleh lelaki itu.
"Boleh tak you jangan nak sentuh I sesuka hati you je?! Dan tak perlu nak acah-acah baik lah Adam," marah Haira. Dia masih lagi tidak berpuas hati dengan Adam. Kalau diikutkan hati, nak aje dia hambur segala amarahnya. Namun ditahan dahulu.
"Sorry, saya tak sengaja tersentuh awak. Saya minta maaf sekali lagi atas apa yang pernah terjadi dulu." Dia sendiri tidak tahu mengapa jarinya tiba-tiba sahaja bergerak menyentuh bibir Haira, dan dia pun tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan kemaafan dari gadis yang pernah dia sakiti dahulu.
![](https://img.wattpad.com/cover/363363805-288-k754491.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR KITA | C
عاطفية[COMPLETED] *Previously known as Berharap Kau Kembali* REVAMP 75% FROM ORIGINAL STORYLINE [New title, name and storyline] Versi ebook dan wattpad (1&2) telah disatukan menjadi satu cerita dan banyak penambah baikan dari segi ayat dan ada juga scene...