Bab 2

227 9 0
                                        

Mawar terjaga dek kerana matahari yang menyinar. Awal betul dormmate dia ni buka langsir. Dia bangun-bangun je nampak kakak dia yang buka langsir menyebabkan seluruh bilik mula cerah. Baru dia sedar hanya dia yang tinggal.

"Kalau kakak tak buka langsir sampai esok kamu tidur agaknya." Kata Tulip sambil ketawa. Berkerut dahi Mawar.

"Kenapa saya kat sini? Bukan ke saya jatuh dalam laut?"

"Huh? Sebab tu ke ada orang jumpa kamu terbaring atas lantai macam mayat hidup semalam? Jatuh laut?"

"Ya! Saya ingat lagi ada orang tarik saya tapi entahlah. Memori je. Tak tahu siapa."

"Mawar, kenapa? Kamu nak bunuh diri ke apa? Tahu kan diri tu tak pandai berenang?" Tulip duduk atas katil Mawar. Diselitkan rambut panjang mawar ke telinga.

"Kakak ingat saya apa? Saya kena tarik oleh perempuan tu!"

"Siapa?"

"Kapten- apa entah tapi kapten lagi satu tu. Bukan Kak Adriana!"

"Michelle?"

"Yelah kot. Saya kena tarik!"

"Tarik? Maksudnya dia pun terjatuh kedalam?"

"Yelah kot? Dia tarik saya?"

"...dan kenapa dia jatuh kedalam laut?"

"Sebab saya tolak- eh....cantik pula dinding ni kak." Sudah. Mawar terlepas cakap yang membuatkan Tulip tepuk dahi. Nampaknya macam Mawar yang bersalah disini. Tak kiralah Mawar bagitahu macammana pun, bila kata dia kena tarik ini bermakna Mawar yang tolak dia dan dia bakal dikenakan hukuman mati kalau pihak lain tahu.

"Mawar. Dia ingat muka kamu tak? Apa ni? Mawar, kita baru jumpa. Awalnya kamu nak mati."

"Eh tak! Tak kot sebab malam masa tu and saya belakang bilik krew."

"Belakang bilik krew...tingkat 2 ke 1?"

"2."

"Sah, Michelle. Huh. Macammana boleh jatuh dalam laut? Macammana kamu diselamatkan dan panjat kapal ni? Mesti ada ramai yang selamatkan ni! Kalau kamu dijatuhi hukuman mati, memang mati!" Marah Tulip, menggoncang tubuh Mawar yang memang sudah mula rasa takut.

Betullah. Macammana kalau dia mati? Habislah dia!

"Tulip." Seorang Flower Maiden muncul di muka pintu. Senyumannya manis. Mungkin Lili. Tulip dan Mawar berpaling serentak keatasnya.

"Pukul 2 ada Dancing Flowers dengan Kapten Michelle. Nak tengok sekali? I'll be in it."

"Ouh, yes. Pemilihan tu! Mawar, nak tengok tak Dancing Flower?"

"Ouh yes. Pemilihan tu. Saya pernah tengok. Best je tengok cik muda pilih bunga dia. Nak juga." Mawar ni macam tak pernah lemas pula. Dia terus turun dari katil namun hampir terjatuh sebab lupa dia atas kapal. Terhuyung-hayang yang membuatkan Tulip ketawa.

"Sekarang tengah ombak kuat. Kapal goyang sikit. Jalan slow-slow ya sayang? Nanti diorang ajar cara jalan atas kapal."

"O- okey..." Mawar pakai sandal dia lalu berjalan mengikuti Tulip. Tulip tunjukkan bilik air jadi Mawar mandi dulu disitu sebelum dia tukar baju ke jubah baru harini yang berenda dan berkibar cantik. Warna Lilac pula tu. Mawar jalan mengambil beg bahunya dan disarung sebelum dia berlari naik ke tingkat atas.

"Sayang, no running." Pesan salah seorang Flower Maiden yang tersenyum. Flower Maiden disini semuanya sangat cantik dan peramah. Mawar tersengih dan berjalan perlahan menuju ke bilik Dancing Flowers.

Dah dengar lagu maknanya Kapten Michelle dah mula menari. Mawar sangat sukakan Dancing Flowers sebab semua Flower Maiden yang dah Kembang Bunga akan buka baju. Ada yang bogel sepenuhnya dan ada yang hanya memakai bikini untuk menarik minat Kapten Michelle dengan bau bunga diorang.

