BAB 39

2.2K 82 0
                                    

"ABANGG! Bangun lah..." regek El menggoncang badan Aryan yang masih terlelap itu. Baru pukul 2 pagi, masih awal tetapi dia mahu makan sesuatu. Aryan membuka mata perlahan-lahan, dia memandang wajah si isteri yang sedang memuncung mulut.

Dia mengerling ke arah jam dinding, 2 pagi.

"Kenapa ni? Awal lagi lah sayang..." Aryan menutup mulut menggunakan telapak tangannya apabila menguap kecil, sisa kantuk masih ada. Matanya pun hampir terpejam sekali lagi.

El mencebik, "kita mengidam nak naik motor ducati vroom vroom!"

Aryan ketuk kepalanya, sungguh tidak diduga dengan permintaan isterinya. Kalau minta makanan okey juga, ni minta naik motorsikal? Minta yang berjenama mahal pula tu, ducati. Dia hanya ada motorsikal berjenama yamaha sahaja itu pun dia jarang bawa.  Kalau dia beli pun,dia takkan bagi isteri dia naik. Bonceng motor tak apa, jangan bawa sendiri.

"Cuba sayang minta benda lain? Makanan ke, ni tak! Minta pelik-pelik."

"Mana ada pelik! Abang kan kaya, beli je lah motor tu. Kita nak naik je." Balas El tidak mahu mengalah.

Aryan bingung, dia masih mamai. "Tak boleh."

"Boleh!"

"No is no, sayang."

El mencebik, dia baring di atas katil belakangnya menghadap suami. "Tak elok tidur membelakangi suami." Terus dia pusing badan dia tetapi dengan mata terpejam.  "Kalau saya kata saya mengidam rumpai laut fresh?" Kata El, dia membuka matanya lalu kelip mata kepada suaminya banyak kali.

"Itu lagi pelik!"

Aryan tepuk dahi sekali lagi, haih mana satu lagi okey ni sebenarnya? Rumpai laut ke motor?

Air mata El menitis sikit demi sedikit..."Alolo, okey sayang kita beli motor ducati tau?" Terus muka berubah menjadi ceria, dia mengesat air matanya dan mengangguk laju.

"Dah tidur dulu, esok baru kita beli..."

Macam biasa setiap pagi Aryan akan habiskan masa di dalam tandas. Itu lah siapa suruh sayang sangat dekat dia, padan muka. Dulu masa dia mengandungkan Elias pun diri dia pernah rasa morning sickness. Sakit dan penat sangat sebab kena ulang alik pergi tandas, nak makan pun tak ada selera. Kesian dekat ibu mengandung ni.

Aryan melangkah keluar dari tandas, dah okey lah kot.

"Sayang...abang nak makan kuih seri muka boleh?"

Membulat mata El, eh mamat ni mengidam ke apa? Bukan selalunya perempuan je ke mengidam, pelik betul. El hanya mengangguk, "boleh."

┈┈♥︎┈┈

CELIK MATA, dia berlari keluar dari bilik selepas perasan ketiadaan suami di sebelah. Mahu sahaja dia nangis bila suami dia tidak berada di sisi.

Huaa, tak tahu kenapa dia manja sangat. Masa dia mengandungkan Elias, hati dia beku dan kuat sangat. Tetapi kali ni manja betul. Kadang-kadang rasa nak marah pun ada. Teringat hari tu dia cuba panjat pokok...

Flashback..

"Sayangku, turun!!!" Jerit Aryan dari bawah dengan wajah risau. Mana tak risaunya, isteri sendiri panjat pokok lepas tu pergi duduk dekat atas batang kayu tu macam tak ada apa-apa pula.

"Macam mana nak turun?"

Aryan menepuk dahi dia, panjat tahu turun tak tahu. Macam kucing lah. Diri sendiri pun bingung.

"Err, sayang lompat. Kita tangkap awak, insyallah boleh." Ragu-ragu juga takut tak dapat tangkap isteri dia. Sudah lah bini tengah mengandung, kalau tak dapat tangkap memang dia akan salahkan dirinya.

Her Happiness: Mrs Aryan (C) EDITINGWhere stories live. Discover now