BAB 9

3K 142 3
                                    

USAI habis makan tengah hari,terus Aryan hantar dia ke butik baju tadi. Keadaan dalam restaurant tadi sedikit kekok dan sunyi selepas bercakap tentang jodoh tadi. Nasib baik ada si kecil ni kalau tidak memang sampai bila-bila lah sunyi.

Qayyum, yang mengambil mereka dengan menaiki kereta Range Rover miliknya. Mula-mula dia ingat tu kereta Aryan tapi bukan.

Sebelum pergi ke butik terus, kena lah hantar Elias balik tetapi Elias berkeras juga nak ikut. Terpaksalah Elias ikut tapi bukan ke butik dia. Ke tempat kerja Aryan. Mula-mula dia tak bagi tapi si kecil tu nak juga pergi. Biar je lah, dengan Aryan dan Qayyum.

"Jangan risau, adik aku ada. Dia suka budak," ujar Aryan. Ya, adik perempuan dia bercadang nak datang ke office lelaki itu. Bila dia dengar perkataan budak terus dia bergegas ke office abangnya.

"Kalau macam tu, aku pergi dulu," terus dia melangkah masuk ke dalam butik. Nanti lambat dia kena marah pula. Pastu kena potong gaji. Tak apa, dia dah terbiasa.

┈┈♥︎┈┈

"COMEL nya! Anak siapa ni?" Kata Ariana, adik kepada Aryan. Jarak umur dia orang tak ada lah jauh mana. Aryan 25, Ariana 22.

"Anak kawan aku, dia kerja. Tak ada siapa nak tolong jaga kan."

Tidak berkelip Ariana memandang abangnya. Sejak bila abang dia ni ada kawan selain Qayyum dan Hayyan? Kena korek ni! "Siapa tu? Kawan perempuan ke lelaki?"

"Perempuan."

Terus Ariana mengoncang tangan abangnya,perempuan eh? Baru tu! Aryan hanya memutar bebola matanya, malas. Ooh tak nak bagitau eh? Tak apa.

"Nama awak Elias ke? Mak awak mana?" Tanya Ariana berhati-hati. Dia takut budak ni menangis. Kebanyakan budak tidak gemar bersama orang tidak dikenali. Ada juga budak yang jenis menangis sepanjang masa. Budak macam tu lah dia paling tak suka.

Dia berharap sangat Elias ni budak baik.

"Mama kita sibuk cari duit! Mama kata dia kena cari duit untuk Elias! Elias kesian kat mama... Mama selalu balik lambat, Elias susah nak rapat dengan mama..." Kata si kecil dengan nada sedih. Gelabah Ariana melihat reaksi budak tu.

Aryan dan Qayyum hanya mendengar sahaja. "Papa awak mana pula?" Soal Ariana. Soalan yang selalu diajukan oleh semua orang bila berjumpa dengan Elias.

"Kita tak pernah jumpa papa...Mama kata papa jahat sebab tu dia tinggalkan kami..."

Terdiam semua yang ada di situ. Perasan ingin tahu muncul di dalam diri Aryan. Tetapi dia perlu bertahan. Dia mahu mendengar dari mulut wanita itu sendiri. Sejak dia berjumpa wanita itu pada hari itu, fikiran dia penuh dengan soalan. Dia mahu tahu tentang wanita itu dengan lebih dalam.

"Maafkan akak!" Terus Ariana peluk si kecil tu. Kesian? Ingin tahu? Entah.Tetapi dia tahu banyak yang mereka lalui selama ni.

Sekarang, Ariana hanya melayan sahaja si kecil tu. Elias sedang membuatkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu. Terkejut Ariana, dia ingat dia nak tolong tapi budak ni pandai sangat. Sekejap je dah siap.

┈┈♥︎┈┈

HABIS juga kerja. Dari tadi dia tak dapat nak rehat. Nak rehat sangat tapi, Laila dan staff lain asyik jeling dia. Dia dah terbiasa dengan layanan dia orang. Sakit hati, tapi dia hanya mendiamkan diri sahaja.

Sekarang dia hanya nak rehat.

Sebuah kereta Range Rover muncul di hadapan butik. Dia hanya tersenyum nipis bila nampak seorang jejaka tinggi keluar dari kereta itu. Lelaki itu hanya diam dan terus membuka pintu bahagian penumpang belakang. Cepat-cepat dia masuk ke dalam. Terlihat Elias Dan seorang perempuan kelihatan mudah dan cantik. 'Awek Aryan ke,' gumam El dalam hati.

Perempuan itu tersenyum lebar melihat El. "Hai awak! Mama Elias eh? Cantiknya! Patut lah Elias hensem je!" Kata perempuan itu kepada dia, Peramah.

"Oh! Kita Ariana, adik Aryan! Kita memang suka budak."

Lah adik Aryan ke ingatkan awek Aryan. Cantiknya. El hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Mama nak tahu tak akak cantik ni dari tadi puji Elias!" Kata si kecil. Elias bergerak untuk duduk atas riba El. Rindu dengan mama ya.

"Eer.. terima kasih jaga kan anak saya," kata El kepada mereka semua yang ada di dalam kereta. Ariana dan Qayyum hanya tersenyum. Aryan? Dari tadi diam.

Sampai juga di rumah. Rumah ku syurga ku! Nak katil...Eh lupa ada anak dah hm...

"Save nombor aku, kalau ada apa-apa terjadi call terus."

El mengangguk dan terus masuk ke dalam rumah.

┈┈♥︎┈┈

"ABAANNGGG bagi lah tahu macam mana abang boleh kenal El? Dah lama ke? Mana suami dia..." Tanya Ariana meleret. Sampai je rumah terus dia nak korek rahsia. Dari tadi Aryan diam.

"Siapa El?" Tanya Puan Zahra Ibu kepada Aryan dan Ariana.

"Kawan lama Yan."

"Abang ada kawan perempuan? Kenapa tak bagitau adik! Cantik tak?" Tanya Ammara. Habis lah semua dah sibuk.

"Cantik tak kak Ari?" Tanya Ammara kepada kakaknya Ariana. Ariana mengangguk laju, senyuman di muka tak hilang lagi.

"Yan naik dulu."

"Eh tak habis lagi soal siasat!"

Aryan hanya memekakkan telinga, terus dia naik ke bilik.

Usai bersihkan diri, terus dia rebahkan diri di atas katil. Fikiran dia serabut sekarang. Dia ingin tahu dengan lebih dalam tentang El. Tidak sangka selama 8 tahun dia sanggup simpan perasaan dia dalam hati. Dia fikir dia mahu padam perasaan itu, tetapi kemunculan El dalam hidup dia sudah sekian lama membuatkan diri tak terkawal.

Mereka berjumpa balik dalam keadaan yang mengejut. Dia tunggu perempuan tu dalam 8 tahun tapi tengok-tengok dah kahwin? Mesti lah kecewa. Tapi dia lega bila dapat tahu bahawa suami dia tak ada. Tak tahu meninggal atau apa tapi yang penting dia lega. Janda pun janda lah...

'Teruk sangat ke lelaki tu sampai macam tu? Siapa lelaki tu?' Argh! Baik dia tidur daripada berfikir.

Tak apa, dia tunggu El cerita.

Author note -
Korang vote & comment lah!

Her Happiness: Mrs Aryan (C) EDITINGWhere stories live. Discover now