Sambil berjalan, Kapten Michelle menari lembut seperti angin. Mawar mengintai dari pintu untuk mencari kakaknya sampailah dia ternampak kakak dia di balkoni atas sedang melihat ke bawah. Nampak macam kakak dia tak perasan dia.

Mawar masuk kedalam dan berlari melintasi gelanggang menari Kapten Michelle. Dia tidak tahu tangga dimana tapi bantai sajalah!

Bila dia sudah sampai ke tengah, tiba-tiba tangannya ditarik. Michelle senyum manis. Dia pakai penutup mata jadi dia hanya bertindak melalui deria lain selain mata. Dia menghidu bau Mawar.

"...found you." Dia senyum macam orang sewel dimata Mawar. Mawar berkerut, cuba menarik tangannya dari pegangan Michelle.

"Kapten, saya bawah umur! Bukan saya!"

"I know. I want you. Dance together. Come on." Michelle memaksa tangan Mawar untuk bergerak dan menari. Digenggam tangannya dari belakang lalu dibawanya menari sedangkan matanya sudah tertutup.

Dia dah jumpa Mawar ke? Hanya dari bau Mawar dia?

"Kapten, ini dah memperkosa budak! Haa aku pantang main sentuh-sentuh ni! Kapten! Kapten, dengar- AHH!" Mawar bergelut dan tertarik penutup mata Michelle hingga terbuka. Dia terjatuh ke lantai, membuatkan Michelle ketawa melihatnya.

Ketawa sopan yang jahat malah dia elok berdiri tatkala Mawar sedang duduk. Eh manusia ni-

"Kapten dah gila ke?! Saya bawah umur!"

"Saya tahu. Saya cuma nak test je. I don't think I can find a lover here. Let's just do this another time. Saya minta diri." Michelle menundukkan kepalanya, sinis. Senyuman dia jahat betul. Tulip yang melihat semuanya buka pintu sekaligus bertembung dengan Michelle. Michelle berkerut.

"Maafkan saya kapten!" Tulip tundukkan kepalanya. Michelle berlalu dengan Sofea dan Tulip terus lari kearah adiknya yang sedang cuba mengoyakkan penutup mata Michelle.

"Dahlah tu. Kamu okey tak?"

"Okey. Eh, kapten tu kenapa? Period ke? Period cakaplah! Gila ke apa nak sentuh saya? Saya 19 Tahun kot!"

"Macamlah kamu tu muda sangat. Janganlah risau. Takde siapa nak sentuh kamu macamtu. Dia gurau je tu. Cuba kawal sikit marah tu. Kamu tu Mawar...kejap. Mawar memang sikapnya macamni."

"Kan? Ish!" Mawar berdiri. Tulip turut berdiri dan sapu punggung Mawar. Baru masuk berapa hari dah ada isu dengan kapten.

"Ah, Mawar. Janga lupa minggu depan kita ada Talent Flower untuk Kapten Michelle." Pesan Flower Maiden sebelum berlalu. Makin geram Mawar jadinya. Talent Flower pula dah! Dia pula tu yang kena jadi peserta!

Kalau Kapten Michelle gembira dengan bakat mereka untuk hiburkan dia, Michelle akan guna orang tu sahaja sampai habis setahun sebelum dia tukar bunga.

Mawar mencebik. Tulip usap wajah adiknya lembut. Dia tahu bertapa Mawar benci jadi bunga macamni. Sebab Michelle tu perempuan biasa, dia ada peluang hidup sampai tua tapi tidak bagi Mawar.

Hidupnya hanya sampai 24-25 Tahun saja.

Sebab itu Flower Maiden diasingkan. Bagi mengelakkan lebih ramai yang mati bunuh diri sebab jatuh cinta pada Flower Maiden.

"Kamu okey?"

"...saya tak suka jadi bunga. Suatu hari saya akan cipta satu ubat untuk kita semua jadi normal. Saya nak hidup macam gadis biasa. Tu je."

"Kamu pernah buat ubat demam untuk kakak jadi kakak yakin kamu boleh buat untuk ni. Beg baju kamu penuh dengan bunga. Nak buat apa? Ubat?"

"Ya. Tapi kapten panjang tu dah hancurkan sikit."

"Kapten panjang?"

"Entanglah. Dia tinggi macam tiang lampu. Bencilah saya."

"Jangan cakap depan dia. Mati kamu nanti." Pesan Tulip, menekan-nekan hidung Mawar. Mawar angguk faham. Marahnya pada Michelle masih membuak-buak.

Dia pasti satu hari dia boleh cipta ubat yang buat dia hidup macam biasa semula.

Flower Maiden.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang