"Lili cepat lah nanti lambat sampai airport" mendengar bebelan dari Ros cepat-cepat Lili berlari menuruni anak tangga rumahnya.
"Ye sabar tak lari pon airport tu" balas Lili yang kelihatan tenang sedangkan Ros risau jikalau tidak sempat untuk menyambut kepulangan rakan karibnya yang tiba ke Tanah Air sebentar lagi.
"Jom". Dengan segera Ros menarik lengan Lili menaiki keretanya.Terus laju kereta itu meluncur keluar dari perkarangan Villa mewah milik Lili.
(KUALA LUMPUR INTERNATION AIRPORT)
Kelihatan seorang gadis sedang menarik bagasi menuju ke pintu utama.Tidak lama kemudian dia mendengar namanya diseru,lantas dia berpaling melihat siapa gerangan yang memanggilnya itu.
"FATIHA NUR AISYA" dari jauh Lily dan Ros menjerit memanggilnya sambil belari ke arahnya. Lalu Fatiha menurunkan kaca matanya dan diletakkan di atas kepala yang berlapik selendang hitam itu.
"You are late". Kata Fatiha dengan wajah dinginnya .Tiada timbul lagi secalit senyuman di wajahnya . Tetapi Lili dan Ros hanya tersenyum ketawa melihat wajah gadis itu.
"Sorry Fa aku tunggu perempuan ni melabur bapak lama"Kata Ros sambil menunding jari kearah Lili lalu dengan pantas Lili mencubit lengan Ros. Fatiha hanya menggelengkan kepala melihat gelagat rakan yang dia rindui itu.
"Maaf akan diterima kalau belanja aku makan".Kata Fatiha sambil mengangkat keningnya.Mereka senyum dan ketawa bersama kerana sudah dapat mengagak bahawa gadis comel ini akan merajuk. Memang rancangan mereka untuk keluar makan bersama gadis yang baru tiba dari US setelah beberapa lamanya tidak pulang ke Malaysia kerana sibuk dengan pekerjaannya.
"Okay Jom Ros belanja".Kata Lili dengan semangat sambil menarik bagasi milik Fatiha menuju ke kereta.Ros hanya tersenyum pasrah lalu menarik lengan Fatiha untuk membuntuti Lili ke kereta.
Tiba di Café mereka bertiga rancak berborak sambil menikmati pesanan makanan yang mereka tempah. Banyak yang mereka borakkan memandangkan sudah lama tidak meluangkan masa bersama. Hampir Satu jam mereka berbual santai.
"Fa kau taknak balik Pahang". Mendengar soalan itu dari Ros terus pudar senyuman di wajah Fatiha. Gadis itu cuma diam seketika sambil meneruskan suapan terakhir. Melihat perubahan wajah gadis itu terus Lili menolak sedikit lengan Ros.
"Belum masa yang sesuai lagi". Jawab Fatiha dengan mendatar.Keluhan dilepaskan oleh Ros dan Lili.
"Tapi sampai bila Fa kau nak jauhkan diri dari mereka.That's your family..." "Yes I know".Lantas Fatiha membalas laju percakapan Lili. Sungguh Ros dan Lili terkejut melihat perubahan gadis itu. Mereka mengetahui apa yang terjadi kepada gadis itu 4 tahun lepas menyebabkan gadis itu kecewa.Hanya disebabkan perkara kecil dibesarkan yang menjadikan gadis ini membawa diri.
Keluhan dilepaskan dari Fatiha. "Aku tahu angah ada cari aku,Nanti aku balik bila semua dah sedia". Kata Fatiha sambil memandang kearah dua gadis dihadapannya. Ros dan Lili tersenyum dan bersyukur dengan jawapan yang diberikan oleh gadis itu. Mereka berjaya memujuk gadis itu untuk berbaik dengan keluarganya semula.Sejujurnya Fatiha bukan seorang yang makan pujukan.Gadis ini bersikap sangat dingin dengan orang lain. Gadis ini juga seseorang yang berkerjaya tinggi serta mempunyai sifat periang namun peristiwa yang terjadi menyebabkan dirinya berubah menjadi seorang yang pendiam dan lebih suka memerhati.
Setibanya dirumah..Fatiha disambut oleh kedua orang tua yang menjaganya. Lalu gadis ini memberikan senyuman manis dan menyalami tangan wanita yang dia rindui itu.
"Assalammualaikum Ayah Mak". Salam dan pelukan hangat diberikan kepada wanita itu serta senyuman kepada Ayah.
"Waalaikummusalam Fa mari masuk, Anak ayah sihat?." Tanya Ayah sambil menjemput masuk ke rumah milik Fatiha. Senyuman tak lekang di pipi,gembira gadis ini sudah pulang. Kedua pasangan ini merupakan keluarga angkat Fatiha dan ibu bapa kepada arwah sahabat baiknya Halena Widya. Sudah 4 tahun kedua pasangan ini menjaga Fatiha sejak Halena membawa pulang ke rumah orang tuanya untuk tinggal bersama.Halena merupakan sahabat baik Fatiha semasa melanjutkan pelajaran di Kolej Tentera Udara . Namun Halena meninggal dunia ketika Fatiha sedang menjalani latihan penerbangan di US. Terbit rasa kecewa dan sedih di hati Fatiha kerana tidak dapat pulang untuk melihat arwah sahabatnya buat kali terakhir.

YOU ARE READING
Guardian of my heart
RomancePertemuan kali pertama di mana jejaka itu menyelamatkan dia dari kematian namun pertemuan kali kedua membongkarkan identiti jejaka tersebut sekali gus persoalan yang pernah terlintas di fikiran gadis itu akhirnya terjawab. Miss me Meu Querido. ~Lut...