#32 & 33

180 7 0
                                    

  ANGIN kuat menyentuh kulit. Harini, aku berada di tasik kesukaan ku. Tapi.. bukan aku seorang je, sebab rayden ikut sekali! Setelah pujukan yang ke-12, rayden akhirnya bersetuju untuk datang bersama aku.

Gembira bila ada peneman. Alang-alang boleh lah meluangkan masa bersama suami tercintaku ini. Aku menyandarkan kepala diatas bahu rayden sambil melihat permandangan tasik di hadapan.

Rayden pula, dari tadi dengan telefonnya. Alasan rayden tak nak ikut aku sebab dia sibuk dengan kerja. Sekarang kan dah tahun baru, maka bertambah lah kerja, dengan nanti nak interview pekerja baru lagi. Haih, memang banyak!

Oh ye, aku lupa nak bagitahu. Aku dah berhenti kerjaaaaa! Why? Sebab rayden yang suruh.

Roti gardenia berperisa coklat yang berada di dalam plastik digapai lalu dibuka. Satu gigitan sebelum aku memberikan kepada rayden pula.

You know, sharing is caring.

Habis saja memakan roti, aku bangun ingin membuang sampah yang berada jauh di sana. Sewaktu ingin kembali ke tempat duduk kami, dengan tiba-tiba kepalaku menjadi pusing dan aku jatuh rebah.

"SAYANG!"

Sempat aku mendengar suara rayden yang memanggilku sambil berlari ke arahku. Setelah itu, penglihatan mula gelap.

_

Cahaya terang di dalam bilik ini membuatkan aku sukar untuk membuka mata. Perlahan-lahan kelopak mata cuba dibuka. Alangkah terkejutnya apabila aku melihat ummi dan abi sedang berada di sebelah ku kini. Terus terduduk dari baring.

Kepala terasa pening. Aku juga seakan-akan ingin mengeluarkan isi di dalam perut. Namun, aku cuba menahan. Aku pandang kiri dan kanan ku, terpampar jelas wajah ummi yang sedang menangis.

Ummi terus memeluk diriku. Keadaan sekarang membuatkan aku bingung. Semua memori seakan hilang dari ingatan. Aku tidak ingat apa yang terjadi pada diriku. Kenapa? Apa yang terjadi? Kenapa ummi dan abi ada di sini? Mengapa mereka menangis?

Pelbagai soalan muncul di fikiran. Pelik.

Kemudian, baru aku tersedar akan sesuatu. Rayden! Rayden tiada di sini! Aku pandang di sekitar bilik wad. Kelibat suami ku tidak kelihatan. Mana rayden?

Abi yang seakan-akan tahu aku mencari rayden, terus memberitahuku keberadaan rayden.

"Kamu cari rayden kan. Jangan risau, dia ada dekat hospital ni. Rayden dia pergi cafeteria, beli makanan untuk kamu." Ujar abi.

Aku mengeluh nafas lega. Ingatkan, rayden tinggalkan aku di sini. Baru nak sakit hati. Aku pandang Ummi yang masih tidak berhenti menangis.

"Ummi, kenapa ni? Keysha okey lah. Janganlah sedih." Pujukku. Ummi melepaskan pelukan.

"Mana tak nangisnya! Hampir terkeluar jantung ummi bila rayden call kata yang keysha masuk hospital sebab pingsan! Ummi dan abi terus pergi KL tau sebab risaukan keysha!" Marah ummi. Setiap perkataan yang keluar , aku tahu yang ummi memang risaukan aku.

Tapi, aku pingsan?

Patutlah aku tidak ingat apa-apa! Tahu-tahu je, dah ada dekat hospital.

Setelah itu, pintu bilik wad dibuka. Rayden muncul di sebalik pintu sambil ditangannya ada beberapa beg plastik.

Dia terlihat sedikit terkejut apabila memandang ke arahku. Mungkin, sebab aku dah sedar.

Aku senyum lebar. Rindu dengan suamiku itu. "Abang!"

Rayden terus datang kepadaku lalu memelukku erat.

"Alhamdulillah, sayang dah sedar." Bisik rayden yang dekat dengan telinga ku.

LAMARAN TUAN Where stories live. Discover now