Pintu bilik air dikuak dari dalam. Kakinya menapak menuju ke arah katil dengan sebelah tangan sedang mengelap rambut yang basah.Komputer riba yang sedia terbuka atas katil didekati. Lantas tuala kecil yang menjadi kain untuk mengelap rambutnya disangkut ke leher. Faid melabuhkan punggung di birai katil. Kompuer riba
di letak atas pehanya. Lalu jari jemarinya menekan-nekan papan kekunci. Matanya tidak lepas memandang skrin.Beberapa saat, dia membaca dokumen yang dihantar Izz melalui e-mail.
Melinda Reiskha
39 tahun.
Seorang isteri businessman terkenal.
Menatap di US.
Mempunyai seorang anak perempuan.
Pernah tinggal di bandaraya XXX...
Alamat yang tertera dibaca berulang kali. Sebentar, kenapa dia rasakan alamat ini seperti pernah lihat sahaja. Lalu Faid kembali menekan papan kekunci. Lantas alamat kedai menjahit baju mak Maria yang pernah di cari Izz dibuka.
Bingo!
Sama! Alamat rumah lama Melly sangat hampir dengan kedai menjahit Maria! Laju dadanya berdegup kencang. Dia merenung lama butiran itu memikirkan sesuatu. Seketika dia mengingati sesuatu.
"Kau tak perlu marah aku. Lagipun waktu tu kita buat suka sama suka. Oh ya, aku lupa nak tanya. After that incident, I found out you were pregnant. So where is our child?"
"Aku dah bunuh sebab aku benci anak tu ada darah keturunan lelaki tak guna macam kau!"
Tsk. Kenapa dia langsung tidak menyedari tentang itu? Iya pada waktu itu, telinga Faid sempat mendengar perbualan mereka tapi selepas itu dia
terus lupakan kerana baginya tidak penting dan tiada kena mengena dengannya.Lantaran itu, telefonnya yang terdampar atas meja digapai. Nombor seseoramg didail laju.
"Hello Kayla."
"Yes Faid?"
"I nak jumpa you. Kalau boleh secepat
mungkin," ujarnya serius."Sorry I tak ada dekat Selangor sekarang. I dekat Perlis tengah shoot. I balik dalam tiga hari lagi."
Keluhan berat dilepaskan sebaik mendengar itu. Mukanya diraup.
"Alright kita jumpa waktu you balik sini. Nanti biar I jemput you dekat airport."
Setelah mendapat persetujuan Kayla, lekas sahaja dia mematikan panggilan. Tangannya mencampak telefon ke atas katil dan komputer riba diletak ke tepi.
Faid condongkan tubuhnya dengan siku diletakkan atas peha. Rahangnya bergerak-gerak memikirkan sesuatu. Sejujurnya, dia sedikit takut dengan kemungkinan ini. Takut jika Embun terluka. Takut jika gadis itu tersakiti lagi.
Faid sedar, mental Embun diparas bahaya. Jadi dia perlu berjaga-jaga dalam setiap kata-katanya.
Tok!Tok!Tok!
Tubuhnya sedikit mengeras mendengar bunyi ketukan itu. Lantas dia bangun menuju ke pintu setelah menyarung t-shirt ke badan. Nafas ditarik sebelum tombol pintu dipulas.
YOU ARE READING
Penawar Untuk Embun
Roman d'amourEmbun Adawiyah&Faid Qashaf Arjuna Si gadis yang telah putus asa untuk meneruskan hidup tapi takdir menemukannya dengan seorang jejaka yang hadir untuk menyinari hidupnya. "Please Embun. I want the old you back. This is not you." "This is me. This is...